bab 19

31 8 2
                                    

"mana suami kamu Aqila?" soal Dato' Yusof sebaik sahaja melihat Aqila turun ke bawah untuk bersarapan seorang diri.

"er..dia keluar kejap lepas subuh tadi,"Aqila menjawab perlahan. Kening Dato' Yusof bertaut mendengar jawapan Aqila.

"dia keluar pergi ke mana pagi-pagi buta sampaikan tak boleh tunggu matahari terbit dulu." Dato' Yusof kembali menyoal.

"Dia ada kes kot, tu yang keluar pagi-pagi lagi tu." Aqila cuba mencipta alasan walaupun dia sendiri pun tidak mengetahui mengapa suaminya keluar dari bilik pagi tadi. Ditambah dengan peragai pelik suaminya lagi. Semuanya mengusutkan kepalanya.

"tak apalah kalau macam tu. Kalau dia balik nanti, ayah nak jumpa kamu berdua." Aqila mengangguk. Pasti ayahnya mahu bercakap mengenai perkahwinan ini. Suasana ruang makan menjadi senyap hanya kedengan bunyi sudu berlaga-laga dengan pinggan sesekali.

***

"Assalamualaikum, ummi.. Mak Nik mana ummi?" soal Rafiq apabila dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Ummi Aima. Mak Nik yang baru sahaja ini memanjat tangga untuk ke atas sedikit terkejut melihat Raqiq sudah tercegat di ruang tamu.

"Puan ada kat atas. Sekejap Mak Nik panggil." Mak Nik pantas mendaki tangga menuju ke bilik Ummi Aima. Seketika kemuadia Ummi Aima turum ke bawah. Seperti Mak Nik dia turut terkejut melihat anaknya berada di riang tamu rumahnya.

"Eric, kenapa pengantin baru ada kat sini pagi-pagi buta ni?" soal Ummi Aima. Namun apabila dia terpandang mata anaknya itu, dia terus mematikan langkah. "Rafiq..." Dia mengenali mata itu. Sebak.

"ummi tolong jelaskan kepada Rafiq ummi apa yang dah berlaku? Kenapa Rafiq boleh berkahwin dengan Aqila ummi?" soal Rafiq. Sungguh dia inginkan penjelasan.

"maafkan ummi Rafiq, ummi gagal pujuk Eric batalkan semua ini. Eric dengan Qila ditangkap oleh orang pejabat agama kerana berkhalwat. Ayah Qila minta Eric bertanggungjawab, dan Eric setuju." ummi Aima menerangkan semuanya. Rafiq melopong. Tidak percaya dengan kenyataan itu.

"jadi Rafiq dah jadi su..suami Aqila lah sekarang?" tergagap-gagap Rafiq ingin menyebut perkataan suami itu. Terlalu janggal dia ingin menyebut perkataan itu. Tidak pernah dia terfikir yang dia akan berkahwin.

Ummi Aima mengangguk. Rifiq mendiamkan diri sejenak. Memikirkan seauatu.

"Fiq, kamu dah jadi suami orang, jagalah Aqila tu baik-baik, biarpun semua ni berpunca dari Eric, tapi ummi nak kamu terima. Semua ini dah ditentukan oleh Allah. Jangan pernah terlintas di fikiran kamu mahu menceraikan Aqila." Kata-kata Ummi Aima mematikan lamunannya.

"InshaAllah ummi. Ummi, Aqila tahu tak pasal Rafiq dengan Eric?" soal Rafiq. Ummi Aima menggelengkan kepalanya. Mana mungkin dia berani memberitahu Aqila setelah diugut begitu oleh Eric.

"Fiq harap ummi jangan bagitahu dia, Fiq akan cuba untuk pulihkan diri Fiq." Ummi Aima terkejut mendengar kenyataan dari Rafiq. Selama ini, Rafiq sentiasa mengelak jika dia mengusulkan supaya Rafiq menyambung kembali rawatan dengan doktor psikatri. Ummi Aima tersenyum. Dalam hatinya begitu berharap Rafiq akan pulih dari segala trauma yang lepas. Berharap semoga perkahwinan Rafiq dengan Aqila berkekalan. Dan berharap agar Aqila mampu menyembuhkan luka dan trauma yang dialami oleh Rafiq.

***

"Eric! Kau...." Rafiq menghentak streng keretanya kuat. Setelah mendapat penjelasan dari Ummi Aima, dia terus meminta diri untuk pulang. Keretanya meluncur laju.

"aku akan pastikan kau tak akan muncul lagi lepas ni Eric!" dia bercakap sendiri seolah olah Eric dapat mendengar kata-katanya. Dia sudah dapat membaca tindakan Eric. Eric melibatkan Aqila dalam rancangan balas dendam mereka, sedangkan dia hanya ingin menggunakan Aqila untuk mendekati orang yang paling di bencinya.

Tidak pernah terlintas untuk dia turut melibatkan gadis itu. Aqila tidak bersalah. Yang bersalah adalah Dato' Yusof! Dia tahu Eric ingin membalas dendam ke atas seluruh keluarga Dato' Yusof.

Lelaki itu merupakan orang yang membunuh keluarganya. Dia nampak dengan jelas wajah itu. Dan sampai sekarang dia mengingati wajah itu sekalipun umur telah merubah sedikit rautnya, tapi dia tetap mengenalinya.

***

"kau pergi mana tadi?" soal Aqila setelah Rafiq masuk ke dalam bilik. Rafiq memandang Aqila. Membulat matanya. Mana taknya Aqila berkemban di hadapannya.

"kau.." belum sempat lagi Rafiq menegur, Aqila pantas menyampuk.

"kau apa? Jenuh aku mencari idea nak jawab dengan ayah dengan ibu tadi." Aqila masih tidak menyedari bahawa dia hanya berkemban. Ditangannya ada sehelai baju.

"kalau kau nak goda aku pun, tunggulah malam nanti sayang oi. Tapi sekarang pun ok jugak." Rafiq terus berjalan mendekati Aqila. Dia tersenyum jahat. Aqila memandang ke bawah. Membulat matanya melihat dirinya hanya berkemban.

"arghhh! Kenapa kau tak cakap awal-awal?!" kuat Aqilah menjerit. Belum sempat Rafiq mendekatinya, dia terus lari ke bilik wardrobe di tepi bilik air. Kedengaran Rafiq ketawa kuat.

"tulah, sibuk nak marahkan orang sampaikan terlupa nak pakai baju." Rafiq ketawa lagi. Tergolek-golek di atas katil kerana ketawakan isterinya.

"ketawalah puas-puas. Siaplah kau kejap lagi," laung Aqila dari dalam bilik wardrobe. Mukanya memerah selerti udang dibakar kerana malu. Punyalah dia bertekad nak jaga aurat dia dengan Rafiq, sampaikan tidur semalam pun dia memakai tudung alih-alih hari ini Rafiq dapat melihat dia dalam keadaan separuh telanjang.

Tiba-tiba Rafiq berhenti ketawa. Mukanya berubah. Dia tidak pernah ketawa sampai tergolek-golek seperti ini. Tidak pernah sepanjang hidupnya. Untuk pertama kalinya dia ketawa, dan penyebabnya adalah Aqila. Dan dia benci dengan hakikat itu.

"kenapa berhenti? Tadi bukan main lagi kau ketawakan aku." Aqila melabuhkan punggungnya di atas sofa. Muka ketat Rafiq dipandang. Pelik sungguh dengan perangai suaminya. Sekejap ok, sekejap tak. Memikirkan dia akan habiskan seluruh hidupnya dengan lelaki ini, jujur dia takut.

Revenge Where stories live. Discover now