bab 14

35 8 0
                                    

Eric perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat sekeliling. Dia berada di dalam kereta Rafiq. Eric memegang matanya. Masih tersisa bekas air mata Rafiq sebentar tadi.

"kau lemah Rafiq," Eric mengetap bibir. Begitulah selalu. Jika Rafiq bersedih, dia akan melarikan diri. Membiarkan Eric menguasai badannya.

"kali ini untuk berapa lama kau nak lari Rafiq?" soalnya sendirian. Tiada jawapan. Tanpa membuang masa, Eric terus menghidupkan kereta dan berlalu meninggalkan kawasan itu.

Eric menolak sebuah buku yang berada di hujung rak buku. Dengan automatik rak-rak tersebut bepisah membentuk laluan. Dia terus melangkah masuk kedalam bilik itu.

Di situ segala benda dia akan berkongsi dengan Rafiq. Setiap hari Rafiq akan merekodkan orang yang ditemui, perkara yang dia buat pada hari itu, dan dia juga akan meninggalkan masej untuk Eric jika Eric muncul.

Eric mengambil tempat dihadapan monitor. Dia menghidupkan komputer. Setelah itu dia melarikan tetikus pada folder yang telah Rafiq ciptakan untuk meninggalkan pesanannya kepada Eric.

"Eric, aku ca nak pesan, jangan over used badan aku macam hari tu, aku penat. Satu lagi, jangan kau bertindak sesuka hati kau. Buat seperti yang kita rancang. Aku dah ambik perempuan tu kerja dengan aku. Kau tahukan siapa. So jangan pandai-pandai nak rancang sesuatu di belakang aku." Rafiq memberikan amaran. Bukan dia tidak tahu Eric seorang yang lelas laku, kadang-kadang Eric membuat sesuatu tanpa berfikir vaik buruknya, sudahnya dia yang perlu menanggung onar yang dibuat oleh Eric.

"eleh, aku exercise sikit je pun hari tu. Jadi kau dah mulakan langkah. Dah aku hanya perlu follow jelah kan, tapi kau ingat Rafiq aku ikut bukan bermakna aku takutkan kau. Kau pun jangan buat apa-apa yang boleh merosakkan rancangan kita." giliran Eric pula meninggalkan pesan melalui video.

Setelah selesai meninggalkan pesanan keoada Rafiq, Eric terus bangun dari duduknya. Matanya meliar memandang sekeliling bilik itu. Ini tempat dimana segala rahsia dia dan Rafiq tersimpan. Mata tercacap pada sebuah papan putih. Terdapat gambar-gambar orang yang ingin mereka musnahkan.

Eric berjalan mendekati papan putih itu. Kakinya dipakukan dihadapan papan putih itu. Merenung satu per satu plot yang telah dirangka oleh dia dan Rafiq.

***

Aqila terpaksa mengambil cuti hari ini. Kakinya masih lagi sakit. Dia hanya memberitahu Kak Yanti bahawa dia terpaksa mengambil MC hari ini. Dia malas mahu menghubungi Rafiq. Malas mahu mendengar majikannya membebel. Bukan dia tidak tahu majikannya masih marahkan dia walaupun dia tidak mengetahui sebabnya.

Usai solat, dia hanya membaringkan diri di atas katil. Perutnya berbunyi meminta di isi tidak dihiraukan. Malas mahu berjalan dengan kaki yang sakit itu.

"laparnya. Nak kena call ibu ke ni? Nak bangun masak tak larat langsung" Aqila mengeluh. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Dia tahu jika ibunya mengetahui bahawa dia tercedera semasa bekerja, mesti ibunya payah untuk membenarkan dia bekerja disitu lagi.

Tutt!tutt!

Dalam dia berfikir tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Tangan mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja disisi katil.

Rumah kau nombor berapa?

Mesej dari majikannya. Dia menggarukan kepala. Pelik dengan sikap lelaki itu. Sekejap ok sekejap berangin.

Boss nak buat apa?

Tangannya pantas menaip mesej untuk Eric.

Ehh suka hati akulah. Aku tanya ni, rumah kau nombor berapa tingkat apa? Payah sangat nak jawab!

Aqila mencebik bibir. Seperti biasa majikannya gemar memaksa.

Yelah boss, rumah saya kat tingkat 7 rumah nombor 2.

Aqila mengalah. Malas mahu bergaduh dengan majikannya yang langsung tidak mahu mengalah. Setelah beberapa minit, bunyi loceng ditekan menandakan Eric sudah berada dihadapan pintu rumahnya. Terhinjut hinjut kaki Aqila melangkah untuk membuka pintu.

"ada boss selalu menyusahkan" ngomel Aqila. Sebaik sahaja dia membuka pintu tersembul muka Eric bersama bungkusan makanan ditangannya. Aqila terkejut.

"nah untuk kau, Yanti cakap kau sakit kaki. Kenapa dengan kaki kau? Nakal sangat!" Eric sempat menyindir Aqila. Aqila mengerutkan keningnya. "dah kau ni aku dah bagi makanan, yang muka kau berkerut seribu tu kenapa? Cirit ke?" soal Eric. Pelik dengan tingkah Aqila.

"boss ni dah hilang ingatan ya? Kan kaki saya cedera masa tangkap Haris semalam. Boss yang hantar saya balik ke rumah semalam." Aqila menjawab. Eric sedikit terkejut. Terus mukanya berubah.

Kejadian semalam Rafiq tidak sempat untuk rekod kerana dia menghilangkan diri secara mengejut. Eric menggarukan kepalanya mencari akal untuk menipu Aqila.

"err, aku tahulah! Saja nak uji kau. Ni aku datang bagi makanan ni sebab tulah. Kau dah cedera masa bekerja, jadi tanggungjawab akulah nak tolong kau. Aku tahu kau laparkan." laju sahaja Eric memberikan alasan.

"susah-susah je boss ni, hehe. Thanks boss. Boleh tahan baik jugak boss ni." Aqila tersengih. "sorry boss, saya tak boleh jemput boss masuk dalam, nanti kena tangkap basah susah, tak pasal-pasal kena kawin."Aqila memohon maaf.

"dapat kawin free pun ok jugak ni. Tepi aku nak masuk"Eric mengacah membuka kasut.

"malaslah saya nak melayan boss. Baliklah boss saya nak makan. Bye! Thanks tau boss!" pantas pintu rumahnya ditutup.

"perempuan ni, nasib baik tak kena batang hidung aku yang hensem ni. Ehh, batang hidung Rafiq. Tapi Rafiq tu aku, jadi betullah batang hidung aku. Apa-apa jelah."Eric mengangkat kaki meninggalkan rumah Aqila.

Revenge Where stories live. Discover now