Bab 49

3 0 0
                                    

Aqila kembali masuk ke pejabat seelah dua minggu diberi cuti oleh Rafiq. Tangannya sudah pulih sepenuhnya. Setelah memakirkan keretanya, Aqila terus naik ke pejabat.

"Pagi semua!" jerit Aqila kuat setelah menjejakkan kakinnya ke pejabat. Ceria sahaja raut wajahnya.

"Datang pun pekerja kesayangan boss kita." Ujar Ken.

"ehh, mana ada kesayangan, saya cederalah Abang Ken. Tu boss bagi cuti tu." Jawab Aqila.

"nasib Qila lah kena jadi pembantu boss, habuannya cedera selalulah. Kes yang boss handle bukan calang-calang kes. Tangan Qila betul-betul dah ok ke?" Soal Intan. Dia mendapatkan Aqila. Tangan Aqila dibelek-belek untuk memastikan Aqila betul-betul sembuh.

"dah oklah Kak Intan. Qila suka je kerja dengan boss tu, banyak benda boleh belajar." Jujur dia katakana, dia suka dapat menjadi pembantu Rafiq. Banyak benda dia dapat belajar daripada Rafiq.

"Eh Qila, biasanya kalau Qila sampai mesti boss sampai, hari kenapa Qila seorang je?" Ujar Yanti. Matanya menilau mencari kelibat Rafiq.

"ye ke Yanti? Entah hari ni tak terserempak pulak dengan boss." Aqila tertawa nipis. cuba menutup kejanggalannya. 'Macam mana Yanti boleh perasan aku selalu masuk pejabat dengan Rafiq' detik hati kecilnya. Dia datang sendiri dengan keretanya kerana Rafiq perlu ke AF Holding dan mungkin ke rumahnya yang dia sendiri sebagai isteri tidak tahu dimana letaknya.

"Boss masuk lewat ke hari ni, Yanti?" Soal Ken. Ada sesuatu yang dia perlu bincangkan dengan Rafiq hari ini.

"Boss ke AF Holding sekejap je untuk hadiri meeting, tapi Yanti tak pasti dia masuk pejabat atau tak sebab boss tengah sibuk dengan kes pembunuhan empat garis tu." Ujar Yanti.

"pembunuhan empat garis?" Intan mengerutkan dahi. dia juga sudah lama tak masuk ke pejabat. Dia hanya mengetahui ada pembunuhan kejam berlaku minggu lepas.

"Kat badan mangsa banyak kesan kelaran empat garis selari. Sebab tu ianya digelar pembunuhan empat garis." Beritahu Ken. Dia tahu serba sedikit kerana dia ada menemani Rafiq semasa Aqila bercuti.

"Akak rasa macam mana pembunuh tu oleh buat empat garis selari yang hampir sempurna?" soal Aqila kepada Intan. Terbayang dimatanya keadaan mayat yang dia lihat Bersama Rafiq minggu lepas. Perutnya sebu.

"entah, mungkin senjata tu dia cipta sendiri." Mustahil untuk lakukan empat garis selari dengan mengunakan pisau secara berasingan.

"dahlah cakap pasal ni, kembang tekak Yanti." Yanti buat muka hendak muntah.

"kesiannya dia. Jomlah pergi makan dulu. Abang Ken belanja semua." Ken menepuk dadanya perlahan.

"wah 'abang' Ken nak belanja. Bukan selalu ni. Kalau dengan aku kemain kau kedekut." Perli Intan.

"kau dah banyak duit, kes-kes yang kau handle selalu cepat selesai. Kau penyiasat kesayangan boss. Budak-budak ni baru je nak bina kerjaya, aku sebagai abang yang baik mestilah nak belanja diaorang." Panjang lebar Ken menerangkan kepada Intan.

"baiknya Abang Ken korang ni." Kedengaran suara dari pintu pejabat.

"Abang Faris!" Yanti separuh menjerit. Terkejut.

"Bila kau sampai Malaysia Ris?" soal Ken. Tangannya dihulurkan kepada Faris.

"Dua hari lepas. Langkah kananlah aku, sampai pejabat Abang Ken nak belanja." Faris baru sahaja pulang dari Thailand untuk menyiasat mengenai pemerdagangan manusia di sana. Anak salah seorang ahli perniagaan terlibat dalam kegiatan itu.

Dia diupah oleh klient itu untuk menyiasat kegiatan anaknya itu. Dia kagum dengan klientnya itu, sanggup melaporkan anak snediri kepada pihak berkuasa selepas dia menyerahkan bukti kegiatan anaknya itu.

Revenge Where stories live. Discover now