Farren mula selesa bercakap tentang banyak perkara bersama keluarga Firash. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana famili lelaki ini menyambutnya dengan baik. Adik perempuannya juga sangat ramah. Mungkin akan menjadi lebih akrab nanti?
Adik adik lelakinya juga sangat baik dan mesra! Hari ini, dia baru tahu bahawa nama Firash ada Tengku! Dan dia juga tahu bahawa moyang Firash berasal daripada Itali. Sebab itu Firash kacak! Dia ada mix!
Firash mempunyai empat adik beradik. Tengku Farah Nabilah, anak kedua. Satu-satunya adik perempuan lelaki itu. Mesti Firash sangat menjaga adik perempuannya. Dan mungkin dia seorang abang yang sangat protective!
Yang ketiga ialah Tengku Farhan Rizqie. Berumur 23 tahun. Tiada di sini kerana masih lagi belajar di Rusia. Belajar di sana dalam jurusan pergigian di sana.
Yang bongsu pula berumur 20 tahun. Menyambung pengajian di UM. Jurusan apa? Tidak diberitahu. Lelaki itu hanya senyum dan geleng. Malu barangkali. Namanya ialah Tengku Farin Rayyiz. Farin seorang yang kurang bercakap. Versi Firash. Cuma wajahnya sedikit manis manakala Firash wajahnya serius.
"Farren kerja okay?" Farren angguk. Dia senyum manis. Tak lama, dia agak terkejut apabila mommy mengenggam tangannya erat. Dengan rasa yang agak sebak, dia genggam kembali tangan tua itu.
"Okay aje mommy. Stres tu biasalah. Semua orang hadap bila sedang bekerja." Lembut dia menjawab. Mommy merenung Farren penuh kasih. Farren pada awalnya berasa malu namun lama-lama dia rasa sebak. Pandangan itu.
Pandangan seorang ibu kepada anak. Matanya panas. Tak mahu menangis, Farren cuba menceriakan keadaan. Nasib membelahinya apabila semua keluarga lelaki itu ketawa.
"Pak ngah suka lah dengan kamu ni, Farren." Gadis itu menoleh ke arah suara itu. Dia mengukir senyuman manis. Pakcik biras Firash belah bapanya. Syed Aidil. Isterinya pula Tengku Alia Maisarah. Kata Firash, ini pakcik yang paling dia rapat.
Farren senyum bahagia. Meriah betul keluarga Firash. Sudah lah masing masing mempunyai perangai yang elok. Baik pula tu! Yang penting, keluarga ini sangat harmoni.
Semoga Tuhan merahmati keluarga ini.
"HM, sedap!" puji mommy. Mommy mengajaknya ke dapur untuk menemaninya memasak, namun Farren rasa serba salah. Disuruhnya mommy duduk dan hanya memerhati. Wanita tua itu hanya menurut. Farren sangat tegas menyuruhnya untuk duduk.
"Biasa aje mommy. Udang masak kunyit ni senang aje nak masak. Semua orang reti." Rendah hati Farren menjawab. Makanan hanya simple, jangan lah dipuji beria. Risau perasaan riak terbit.
Sedang ralit menyediakan meja makan, tiba-tiba mommy memeluk Farren. Kaku seketika sebelum gadis itu memeluk kembali. Hangat. Hangat pelukan seorang ibu. Lama dia tidak rasa kehangatan begini. Dagu Farren letak pada bahu mommy. Air mata tiba-tiba mengalir. Rindu akan kedua ibu-bapanya.
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Lãng mạn[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...