Bab 38

32 2 0
                                    

Rafiq memandu keretanya dengan kelajuan sederhana. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Perutnya berbunyi meminta di isi. Dia langsung tidak menjamah apa-apa sejak sedar dari tidurnya.

Dia berkira-kira untuk berhenti makan tengah hari sebelum pulang ke rumah Aqila. Sudah tiga hari dia menghilangkan diri.

Setelah memandu selama 10 minit dia memberhentikan keretanya di sebuah restoran masakan ala kampung. Setelah memakirkan kereta di temoat letak kereta yang disediakan, Rafiq terus berjalan masuk ke restoran itu.

Disebabkan dia datang pada waktu kemuncak, ditambah pula dengan hari minggu, keadaan di dalam restoran itu agak sesak.

Ramai yang datang menjamu selera dengan keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan Rafiq berasa sedikit janggal.

Manakan tidaknya, hanya dia sahaja yang duduk di meja untuk 4 orang tanpa ditemani sesiapa. Beberapa mata memandangnya pelik.

Setelah memesan beberapa menu kegemarannya, Rafiq termenung sendiri. Sungguh dia rasa terasing di dalam restoran yang dipenuhi dengan manusia itu.

"lambatlah pula makanan sampai" bebelnya sendiri. Perutnya sudah bising berbunyi memunta makanan. Liurnya kecur melihat hidangan ikan bakar kegemaranya dihidangkan di meja sebelah.

Sebaik sahaja makanannya sampai, tanpa membuang masa Rafiq twrus mengisi perutnya. Seboleh-bolehnya dia mahu menghabiskan makanannya secepat yang mungkin. Sesekali dia menghirup air sirap selasih dihadapannya.

Rafiq menhabiskan makanannya dalam masa 15 minit. Setekah membuat pembayaran di kaunter pembayaran, dia terus berlalu meninggalkan restoran itu. Tidak tahan menjadi tumpuan orang ramai yang memandang dirinya hanya kerana dia makan bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Kereta Rafiq meluncur masuk ke kawasan parkir bawah tanah bangunan konduminiumnya itu. Setelah keluar dari kereta, dia mendapati kereta Aqila tiada di tempat parkirnya.

"keluar ke mana bini aku ni?" soalnya sendiri. Malas mahu memikirkan ketiadaan Aqila, dia terus berlalu ke lif.

***

"Abang," tegur Datin Munirah lembut. Sedari tadi dia melihat suaminya termenung jauh. Bunyi air dari kolam buatan yang ada di halaman rumahnya yang dihiasi dengan lanskap yang cukuo indah langsung tidak mengganggu lamuanan Dato' Yusof.

"eh, Irah, terkejut abang" Dato' Yusof mengurut dadanya perlahan. Terkejut dengan sapaan isterinya. Datin Munirah meletakkan cawan berisi kopi di atas meja batu di hadapan suaminya. Dia tersenyum manis.

"Abang fikir apa? Dari tadi Irah tengok abang asyik termenung je." Datin Munirah tidak jadi mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di samping suaminya. Sebaliknya dia berdiri di belakang suaminya dan memicit pelahan bahu suaminya itu.

"tak ada apa-apalah Irah." Dato Yusof tersenyum. Dia memejamkan mata menikmati urutan lembut isterinya.

"Abang jangan nak berdalih dengan Irah. Macamlah Irah baru kenal abang semalam." ujar Datin Munirah.

"tak ada apa-apa yang serious pun Irah. Abang cuma fikirkan syarikat," Dato' Yusof menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Abang, Irah tahu syarikat tu penting untuk abang, tapi Irah tak nak abang jatuh sakit kalau setiap hari fikirkan syarikat tu," Datin Munirah meluahkan kerisaunya terhadap kesihatan suaminya. Dia tahu suaminya bukanlah sihat sangat mahu menguruskan syarikat itu.

"itu amanah Irah, abang tak boleh lepas tangan." ujar Dato' Yusof. Itulah jawapannya setiap kali isterinya menyuruhnya untuk tidak selalu memikirkan perkara mengenai syarikat. Baginya syarikat itu terlalu penting untuknya. Suatu hari nanti dia perlu mengembalikan semuanya pada yang berhak. Sebelum itu dia perlu menjaga amanah itu dengan sebaik mungkin.

Sudah lama dia mencari waris pemilik syarikat yang diuruskannya sekarang. Dia tahu, pewaris itu masih hidup. Dia tahu kerana mayat anak itu langsung tidak dijumpai ditempat kejadian. Sudah sekian lama dia mencari, tetapi dia langsung tidak mendapat sebarang klu.

"Irah tahu bang, tapi abang perlu fikirkan kesihatan abang jugak," balas Datin Munirah.

"kalaulah Aqila terima amanah ni, lega sikit hati abang ni." keluh Dato Yusof. Tidak menyangka, anaknya yang selama ini taat menurut perintahnya, yang selalu menjadikan dirinya sebagai idola, membantah kata-kata dan arahannya.

"Abang, abang tahulah perangai anak perempuan abang tu, keras kepala, kuat merajuk. Tengoklah lepas kahwin ni, langsung tak datang menjenguk kita."ngomel Datin Munirah.

"ikut perangai siapalah anak tunggal kita tu?" soal Dato' Yusof.

"ikut perangai abanglah, siapa lagi." laju sahaja Datin Munirah menjawab. Dato' Yusof tertawa kecil.

"asal buruk je ikut perangai abang ya," ujar Dato' Yusof.

"betullah, abang tu keras kepala jugak, Irah suruh rehat, jangan fikirkan syarikat sangat, tengoklah, sampai sekarang pun syarikat je dalam fikiran abang tu" bebel Datin Munirah. Dia mencebikkan bibirnya.

"yelah, dia ikut perangai abang. Tapi bab kuat merajuk tu ikut perangai Irah." Dato' Yusif tergelak kecil.

"mana ada Irah kuat merajuk. Abang ni ada-ada jelah." Datin Munirah menepuk lembut bahu suaminya.

"tengok, ni pun tengah merajuk lagi. Samalah dangan anak Irah tu. Abang suruh dia urus syarikat tak nak, bila abang marah, terus dia pindah rumah. Ni abang suruh dia kahwin lepas kes tangkap khalwat tu, terus tak balik dah rumah hujung minggu. Kuat betul merajuk." ujar Dato' Yusof.

"dia merajuk dengan abanglah ni. Abang manjakan sangat dia, bila jadi macam ni, merajuk teruklah dia dengan abang." Tambah Datin Munirah. Dia menghentikan urutan pada bahu suaminya. Lantas dia melabuhkan punggungnya di sisi suaminya.

Aqila terlalu rapat dengan ayahnya sedari kecil lagi. Apa sahaja yang dibuat oleh ayahnya menjadi inspirasi buatnya. Termasuklah dengan ciri-ciri ayahnya yang mempuanyai self-esteem yang sangat tinggi dan sangat berdikari jika bersendirian.

"abang tegas sangat ke dengan Qila tu, Irah?" soal Dato' Yusof. Dia memandang tepat ke wajah isterinya.

"Bagi Irah, abang ada hak untuk bertegas dengan dia, abangkan ayah dia, wali dia. Dalan urusan kahwin dia memang abang berhak tentukkan, tapi soal syarikat, Irah rasa abang tak boleh nak paksa dia." balas Datin Munirah. Berhati-hati dia menyusun kata. Takut sang suami terasa hati.

"abang..."

"abang, berilah Qila masa. Lagipun abang tak ceritakan perkara yang sebenar kepada dia. Irah rasa kalau abang terangkan baik-baik niat abang nak amanahkan syarikat tu kepada dia, Irah pasti dia akan menimbangkan permintaan abang."

"Abang bukan tak nak ceritakan, tapi belum waktunya lagi untuk Qila tahu segalanya. Abang tak nak nanti..." Dato' Yusof menghentikan kata-katanya.

"Nanti apa abang?" soal Datin Munirah.

"tak ada apa-apalah." Dato Yusof mengelak untuk menjawab soalan isterinya itu. Datin Munirah mengerutkan dahi. Tapi dia tidak menanyakan lebih lanjut walaupun dia ingin tahu.

"Abang masuk dululah Irah. Dah lewat petang ni." Dato Yusof bangun meninggalkan isterinya.

Dato Yusof melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terlepas cakap sebentar tadi. Buat masa sekarang dia perlu merahsiakan kepulangan Yazid ke Malaysia.

Jika dia memberitahu hal sebenar kepada Aqila, sudah pasti Aqila akan membantunya menjejaki pewaris syarikat yang diamanahkannya itu. Dia tidak mahu keselamatan Aqila terancam sekiranya Yazid mengetahui niatnya. Dan dia tidak mahu Yazid mengetahui mengenai pewaris itu. Dato Yusof menghelakan nafas.

Assalamualaikum! Guys! Hi. Lama betul aku tak updatekan. Bila kena mental block, mmg tak ada idea nak tulis apa. Draf dah ada, tp tulaa, nak kembangkan isi tu bkn senang, nak jdkan cerita tu logik lagilah susah. Hahahahha. Sorrylah jika cerita aku ni ada kelemahan situ sini, kelemahan ejaan, flow cerita tak brape cantik, maaf sgt2. Thanks sbb support lg cerita aku ni. Nak2 aku ni penulis malas, 😂 nak aku update terus 4 bab. Minggu dpn inshaAllah aku update lg. Sorry tau buat korang tertunggu-tunggu. -lazy writer-


Revenge Where stories live. Discover now