bab 13

34 8 0
                                    

"boss, macam mana boss boleh tahu yang Haris tu kidal?" soal Aqila apabila kereta Rafiq sampai diparking lot apartmentnya.

"kau ni tak pekalah, kau ingat tak masa kat library hari tu? Kan dia tengah menulis, so kat situ aku tahu dia tu kidal. Lagipun aku nampak mata dia penuh dengan penipuan. Tapi disebabkan alibi dia, aku tak boleh buat apa-apa." Dia rasa macam mahu mengetuk kepala Aqila yang langsung tidak fokus semasa menjalankan penyiasatan, padahal dia selalu berpesan agar memerhati segala benda yang ada oada orang yang ingin disiasat.

"hehe, sorry boss. Lain kali saya akan lebih leka, eh silap peka." Aqila tersengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"banyaklah kau punya sorry. Lepas ni jangan memadai nak jadi polis tangkap suspek. Dahlah lembik, ada hati nak tangkap orang jahat. Tengok tu, kaki kau dah seliuh dah. Aku nak hantar pergi klinik kau tak nak. Ni kau duduk sorang ke kat rumah?" soal Rafiq. Terkejut juga dengan tindakan berani Aqila menahan kakinya sebentar tadi. Tidak sangka bijak juga pembantunya. Tetapi dia tidak bersetuju jika Aqila mencampuri urusan polis untuk menangkap suspek. Membahayakan diri betul.

"boss, kenapa Haris tu boleh bunuh Afzan tu, bukan ke dia sayang kat Afzan?" soal Aqila. Jika diikutkan, tak mungkin orang yang mencintai seseorang sanggup membunuh orang yang dia cintai.

"dia ada Erotomania, sometimes we called it as De Clerambault's syndromes. Which is one of the uncommon paranoid delusion. He believe that someone is deeply love him. Tapi dia tidak boleh menerima penolakkan, dia akan jadi hilang kawalan dan akhirnya membunuh." terang Rafiq. Dia sudah berjumpa banyak mangsa-mangsa yang dibunuh atau dikasari kerana suspek menghidapi erotomania.

Erotomania merupakan salah satu penyakit psikatri. Kebanyakkan pesakit tidak menyedari mereka menghidapi penyakit itu. Kerana tidak dirawat, maka tindakan mereka tidak boleh dikawal sehinggakan mereka sanggup membunuh.

" ohh, baru saya tahu ada juga penyakit macam tu. Ingatkan kebanyakkan orang membunuh kerana suka-suka, rupanya mereka sakit. Tapi kita tidak boleh menolong mereka. Saya kesiankan orang yang ada masalah psikatri ni. Mereka tentu terseksa dengan penyakit merekakan boss?" Aqila memandang Rafiq. Rafiq terdiam mendengar luahan Aqila. Dia juga sakit! Tangannya digenggam kuat. Cuba untuk menenangkan diri. Dia tidak boleh hilang kawalan. Dia kena kuat.

"kau keluar sekarang, aku tak ada masa nak dengar kau membebel." jerkah Rafiq. Aqila terkedu. Tidak menyangka mood Rafiq boleh berubah sekelip mata. Muka Rafiq memerah dipandangnya. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari kereta Rafiq. Dia menahan sebak. Terkejut kerana dimarahi tanpa dia mengetahui sebabnya. 'ya Allah Qila, kenapa kau nak menangis, kau tahukan boss tu mood dia macam roda kejap ok kejap tak,' Aqila menarik nafas. Cuba untuk menahan tangis. Matanya hanya merenung kereta Rafiq yang semakin hilang dari pandangan.

"nampaknya esok aku kenalah pergi ke ofis naik teksi. Kereta aku ada kat ofis." Aqila menguluh. Kalau di ikutkan hati dia tidak mahu pulang dengan menumpang kereta Rafiq, tetapi dia sedar kaki kanannya terseliuh. Tidak mungkin dia dapat memandu dengan kaki yang membengkak. Nak berjalan pun susah, inikan nak memandu. Mahu tak mahu dia terima sahaja pelawaan Rafiq tadi. Tidak sangka pula dia akan dimarahi.

Aqila terhinjut-hinjut masuk ke dalam perut lift setelah kereta Rafiq hilang selelas keluar dari lot parking bawah tanah aparmentnya.

Setelah sampai didalam rumah, Aqila terus menghempaskan diri ke atas sofa di ruang tamu. Tidak larat untuk berjalan ke biliknya yang hanya beberapa langkah dari ruang tamu. Kakinya yang bengkak dipandang. Berdenyut-denyut. Mahu mengurutnya dia tidak pandai. Waktu Rafiq ingin menghantarnya ke klinik, dia sudah menolak awal-awal. Manusia bernama Aqila begitu takut dengan 2 perkara, satu, doktor dan klinik dan dua, dia takut gelap.

***

Rafiq memberhentikan keretanya. Bedecit bunyi tayar bergesel dengan jalan tar. Rafiq menghentakkan tangannya pada streng kereta. Sakit. Namun dia langsung tidak menghiraukannya.

"semuanya salah dia! Arghhhhh!" Rafiq menjerit kuat. Garau. Air matanya turut sama tertumpah. Mengalir perlahan menuruni pipinya. Dan...dia kalah lagi.

Revenge Where stories live. Discover now