bab 32

33 5 0
                                    

Setelah sampai ke rumah, Rafiq terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa diruang tamu. Penat. Dia menerima 6 jahitan setelah mendapatkan rawatan untuk luka dilehernya. Tidak sangka pula luka itu ahak dalam sehinggakan doktor terpaksa menjahitnya.

" awak, pergilah masuk rehat dalam bilik." suruh Aqila sebaik sahaja dia melihat Rafiq terbaring di atas sofa di ruang tamu.

"Qila, kejap." Rafiq menggamit Aqila duduk di sofa. Dia bangkit dari pembaringan.

"apa?" soal Aqila. Dia melabuhkan punggung di sisi Rafiq.

"macam mana awak tahu benda tu ada kat lipatan lengan jaket dia?" Rafiq bertanya.

"oh, nak tanya tu je. Kan tadi awak suruh saya perhatikan dia. Saya tengok dia selalu pegang lengan jaket dia. Macam tak selesa. Jadi saya tanda kat buku ni berapa kali dia sentuh lengan jaket dia." serentak dengan itu Aqila mengeluarkan buku notanya.

Rafiq mengambil buku nota itu dari tangan Aqila. Dia membeleknya. Aqila siap buat list perbuatan Aira sepajang dia ditinggalkan bersendirian di dalam bilik siasatan itu.

"awak tengok ni, lebih 20 kali dia duk pegang-pegang lengan jaket dia, macam mana saya tak perasan. Tapi sebenarnya saya tak tahu pun dalam tu ada mata pen, kalau ikut logik mana nak muatkan, tapi kalau dah dia cabut batang tu, memang muatlah sorok kat situ. Bijak jugak dia tu." Aqila menunjukkan tanda yang telah dibuat pada senarai di buku notanya.

"awak pun bijak jugak. Tak sia-sia saya ambil awak jadi pembantu saya, hurm..a.k.a isteri saya. Haha." Rafiq sempat lagi mengusik Aqila.

Sebelum sempat Aqila membalas dia terlebih dahulu melarikan diri masuk ke dalam bilik. Aqila merengus geram.
"ada je dia nak kenakan aku." rengus Aqila. Dia melarikan langkah ke dapur. Dia perlu memasakkan sesuatu untuk Rafiq. Mahu beli makan di kedai selepas pulang dari klinik tadi, dia kesiankan Rafiq. Jadi nak tak nak dia terpaksa memasak.

Aqila membuka peti sejuk. Memeriksa bahan masakan yang ada. Selama dua hari ini, dia dan Rafiq banyak makan di luar kerana sibuk dengan kes itu. Jadi kebanyakkan bahan makan mungkin dah kehabisan atau rosak.

Setelah meneliti, dia mengambil keputusan untuk membuat sup ayam untuk Rafiq. Senang dan sihat untuk pesakit macam Rafiq.

Aqila menoleh kearah jam yang tergantung di dinding dapurnya. Pukul 8 malam. Dia belum solat maghrib lagi.

Dia pantas mengueluarkan ayam dari peti dan di alirkan air ke dalam bekas yang berisi ayam yang sudah dipotong dan dibasuh untuk menyahbekukan ayam itu.

Setelah itu dia terus berlari masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat. Mandi belakang kira. Hehe.

***

Rafiq merebahkan dirinya ke atas katil. Dia baru sahaja menunaikan solat maghrib. Semenjak berkahwin, dia tidak pernah lagi meninggalkan solatnya.

Jika dulu dia langsung tidak menjaga solatnya, kadang-kadang buat, kadang-kadang tak, sekarang dia solat 5 waktu cukup. Bukan sebab dia rajin atau mahu berubah, dia lakukan kerana malu dengan isterinya sendiri.

Aqila tidak pernah meninggalkan solatnya, dia akan berasa tersindir apabila melihat Aqila menunaikan solat, jadi secara automatiknya dia akan bangun untuk solat juga. Namun dia tidak pernah mengajak Aqila untuk solat berjemaah dengannya. Dia tidak layak hntuk menjadi seorang imam.

Rafiq menghelakan nafasnya. Sebelah tangannta diletakkan di atas dahi. Melihat keadaan Aira petang tadi sungguh menyeksakan dirinya. Aira bertindak sedemikan kerana trauma dengan ibunya. Dia menjadi mangsa dera. Aira berdendam dengan insan bernama ibu.

Bagi dirnya, dia tidak jauh berbeza dengan Aira. Dia cukup memahami keadaan Aira. Dia juga berdendam. Apa yang diperkatakan kepada Aira kembali melantun ke telinganya semula.

Pengecut! Ya dia pengecut. Bukan Aira, tetapi dia. Aira tidak pernah melarikan diri dari masalah,dia? Jika berdepan dengan masalah, dia akan menghilangkan diri. Rafiq memejamkan matanya. Menelan liurnya. Pahit untuk menelan kebenaran. Dia lebih pengecut dari Aira.

***
Suasana di meja makan sunyi sepi. Hanya kedengaran kipas yang laju berpusing disyiling ruang makan itu.

Aqila mencuri pandang ke arah Rafiq yang ber ada di hadapannya. Sejak dari mula makan lagi Rafiq langsung tidak mengeluarkan sebarang suara.

"awak nak tambah lagi?" soal Aqila memecah kesunyian. Rafiq hanya menggeleng.

Tanpa sebarang kata m, Rafiq teres bangun dan membawa pinggannya ke sinki.

"apa kena pulak dengan dia tu, tiba-tiba je senyap tak bercakap. Biasa dia kalut je nak mengusik aku." Aqila mengerutkan keningnya. Pelik.

"Rafiq, awak ok tak?" Rafiq langsung tidak menjawab. Dia hanya berjalan melalui Aqila di meja makan dan menuju ke bilik.

"eh, dia ni, tiba-tiba nak mogok ni kenapa. Tak faham betullah aku dengan laki aku ni. Mood mcm roda. Kejao baik, kejap tak. Pening." bebel Aqila. Dia menyambung semula suapannya yang terhenti sebentar tadi.

"malaslah aku nak fikir. Baik aku makan. Gendang gendut tali kecapi, senang perut suka hati. Ewah, siap berpantun lagi." sambung Aqila lagi. Dia tersengih sendiri.

Revenge Where stories live. Discover now