𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 2

52.5K 2.5K 387
                                    

Firash menggeliatkan badannya kerana berasa lenguh akibat duduk terlalu lama di atas pesawat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash menggeliatkan badannya kerana berasa lenguh akibat duduk terlalu lama di atas pesawat. Tangan naik mengurut lehernya. Kemudian, terasa bahunya ditepuk. Ditoleh kepalanya dan wajah penat Mark menjadi pemandangan mata coklatnya.

"Mommy call kau tapi kau tak angkat. Dia suruh balik rumah dia malam ni. Tidur sana." Mark menyampaikan pesanan mommy kepada Firash. Juga mommy angkatnya. Mark ialah seorang lelaki sebatang kara. Tak tahu siapa ahli keluarga dan dimana mereka. Dia juga membesar di rumah anak yatim.

Pertemuannya kali pertama dengan Firash membawa seribu satu hikmah. Lihat lah sekarang, dia bagai punya ahli keluarga. Semua dek kerana Firash. Lelaki ini, benar-benar membawa satu keajaiban dalam hidupnya.

"Okay." Bagasi bewarna hitam ditarik lantas kunci keretanya di keluarkan dari kocek seluar. Mata kembali melihat Mark yang masih statik berdiri.

"Balik dulu. Bagitahu mommy, aku balik malam," kata Firash seraya memasuki kereta meninggalkan Mark. Lelaki itu hanya menggaru kepala seraya mengerling jam di tangan kanannya.

6.30 petang.

Mark tahu kemana lelaki itu mahu pergi.

SENYUMAN manis terukir di bibirnya. Rasa gementar yang memenuhi jiwanya hilang tatkala bunyi temukan gemuruh di dalam dewan sebaik sahaja dirinya menghabiskan perbincangan tentang topik yang telah diberikan oleh lecturernya.

"You did a great job, Farren. Proud of you," bisik Syalina sebaik sahaja mereka kembali duduk di tempat mereka.

"Not really, but I tried my best and I'm proud of you too!!" Dalam keterujaan, suaranya tetap perlahan. Tajuk yang mereka peroleh kali ini agak mencabar namun mereka dapat melakukannya dengan baik. Itu adalah satu kebanggaan!

Selepas beberapa jam berada di dewan kuliah dan mendengarkan beberapa lagi kumpulan untuk melakukan pembentangan, mereka berkemas untuk pulang. Pulang ke rumah dan tidur. Itu sahaja yang difikirkan oleh Farren pada ketika itu. Penat. Semalam, dia terpaksa berjaga kerana ingin menyiapkan assignment. Begitu juga Syalina.

Nur Syalina Binti Azmi. Sahabat kepada Farren sejak sekolah menengah. Sahabat yang selalu ada saat susah dan senang. Tetap bersama walaupun Farren mengatakan bahawa dirinya ingin berseorangan.

"Farren and Lina, meet me in my office after this. Thank you, students and see you next week." kata Miss Celine dan terus keluar dari dewan kuliah.

Farren hanya mengangguk sedangkan hatinya merungut tak mahu! Baru memasang niat nak tidur. Dah terbantut...

"Jom, Farren. Lewat-lewat nanti, tak boleh rehat lama," kata Syalina. Farren jatuhkan kepala dan melangkah mengikuti Syalina dari belakang. Tali beg galas laptop digenggam erat ketika berjalan. Menjadi tabiatnya berjalan sambil menggenggam sesuatu.

Masuk sahaja ke bilik peribadi lecturer mereka, Miss Celine terus memuji akan prestasi mereka. Tersenyum lebar Farren dan juga Syalina. Rasa gembira. Kata Miss Celine, bulan depan mereka bakal menjadi doktor praktikal di sebuah hospital.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now