bab 12

43 7 5
                                    

Beg bagasi yang berisi pakaiannya dikeluarkan dari bonet kereta. Dia baru sahaja pulang dari kampungnya. Baju-baju yang terisi didalam beg itu di letakkan di dalam bonet.

Susah payah dia mengangkat mayat Afzan dan disumbatkan ke dalam beg. Tubuh kecil Afzan membolehkan mayatnya disumbat. Setelah membersihkan sisa darah pada cermin dan seat keretanya, pantas sahaja dia mengheret beg itu ke bukit belakang kolej. Nasib baik seat keretanya di letakkan sarung kulit, jadi mudah untuk dia mengelap darah.

Satelah membuang mayat Afzan di atas bukit itu, dia cuba membersihkan lagi sisa darah pada seat keretanya. Tuala yang digunakan untuk mengelap darah dibakarnya ditempat pembuangan sampah di belakang kolej. Getah pemijak di dalam keretanya yang terkena darah turut dibakarnya.

Jam menunjukkan pukul 3:30 pagi. Dia bergegas pulang ke biliknya. Pisau yang digunakan untuk membunuh Afzan diletakkan di dalam sebuah kotak dan disimpan di dalam laci meja kerjanya. Dia langsung tidak menbersihkan darah pada pisau itu. Baginya, darah itu tanda cintanya kepada Afzan. Dia bukan membunuh Afzan, dia cuma membantu Afzan daripada terus menderita.

***

"macam mana kau boleh terlepas?" soal Haris sebaik sahaja melihat Ray berjalan menuju ke kafe. Dia pelik bagaimana Ray beh terlepas sedangkan semua bukti menunjukkan Ray yang bersalah membunuh Afzan.

"bukti tak cukup kuat nak mensabitkan aku. Diaorang tak jumpa senjata pembunuhan kat aku." sinis Ray menjawab. Haris mengetapkan giginya. Benci melihat wajah itu. Kerana dia Afzan menangis. Dia perlu buat sesuatu untuk memerangkap Ray. Ray perlu dihukum. Dia yang membunuh Afzan!

***

Haris memandang sekeliling. Memastikan tiada yang berdekatan.
Almari barangan Ray yang terletak di kampus dibukanya. Tidak berkunci. Dia mengeluarkan pisau yang digunakan untuk mengelar leher Afzan. Belum sempat dia meletakkannya, dia terdengar suara..

"jangan bergerak! Letakkan senjata." suara seorang anggota polis memberikan amaran. Haris terkejut. Dia memandang ke belakang. Dia sudah dikepung! Dia memandang sekeliling. Cuba mencari ruang untuk melarikan diri. Namun anggota polis itu semakin dekat dengannya. Dia dudah tiada ruang untuk melarikan diri.

Haris mara kehadapan menolak seorang anggota polis dan dia berjaya melarikan diri. Pantas dia berlari dan beberapa anggota polis mengejarnya dari belakang.

Aqila yang berada tidak jauh dari situ menahan kakinya. Dan Haris yang berlari tidak perasan akan kaki Aqila dan terus tersadung jatuh. Tanpa melengahkan masa, seorang pegawai polis menindih belakang Haris dan menggari tangannya.

Aqila tersenyum puas. Walaupun kakinya terasa perit, kemungkinan terseliuh akibat pelanggaran yang kuat dengan kaki Haris sebentar tadi, dia tetap gembira kerana dia berjaya membantu pihak polis menangkap suspek.

***

*sehari sebelum Haris ditangkap*
" inspektor, saya rasa Ray bukan pembunuhnya. Kalau diikutkan hasil bedah siasat, kesan kelaran lebih dalam di sebelah kanan leher, dan kelaran itu dibuat dari belakang kerana terdapat kesan lebam pada leher mangsa. Jika suspek tidak kidal, pasti luka itu lebih dalam di sebelah kiri." panjang lebar Rafiq menerangkan. Inspektor Liam teragak agak mahu percaya. Namun, mengikut logik tidak mungkin orang yang tidak kidal mampu menggunakan tangan kirinya sekuat itu. Jika dilihat luka kelaran itu bergitu dalam.

"jadi siapakah pembunuh sebenarnya? Saya tidak akan melepaskan suspek hanya kerana itu sahaja, banyak bukti yang mensabitkan suspek dengan kesalahan membunuh."inspektor Liam bertanya. Dia tahu pasti Rafiq telah mengetahui siapakah pembunuh sebenar. Rafiq tersenyum.

"Haris, kawan kepada mangsa. Dialah pembunuhnya. Saya yakin senjata pembunuhan masih ada dengannya. Tapi saya perlukan pertolongan inspektor untuk membuatkannya mengeluarkan senjata itu dari simpanannya." Inspektor Liam turut tersenyum. Sunggub dia tidak salah meminta pertolongan Rafiq dalam mrnyelesaikan kes ini. Sungguh Rafiq sangat tajam dalam menilai seseorang.

Dari situ bermula rancangan membebaskan Ray sebagai umpan. Dan seperti yang dijangka, Haris mengeluarkan senjata pembunuhan hari itu juga. Dan dia terperangkap dengan rancangan bijak Rafiq.

Setelah ujian DNA dibuat, darah pada pisau itu adalah darah mangsa. Dan seluruh bilik dan kereta Haris digeledah. Pihak forensik juga menjumpai kesan darah pada karpet kereta Haris dengan ujian Luminol yang menunjukkan reaksi pendarfluor apabila terkena kesan darah yang sudah kering atau meruap.

Revenge Where stories live. Discover now