bab 7: kes pertama

59 10 0
                                    

Dia memandang sekeliling. Sebuah beg bagasi hitam yang besar ditarik. Berat. Dia sedikit tercungap-cungap. Peluh merinik di atas dahinya. Baju tshirt yang dipakainya basah dengan keringat. Suasana sunyi di atas bukit itu langsung dia peduli. Langsung tiada gentar di riak mukanya. Dia berjalan mengheret beg bagasi hitam membelah malam, gelap gelita, dia berjalan berpandukan lampu suluh.

****

Pagi yang indah. Hari ini adalah hari minggu. Wani mengambil keputusan untuk mendaki bukit di belakang kampus. Puncak Bukit itu mengadap matahari terbit. Ramai juga pelajar yang turut mendaki pada pagi ktu. Maklumlah hari ahad tiada kelas. Kebanyakkan pelajar menghabiskan waktu pagi dengan berjogging di sekeliling kampus.

Biasanya Wani akan mendaki bukit dengan Afzan, tapi Afzan langsung tidak pulang ke bilik semalam. Dia sudah sedia maklum Afzan keluar dengan teman lelakinya. Afzan sering kali bermalam di luar. Kadang-kadang Afzan pulang kerumah ibubapanya tanpa memberitahunya. Jadi dia langsung tidak mengambil pusing mengenai teman sebiliknya yang tidak pulang semalam.

Sesampai sahaja diatas bukit itu, matahari baru sahaja mengintai di balik bukit bukau. Cantik. Tenang. Beberapa orang pelajar perempuan yang turut sama mendaki begitu teruja dengan keindahan alam semula jadi di kawasab bukit itu. Dia dapat mengagak mereka itu adalah pelajar junior yang baru sahaja dua minggu menjalani hidup sebagai pelajar di kolej itu. Dia tersenyum. Gelagat mereka mengingatkan dia waktu dia pertama kali menjejakkan kaki diatas bukit ini.

"arghh!!" Wani sedikit tersentak mendengar suara orang menjerit. Dia berpaling kearah seorang pelajar perempuan yang sudah jatuh terduduk di atas rumput. Tangannya menekup mulut. Jelas kelihatan riak takut di wajah gadis itu.

Orang ramai mengerumuni gadis itu, mungkin ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Wani turut mengankat kaki menuju ke tempat gadis itu terduduk. Matanya tertangkap sebuah bagasi yang berisi sesuatu. Orang ramai yang mengerumini beg itu masing
-masing menutup hidung.

"ya Allah!" sungguh dia terkejut melihat isi di dalam begasi itu. Mayat! Dan paling mengejutkan mayat itu..menyerupai Afzan! Tak, dia memang Afzan! Wani menekup mulut menahan tangis. Beberapa orang lelaki menghalang daripada pelajar-pelajar mengambil gambar mayat. Seorang daripada mereka menelefon pihak polis. Suasana atas bukit yang selama ini penuh dengan gelak ketawa dan keterujaan menjadi riuh rendah dengan umpatan umpatan manusia yang tidak berhati perut. Seseorang mati dalam keadaan yang mengerikan, mereka masih lagi sibuk berceritakan prihal buruk mangsa. Itulah manusia.

***

Sudah seminggu dia berkerja disyarikat itu, boleh dikatakan kerjanya setiap hari menganalisis kes-kes lepas. Boleh dikatakan setiap hari juga Aqila mengadap muka bossnya yang garang itu. Sedikit sebanyak bossnya banyak mengajarnya mengenai psikologi penjenayah. Dia juga pernah belajar subjek psikologi semasa menuntut di UM dulu. Jadi tidak susah untuk dia memahami apa yang diterangkan oleh Rafiq.

Fail dihadapannya dibelek. Matanya tercancap pada gambar-gambar mangsa pembunuhan bersiri yang berlaku sekitar tahun 2006. Dia berfikir bagaimana seorang manusia sanggup membunuh sedangkan dia mahu berlaku kasar dengan haiwan pun dia sudah tidak sanggup. Bunyi telefon Rafiq di atas meja mengejutkannya.

"Hello, ya inspektor. Ya saya.." Rafiq menoleh ke arah aku dan bangun menjauhi aku. Dia bercakap cakap di telefon. Sesekali dia menganggukkan kepala.

"Aqila, jom ikut aku," setelah mematikan telefon, pantas tangan Rafiq mencapai kunci keretanya.

" nak kemana boss?" Aqila sedikit terpinga pinga. Mana taknya main ajak sahaja, bukan dia nak terangkan kemana dan kenapa.

"ade kes baru, pembunuhan. Jom cepat!" Rafiq menggamit Aqila mengikutinya. Pantas Aqila bangun dari kerusi. Dia mengekori Rafiq dari belakang. Dia sempat mengambil tas tangannya sewaktu mahu keluar dari pejabat.

"kau ni kenapa sampai pucat ni, takut nak tengok mayat?" Rafiq sempat menjeling ke arah Aqila yang duduk di sebelahnya. Mercedes Benz SLK 55 AMG milik Rafiq laju membelah jalan raya menuju ke tempat kejadian.

"cuaklah boss, first time kot nak tengok mayat live, selama ni tengok dalam gambar je, masa belajar pun tengok gambar je." Aqila berterus terang. Siapa yang tidak takut jika mahu melihat mayat dalam keadaan ngeri.

"mula-mula memanglah. Nanti lama-lama oklah. Kau jangan mengada nak duduk jauh-jauh, ikut je aku, catat semua maklumat, faham?" Rafiq memberikan arahan, dia hanya perlu ikut. Dia bukanlah sampai geli nak tengok mayat, dua sudah terbiasa melihat gambar-gambar ngeri sewaktu belajar dulu. Tapi sekarang bezanya dia perlu tengok yang real punya.

"ok dah sampai," kereta Rafiq memasuki perkarangn sebuah kolej swasta. Tanpa membuang masa Rafiq terus meluar dari kereta. Beberapa buah kereta polis dioakirkan dibawah bukit.

"hello Professor Eric!" seorang pegawai polis datang menyalami tangan Rafiq. Rafiq turut menyambut huluran pegawai polis itu.

"professor?" kening Aqila hampir tertangkup. Terkejut dengan gelaran yang diberikan oleh pegawai polis itu kepada bossnya.

"tak payah panggil professorlah inspektor Liam, segan sama pekerja i ni, tengok dia pun pelik you panggil i professor." mulut Rafiq terjuih juih menunjuk ke arah Aqila.

"you tak kasi tahu dia ke prof?" inspektor Liam tergelak kecil. Pelik bila dia dapat tahu pekerja Rafiq tidak mengetahui pangkat Rafiq.

"tak pentinglah inspektor. Dia pekerja baru i, lagipun kat pejabat pekerja i panggil boss je. So, where is the body? Is it up there?" suara Rafiq bertukar serius. Tangannya lurus menunjukkan atas puncak bukit.

"yes prof, the victim is Afzan Malik, 20  one of the student in this college, have been dead for 6 to 7 hours ago based on forensic analysis. She have been killed in the other place, then the killer have been put the body into the bag and left it here." panjang penerangan inspektor Liam. Pantas sahaja mereka sampai di puncak bukit. Mereka terus memakai topeng mulut yang dihulurkan olrh seorang pegawai polis sebentar tadi.

Rafiq terangguk-angguk tanda memahami. Aqila pantas sahaja menulis maklumat dia buku nota kecilnya. Apabila sampai di tempat kejadian, Rafiq memeriksa mayat mangsa. Terdapat kesan kelaran pada leher mangsa. Langsung tidak geli dengan keadaan mayat yang sedikit membusuk.

Beberapa anggota forensik melakukan kerja untuk mengumpulkan bukti. Mayat mangsa dibungkus didalam beg mayat berwarna hitam dan diangkut turun ke bawah bukit untuk dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Revenge Where stories live. Discover now