Bab 45

3 0 0
                                    

Dato' Yusof masuk ke dalam sebuah restoran makanan jepun yang meyediakan bilik-bilik khas untuk setiap pelangannya. Setelah itu dia dibawa ke sebuah ruang makan private. Apa bila pintu di buka, terdapat satu susuk yang sedang duduk menunggu kehadirannya.

Menyedari kehadiran Dato Yusof, lelaki itu terus bangun dari duduknya. Raut wajahnya tegang.

"jemput duduk Dato." Pelawanya. Apabila Dato Yusof melabuhkan punggunnya di atas zabuton (kusyen lantai) dia juga melabuhkan duduknya.

"ada apa-apa perkembangan? Rauf?" soal Dato Yusof. Dia merenung lelaki di hadapannya. Anthony merupakan penyiasat persendirian yang di upahnya 5 tahun lepas untuk mencari waris sebenar ParaTech Holding yang dia yakini masih hidup.

"ada Dato." Yakin Rauf menjawab. Raut wajahnya masih tegang.

"kita makan dulu. Lepas tu baru kita cerita." Ujar Dato Yusof. Seketika kemudian makan yang sudah ditempah sampai ke bilik mereka.

"so, apa info yang kamu dapat?" soal Dato Yusof setelah mereka selesai memjamu selera.

"err, macam ni Dato, saya dapat info Yazid sudah pulang ke Malaysia beberapa hari yang lepas. Dia membeli sebuah kelab malam di Georgetown dan menjual kelab malam miliknya di US."

"kenapa dia balik ke Malaysia?" Dato' Yusof ingin mengetahui sebab utama lelaki itu pulang ke Malaysia sedangkan sudah lebih 20 tahun lelaki itu menghilangkan diri.

"saya masih siasat, Dato'. Setakat ini Yazid hanya menghabiskan masa di kelab malamnya sahaja. Tiada apa-apa yang mecurigakan."

"Saya nak kamu laporkan kepada saya setiap gerak-geri Yazid." Dato' Yusof memberikan arahan. Dia takut andainya Yazid pulang dengan niat yang tak baik.

***

25 tahun lalu

Hamrez melepaskan keluhan. Dia mengurut kepalanya perlahan. Dea menyandarkan badanya ke kerusi. Matanya tercancap pada laporan kewangan tahunan syarikat. Terlalu banyak ketidaksimbangan berlaku. Penyelewengan wang syarikat banyak berlaku. Dia sudah tahu angkara siapa.

"Yazid, apa yang kau dah buat ni?" pelahan dia mengeluh. Yazid merupakan rakan kongsinya.

Telefon model Motorola microtac Elite yang terletak elok di atas mejanya dicapai. Nombor peguamnya di dail. Dia perlu lakukan sesuatu.perkara ini tidak boleh di biarkan. Nilai yang diseleweng Yazid mencecah jutaan ringgit. Tidak mungkin dia hanya menutup mata dengan perkara sebegini.

"Assalamualaikum, Yusof, aku nak jumpa kau esok. Penting." Dia pantas menyatakan hasratnya tanpa sempat peguamnya itu menjawab salamnya.

"waalaikumusalam. Aku ada hal esok, malam ni tak boleh ke? Aku datang rumah kau." Jawab Dato Yusof sebaik di hujung talian. Dia merupakan peguam untuk Hamrez merangkap pelabur di syarikatnya.

Dato' Yusof memiliki saham sebanyak 15% dalam syarikatnya, namun dia lebih memilih untuk mejadi peguam dan melepaskan hal syarikat kepada Hamrez dan Yazid. Hamrez memiliki saham terbanyak iaitu 45% dan 30% dimiliki oleh Yazid dan 10% lagi milik pelabur yang lain.

"bolehlah. Jumpa malam ni, thanks. Assalamualaikum." Hamrez terus meletakkan telefon setelah mendengar Dato' Yusof menjawab salamnya. Dia menarik nafas lega. Bunyi ketkan pada pintu biliknya mengejutkannya.

"masuk" dia memberi arahan.

"Rez, aku nak jumpa kau boleh?" soal Yazid. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat Hamrez.

"kenapa kau datang ke sini" soal Hamrez. Dingin.

"aku tahu kau dah tahu semuanya. Tapi Rez, aku nak kau tahu aku terpaksa," Yazid memulakan bicara.

Revenge Where stories live. Discover now