bab 34

46 6 0
                                    

Setelah bersiap, Aqila terus menelefon perkhidmatan teksi untuk ke pejabat. Keretanya ditinggalkan di pejabat kerana semalam dia ke IPD dengam kereta Rafiq, dan pulang tanpa sempat mengambil kereta kerana Rafiq mengalami kecederaan.

Dia langsung tidak bersarapan pada pagi ini. Biasanya dia akan makan paling kurang sekeping roti dan susu untuk mengalas perutnya.

Dia tidak sabar untuk ke pejabat untuk bertemu dengan Rafiq. Setelah Rafiq keluar dari rumah, dia langsung tidak dapat melelapkan matanya.

Dia yakin Rafiq akan ke pejabat. Sepanjang dia bekerja dengan Rafiq, dia tidak pernah melihat Rafiq mengambil cuti.

Walaupun Rafiq terpaksa ke AF Holding, dia akan menjenguk juga ke Truth walaupun sekejap selepas urusannya di AF Holding selesai.

Setelah teksi sampai di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Truth, dia terus keluar dari perut teksi.

"kereta dia ada ke tak?" soal Aqila sendirian. Matanya melilau mencari kereta Rafiq.

"kelibat kereta pun tak nampak ni, parkir bawah tanah kot." Aqila cuba menyedapkan hatinya. Dia terus melangkah ke arah lif.

Setelah sampai di pejabat, dia terus berjalan menuju ke bilik Rafiq.

"Yanti, boss dah sampai?" soal Aqila kepada Yanti yang berada di mejanya.

"boss tak sampai lagi, Qila." jawab Yanti. Dia sendiri pun pelik, biasanya Rafiq akan berada di pejabat lebih awal daripadanya.

"oh tak apalah kalau macam tu." Aqila  mengangkat kakinya.

"err, kejap Qila." belum sempat Aqila melangkah untuk meninggalkannya di ruangan Yanti menghalang.

"ya Yanti, ada apa?" soal Aqila. Dia mengerutkan keningnya sehingga hampir tetangkup.

"kenapa Yanti tengok macam Qila ni ada masalah je?" soal Yanti. Dia dapat melihat raut cemas Aqila.

"oh, tak ada apa-apa, ni pasal kes semalam. Tak apalah kalau macam tu. Qila balik ke meja dulu." Aqila terus meminta pamitan. Yanti hanya mengangguk faham.

Aqila menghelakan nafasnya. Rafiq masih tidak datang. Dia memandang telefon bimbit di tangannya.

Bukan dia tidak cuba menghubungi Rafiq, tetapi Rafiq meninggalkan telefon bimbitnya di rumah. Selepas Rafiq keluar, dia terus cuba menghubungi Radiq, tetapi telefon Rafiq berdering di atas katilnya.

'mana awak pergi ni Rafiq, phone tak bawa, ubat tak bawa, saya risaukan awak.' bisik Aqila.

Sepanjang hari, Aqila tidak dapat membuat kerja dengan tenang. Laporan mengenai kes semalam hanya 20% sahaja yang siap. Dia langsung tidak dapat fokus kepada kerjanya.

"Qila, menung apa tu?" sapa Intan. Sedari tadi dia memerhati gelagat Aqila yang lebih banyak termenung daripada menyiapkan kerja.

"oh, kak Intan, terkejut Qila." Aqila mengurutkan dadanya. Terkejut dengan sapaan Intan yang tiba-tiba sahaja.

"Qila tu duduk termenung macam orang mati laki, mana nak perasan akak datangkan." Intan melemparkan senyuman.

"apalah akak ni cakap macam tu. Tak baik tau," jantung Aqila berdegup kencang mendengar perkataan mati. Mana taknya, dua sudah bimbangkan Rafiq, kalau masin mulut Intan, dia tak dapat bayangkan bagaimana.

"ala akak gurau jelah. Lagipun Qila bukan ada suami pun kan, jadi tak payah nak cuak sangatlah." Intan ketawa kecil.

"yelah." sepatah sahaja Aqila membalas.

"Qila, jom keluar. Makan, Qila tak lapar ke? Dah nak pukul 5 petang dah ni. Akak perasan Qila tak keluar lunch tadi." Aqila terus menoleh ke arah jam yang digantung di dinding pejabat. Dia menepuk dahi.

Revenge Where stories live. Discover now