[NEW VERSION | EDITING]
"She's gonna be mine. Only mine. And forever mine."
Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Farren menelan air liurnya tatkala melihat susuk tubuh suaminya yang sedang duduk elok di kerusi. Hanya tuala sahaja yang elok di lilit pada pinggangnya. Lagi gerun Farren dibuatnya tatkala melihat tali pinggang yang berada di tangan lelaki itu. Sepasang iris hazel milik Firash memandang tajam wajah cantik Farren.
Entah mengapa aura lelaki itu tampak berbeza. Sangat berbeza. Farren senyum kekok apabila Firash merenungnya atas bawah. Ini dah kenapa? Kenapa wajah suaminya kelihatan marah? Tengah bad mood ke?
"A..abang okay?" soalnya lembut. Firash menggerakkan tangannya supaya Farren mendekati. Farren dengan lambat-lambat melangkah perlahan ke arah Firash. Tali pinggang yang dipegang tadi diletakkan di sebelahnya. Sebaik sahaja Farren berdiri di hadapan lelaki itu, lengannya direntap kuat.
Tak sempat mengimbangi badan, Farren jatuh terduduk di atas peha lelaki itu. Terkedu dirinya tatkala lelaki itu menghapuskan jarak wajah mereka. Liur ditelan payah! Ugh, kenapa?
"Abang okay?" soal Farren lagi. Dengan berani, tangannya naik menyentuh rambut Firash yang menutup dahinya. Dikuak rambut itu ke atas supaya dia dapat melihat wajah Firash dengan lebih jelas tanpa ada sebarang gangguan.
"Mel ada buat salah dengan abang?" Farren hanya diam. Matanya merenung anak mata coklat itu. Pandangan tajam itu bertukar lembut.
"Seronok keluar tadi?" soal suara itu tidak bernada. Farren dengan rasa bersalah angguk perlahan. Tangan kasar Firash naik membuka tudung yang elok menutupi aurat isterinya. Getah rambut yang elok menyanggul rambut isterinya dilepaskan lalu terurai lah rambut panjang beralun milik Farren.
Tangan naik mengusap lembut rambut hitam panjang itu. Wangian dari rambut itu menembusi rongga hidung Firash. Bibirnya mengukir senyuman senget tatkala dia merasakan getaran halus pada badan isterinya. Ha, tahu takut!
"Mel mintak maaf." Perlahan sahaja suara itu berkata. Dia tunduk tak mampu bertentang mata. Tangannya bermain sesama sendiri. Dapat dia rasa dirinya ditenung.
"Kenapa mintak maaf?" Farren rasa mahu menangis! Dia mencebik dan mengangkat wajahnya. Kelopak matanya mula basah. Dia letak kedua tangannya ke atas bahu Firash yang terdedah.
"Sebab keluar tak mintak izin abang," bisiknya. Firash mengeluh perlahan. Dia terlelap selepas asar. Tak sampai setengah jam pun. Sebaik sahaja, dia mencelikkan matanya dia mencari isterinya. Satu rumah dia ronda untuk mencari si isteri. Tapi tak ada!
Terus sahaja dia melakukan kerja lamanya. Menggodam CCTV berhampiran rumah agam keluarganya. Dia melepaskan keluhan lega apabila melihat Farren yang berada di taman permainan.
"Mel nak pergi taman, tapi abang tidur. Mel tak sampai hati nak kejut abang." Takut-takut dia berkata. Dia bosan. Hari tu dia ada nampak taman berdekatan, jadi dia nak pergi. Nak minta izin, suaminya tengah tidur. Jadi, dia buat keputusan untuk pergi sahaja.
"Abang marah," ujarnya perlahan. Dia tunduk lagi.
"Ya. Abang marah,"
"Maaf." Dagu Farren dipagut lembut. Mereka saling berpandangan. Dapat Firash lihat kelopak mata yang mula basah itu. Firash senyum nipis apabila air jernih itu mula jatuh mengalir. Cepat tangan Firash naik menyeka air mata itu.