bab 6

43 10 0
                                    

Bunyi jam loceng mengejutkan Aqila yang sedang tidur. Tangannya pantas meraba telefon bimbitnya yang berdering di bawah bantalnya. Matanya masih lagi terpejam. Masih mengantuk. Matanya dibuka sedikit membolehkan dia melihat skrin telefon bimbitnya. "hurm, awal lagi." jam menunjukkan pukul 6 pagi. Dia mengeliat kecil. Matanya kembali dipejam.

Tiba-tiba sahaja dia terbangun dari pembaringan. Baru dia teringat bahawa hari ini adalah hari pertama dia bekerja. Matanya segar. Pantas dia berlalu ke bilik air. Tangannya sempat mencapai tuala yang bergantung kemas pada penyangkut yang terletak di sudut bilik.

Setelah menunaikan solat subuh, dia pantas bersiap. Baju kemeja putih dipadankan dengan seluar slek hitam.dicapainya. Dia hanya mengenakan solekan nipis. Dia bukan jenis yang suka mengenakan solekan tebal. Rimas. Kadang-kadang dia sekadar mengenakan sedikit bedak dan hanya mengoleskan pelembab bibir. Bibirnya yang sedia merah tidak memerlukan sebarang gincu. Cukup hanya pelembab bibir untuk mengelakkan bibirnya menjadi kering.

Tudung bawal becorak geometri berwarna biru muda yang telah diseterika malam tadi dicapainya. Dia melilitkan di kepalanya. Pantas. Dia memandang cermin besar didalam bilik yang digunakan sebagai wardrobe. Segala pakaian, kasut, aksesori tersusun kemas di dalam almari yang dikhaskan.

"hurm, cantik jugak aku ni, kalau bakal suami tengok konfem mesti jatuh cinta ni. Haha" sempat lagi dia berangan Setelah berpuas hati dengan penampilannya. Dia mencapai tas tangan Berjenama Gucci yang bersusun elok di atas rak, sepasang kasut yang dikira tidak akan menyakitkan kakinya sekiranya dia perlu berjalan sepanjang hari dicapainya.

Kunci keretanya pantas dicapai, jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Masih ada satu jam untuk dia masuk bekerja. Jarak apartmentnya dengan tempat kerjanya tidaklah terlalu jauh, hanya mengambil masa 30 minit jika tidak ada kesesakan lalu lintas.

Kereta Honda Jazz Aqila meluncur laju membelah jalan raya. Kereta itu hadiah dari ayahnya dua tahun lepas. Dan tahun lepas ayahnya menghadiahkan sebuah apartment, rumah yang dia diamj sekarang sebagai hadiah hari lahirnya. Selama ini dia hanya menyewa disebuah rumah bersama kawannya Karena. Jika diikutkan pendapatannya sebagai tutor sementara di sebuah pusat tuisyen, dia tidak mungkin dapat membeli sebuah apartment semewah itu.

Ayahnya menghalang keras apabila dia mengambil keputusan untuk tinggal berasing setelah habis belajar. Namun dihadiahkan juga untuk anak perempuannya sebuah rumah. Dia sendiri tidak memahami ayahnya sendiri. Ayahnya menghalang keras keputusannya untuk menyambung ijazah perundangan di Universiti Malaya, namun ayahnya tetap juga menanggung segala perbelanjaannya sepanjang dia belajar.

Pejalanan hanya mengambil masa selama 45 minit. Kesesakan lalu lintas tidaklah begitu teruk. Dia melangkah masuk kedalam pejabatnya yang terletak ditingkat 6 bangunan 12 tingkat itu. Di dalam pejabatnya hanya menempatkan 6 buah meja dia ruang tengah pejabat, satu pantri, bilik boss, tandas dan surau kecil untuk kemudahan pekerja.

Syarikat penyiasatan persendirian itu hanya mempunyai 6 orang kaki tangan termasuklah Aqila dan seorang tea lady. 4 orang daripadanya merupakan peyiasat, seorang kerani, dan Aqila, pembantu kepada boss. Dia sendiri masih tidak memahami skop-skop kerjanya, walaupun telah diterangkan oleh Encik Eric semalam. Macam mana nak faham, dia langsung tidak fokus kepada apa yang disampaikan oleh bossnya kerana sibuk berangan.

"pagi Qila," lelaki itu melemparkan senyuman. Jaket kulit hitamnya masih berbalut dibatang tubuhnya. Sebijik rupa penyiasat yang sering dilihat di kaca televisyen.

"oh, Encik Faris, pagi!" dia turut melemparkan senyuman. Janggal. Maklumlah hari pertama kerja. Masih belum mengenali lagi orang-orang yang berada dipejabat itu. Semalam sewaktu dia diperkenalkan kepada staf di pejabat itu, dia masih tidak mengenali kesumua, dua orang lagi penyiasat bekerja diluar lejabat melakukan penyiasatan yang telah ditugaskan.

"eh Qila ni, panggil je Faris, takpun kalau nak lagi sedap panggil Abang Faris." dia tersengih gatal. Masih sempat lagi dia mengusik Aqila. Aqila hanya tersenyum. Malas mahu membalas.

"oklah Qila, saya nak sambung kerja saya semalam. Selamat berkerja, dan good luck!" Faris mengenyitkan mata. Nadanya seperti memberi amaran. Aqila malas mahu mengambil pusing. Dia kembali merenung mejanya. Memikirkan apakah tindakan dia menerima kerja ini adalah benar. Dia menghelakan nafas.

"tak payah mengeluh sangatlah, ke bilik aku sekarang" mejanya diketuk seseorang. Dia sedikit tersentak. Pantas dia mengangguk. Lelaki itu terus berlalu.

"garang betul, macam baru lepas telan harimau seekor. Dahlah dia tu bkss, nak beraku aku dengan pekerja, macam mana pekerja nak hormat." Aqila bangun dari duduk. Mulutnya terkumat kamit memaki bossnya. Perlahan sahaja. Yanti, kerani merangkap setiausaha boss hanya terseyum memandang Aqila. Tangannya mengisyaratkan supaya Aqila bertenang.

"hah, bebel apa lagi tu duduklah." dia dapat menangkap mulut Aqila terkumat kamit apabila memasuki biliknya. Tanpa membuang masa Aqila terus mengambil tempat di hadapan bossnya itu.

"sekarang ni aku nak kau teliti setiap satu kes-kes dalam fail ni." mulutnya di juihkan kearah timbunan fail diatas mejanya. Mata Aqila terbeliak. Banyak kot! Hampir sepuluh fail yang tersusun kemas di atas meja. Setiap fail paling kurang cecah seratus muka surat tebal nampak gayanya.

"err, boss, banyak ni, mintak kurang boleh?" Aqila cuba untuk tawar menawar. Gila mahu menghabiskan semua ini. Bukan dia tidak tahu, kes-kes yang dihandle oleh encik boss dihadapannya ni bukan calang-calang kes, Semua kes melibatkan pembunuhan.

"banyaklah cekadak kau, ni untuk kau belajar, nanti nak jadi pembantu aku. Kau tahukan aku kerja apa?" sinis. Rafiq merenung gadis dihadapannya.

"Ala boss ni, kedekutlah. Bab kerja boss tu saya tahulah boss! Boss seorang criminal psycologist, ataupun dikenali sebagai profiler, boss analisis kelakuan, identiti, sikap pembunuh berdasarkan bukti yang telah dikumpul. We can know the behavior and the thought of the criminal based on the analysis, so we know why did he or she commits the crime." panjang lebar dia menerangkan. Nasib baik dia dah siap google awal-awal lagi semalam.

"good! So, jangan buang masa, analisis semua fail ni, pastikan kau catat semua maklumat penting mengenai penjenayah tu, nanti aku nak uji kau. Tak boleh jawab siap, aku ada hadiah untuk kau." Rafiq sedikit terkejut mendengar penjelasan Aqila mengenai pekerjaannya. Tidak menyangka gadis itu membuat research mengenai pekerjaannya.

"oklah boss, kalau macam tu saya keluar dululah ya." Aqil mengangkat punggung untuk keluar dan membuat tugasan yang diberikan oleh bossnya itu.

"ehh, siapa suruh kau keluar, buat dalam ni, kalau buat kt luar nanti kau mengular. Lagipun nanti bila ada benda yang kau tak faham bolehlah kau tanya aku." Aqila akur. Dia mengambil semula tempat dihadapan Rafiq.

Tanpa membuang masa, dia terus melakukan kerjanya. Rafiq turut tekun membuat kerja. Suasana sunyi tanoa sebarang gangguan. Hanya bunyi kertas diselak sahaja memenuhi ruang.

Nota kaki!
Sorry sbb lmbt update, aku ni mood on off, aq uninstall wattpad senarnya. Tu yg cerita ni tergantung smpai bab 5 je tu. Aq rse dekat dua tahun dah aku tulis, hahahahaha. InshaAllah aq akan update bab2 baru nnti, mood mengarang aq dah dtg balik slepas dua tahun gais, aku masih igt lg draf kasar cerita ni walaupun draf tu dah tak wujud lagi sbb phone lama aq rosak. So, ni aku tulis balik. Hahaha. Enjoy gais! Aku ni pengarang amateur, first time nak tulis cerita. Support laa gais. Huhuhuhu. Nnti aq update lagi. Aq yakin cerita ni tidak akan mengeciwakn korang! Love u all, and thanks tau yg baca. Votelaa klu korang rse cerita aq ni best. Bab seterusnya masuk bab penyiasatan! Kes pertama Aqila sebagai pembantu Rafiq, Stay tune! Ohh ya, aku ade ubah2 sikit cerita aq dr bab1-bab5, bace balik bace balik, aq trpksa ubah sbb idea aku skrg berbeza sikit dgn idea asal aku.

Revenge Where stories live. Discover now