Tangan Farren memeluk lembut lengan sasa milik suaminya yang sedang menolak troli bagasi mereka. Mereka jalan beriringan. Tak lama, langkah Farren terhenti. Matanya membulat melihat ke arah satu figura. Firash yang pelik dengan isterinya terus melihat.
Dia juga agak terkejut.
"Abang Izz ke tu?" soal Farren dengan suara yang agak perlahan. Firash hanya menjongketkan bahunya. Dia mahu mendekati lelaki itu tetapi Farren menghalang. Firash lihat Farren yang menggelengkan kepalanya.
"Tak payah lah, abang. Kalau salah orang macam mana?" Takut-takut dia berkata. Firash hanya senyum dan mengusap lembut kepala isterinya yang ditutupi selendang bewarna kelabu.
"Tak apa. Kita tanya dulu." Farren angguk. Dia toleh kembali ke arah figura tadi.
"Aik? Dah hilang." Agak polos suara itu berkata. Nadanya menunjukkan bahawa dia bingung. Firash pula hanya diam dan matanya tajam melihat sekeliling. Tak lama bibirnya mengukir senyuman sinis.
Dia tarik lembut tangan isterinya supaya kembali berjalan. Farren pula hanya ikut dengan wajah yang bingung. Agak tertanya-tanya. Kemana hilangnya lelaki tadi? Mengapa begitu cepat dia menghilangkan diri? Atau dia yang terlalu ralit sehingga tak perasan bahawa lelaki itu sudah pergi?
Farren geleng kepala perlahan. Mungkin dia salah orang. Mungkin lelaki itu bukan sepupunya. Lagipula, dia hanya melihat lelaki itu sekali dan dengan jarak yang agak jauh.
"Jangan risau, sayang." Farren toleh ke arah suaminya.
"Kita akan jumpa Izz. Cepat atau lambat sahaja." Farren angguk dan senyum. Dia melentokkan kepalanya pada lengan suaminya.
"Kita balik rumah daddy dulu. Esok baru kita duduk rumah kita," kata Firash lembut. Lelaki itu ketawa lucu tatkala melihat reaksi isterinya. Jelas wanita itu teruja.
"Mel tak sabar nak hidup berdua dengan abang."
Firash senyum dan jatuhkan wajahnya. Dia tenung sisi wajah isterinya.
Dia pun tidak sabar!
KEADAAN di dalam kereta agak sunyi. Firash pula hanya diam, fokus memandu. Farren pula hanya melihat sisi wajah suaminya. Kemudian dia tersenyum manis. Tangannya naik menggenggam erat tangan kiri Firash yang berada di atas peha lelaki itu.
Firash senyum kecil dan mengenggam kembali tangan kecil itu. Sekali sekala, tangan itu dia cium penuh cinta. Farren hanya ketap bibir menahan malu. Dia bergerak sedikit merapati suaminya.
"Kita tak berdua tau dalam kereta ni," bisik Farren perlahan. Lelaki itu hanya buat dek sahaja. Farren diam tak berkata. Dia toleh sedikit kepalanya pada seat belakang. Dia lihat wajah berkerut seorang gadis. Mata gadis itu tajam merenungnya membuatkan Farren menelan air liurnya payah.
"Aisyah datang ambil abang tau. Ingatkan Aisyah boleh duduk dekat sebelah abang." Aisyah mula berkata. Nadanya tidak puas hati. Farren pula hanya senyum lucu.
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Romance[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...