𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 35

24.7K 1.7K 220
                                    

Firash tunduk melihat Farren yang masih lagi melentokkan kepala pada lengan sasanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash tunduk melihat Farren yang masih lagi melentokkan kepala pada lengan sasanya. Tangan kirinya dengan perlahan mengusap lembut bahu wanita itu dan membuatkan wanita itu tersentak. Terkejut mungkin apabila disentuh secara tiba-tiba. Firash senyum nipis apabila wanita itu mendongakkan sedikit wajahnya.

"Mel nak cerita sesuatu. Abang nak dengar?" soalnya dengan nada perlahan. Mujur sahaja Firash dapat dengar apa yang keluar daripada bibir munggil itu.

"I'm all ears, sayang."

"Dulu waktu umur Mel empat tahun, Mel pernah kena culik." Firash hanya diam mendengar. Terkejut tapi dia mampu mengawal riak wajahnya. Tangannya bergerak meletakkan gitar elektrik di bawah. Kemudian, dia putarkan badannya menghadap isterinya. Memberi perhatian sepenuhnya.

"Waktu tu, Mel main dekat taman permainan. Dekat je dengan rumah atuk. Sebelum kena culik, ada seorang lelaki yang datang dekat Mel. Dia teman dan main sama-sama dengan Mel."

"Mel suka dia. Sebab dia kawan pertama Mel waktu balik Itali. Tak lama, ada dua orang lelaki datang. Mel kena dukung dengan salah seorang daripada mereka. Mel meronta minta lelaki tu tolong. Tapi dia tengok aje. Dan dia senyum." Badan Firash mula tegang.

"Lepastu semuanya gelap. Mel buka mata aje, Mel nampak abah. Muka abah waktu tu sangat kalut. Dan takut. Mel bunyi tembakan. Takut sangat waktu tu, tapi abah tenangkan Mel walaupun Mel tahu abah pun takut juga." Farren pejam mata. Dia mula mengingati peristiwa yang buruk itu.

"MELISSA!"

Matanya terbuka perlahan. Sebaik sahaja melihat wajah ayahnya dia terus bangun dan memeluk erat tubuh itu. Jelas kelihatan tubuh kecilnya menggigil ketakutan. Bunyi das tembakan kuat bergema di dalam rumah itu membuatkan dirinya menangis esak.

Dia lihat wajah ayah. Wajah ayah agak takut dan kalut. Semakin esak dia menangis. Terus sahaja ayahnya menenangkannya. Tak lama, tubuhnya didukung dan dipeluk erat. Dia dibawa keluar dari bilik yang agak usang itu.

"Pejam mata."

Terus dia memejam erat matanya. Wajahnya disembamkan pada leher ayahnya. Bunyi kuat tembakan semakin jelas kedengaran pada gegendang telinganya. Dia membuka sedikit matanya dan jelas dia lihat wajah bengis atuk. Di tangan atuk mempunyai sepasang pistol.

"A..atuk!"

Terjerit dia apabila melihat atuknya rebah akibat ditembak pada bahagian kaki. Tubuhnya dipeluk semakin erat. Dapat dia rasakan langkah kaki ayahnya semakin laju. Dia meraung apabila melihat atuknya yang kembali berdiri dan melepaskan das tembakan berulang kali.

Jelas pada penglihatannya lelaki-lelaki yang berpakaian serba hitam jatuh akibat terkena tembakan dari atuknya. Jelas dia melihat cecair merah pekat yang mengalir di lantai rumah itu. Badannya terasa lemah. Dia berasa amat penat.

Tak lama, matanya mula terpejam. Semuanya gelap setelah itu. Sebaik sahaja dia sedar, dia berada di hospital. Dan sejak itu, dia akan ketakutan setiap kali dia mendengar bunyi yang kuat seperti bunyi guruh.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now