bab 36

17 1 0
                                    

Eric berjalan mundar mandir di hadapan pintu bilik itu. Otaknya ligat memikirkan kebarangkalian nombor yang digunakan Rafiq sebagai kata kunci untuk mebuka pintu itu.

"Birthday dia dah cuba, nombor ic dia dah, nombor telefon dia pun dah, tarikh lahir ibu dengan ayah pun dah try , semua tak boleh ni." rungut Eric sendirian.

"geram betul aku dengan mamat ni. Kalau ada kat depan aku memang aku belasah dia cukup-cukup." Eric menggenggam kuat genggaman tangannya.

Eric melangkah menuju almari yang terletak di hujung bilik. Dia mencapai sebungkus mi segera dari rak paling atas almari itu. Tanpa membuang masa dia terus mengisi air ke dalam cerek untuk merendam mi segera itu.

Krrukkk..krrukk..

Perutnya berbunyi meminta di isi. Dia menggosok-gosok perutnya. Apabila air mendidih dia pantas mecurahkan air panas itu ke dalam mangkuk yang berisi mi segera.

"ni jelah juadah kau hari ni wahai perut." ngomel Eric. Setelah menunggu mi segera itu kembang selama dua minit, dia terus menghirup dengan berselera.

"kau memang tak makan ke semalam Rafiq oi, aku sampai lapar macam tiga hari tak makan ni. Dahlah sakit, kau kurung aku kat sini. Suruh aku makan mi segera, ni luka ni...nak cuci macam mana ni." bebel Eric sendirian.

"aku dah jadi gila dah ni kot, cakap sorang-sorang. Rafiq, kalau kau ada kat depan aku memang aku hempuk kepala kau." sambungnya lagi.

Setelah makan, dia melabuhkan badan ke atas sofa panjang yang terletak di sudut bilik. Kusyen kecil di atas sofa itu diambil dan dilapikkan kepalanya ubtuk mengelakkan lehernya sakit apabila berbaring tanpa alas.

"gendang gendut, tali kecapi, walaupun dah kenyang perut, masih tak senang hati. Ewah, siap berpantun lagi." Eric tersengih sendiri.

Setelah beberapa minit meletakkan kepalanya di bantal. Dia terus tertidur. Ditambah pula dengan perut yang penuh, tanpa disuruh-suruh, matanya memberat.

***

"ummi sedap sangat sambal tumis udang ni." puji Aqila. Dia mengangkat ibu jarinya tanda sedap. Ummi Aima tergelak kecil.

"Qila ni sajalah ni nak bodek ummi. Pandailah dia." Ummi Aima menepuk lembut bahu menantunya itu.

"betullah ummi, sedap." Aqila cuba meyakinkan ibu mertuanya. Sambal itu sememangnya sedap. Tetapi sedikit pedas.

"tu air dah dua gelas Qila teguk. Apa yang sedap air ke sambal? Kembunglah perut tu nanti." Ummi Aima tergelak kecil. Lucu melihat telatah menantunya yang makan sambil minum air kerana kepedasan.

"hehe. Sedap tapi pedas." Aqila menggaru-garu kepalanya.

"maaflah, ummi terbuat pedas sikit. Ummi tak tahu Qila tak makan pedas." ummi Aima meminta maaf. Kesian melihat menantunya menahan pedas sehinggakan memerah seluruh rautnya.

"rilek ummi. Qila tak apa-apa. Salah Qila jugak tak bagi tahu ummi dulu." Aqila melemparkan senyum kepada Ummi Aima.

"lain kali ummi tak buat pedas-pedas dah." janji Ummi Aima. Aqila mengangguk riang.

Usai makan, mereka duduk berbual-bual di ruang tamu temasuklah Mak Nik. Riuh satu rumah dgn suara mereka bertiga.

"Mak Nik kedapur dululah ya, ada banhak kerja lagi tak settle." Mak Nik bangunz dari duduk.

"amboi Mak Nik, siap speaking lagi." usik Aqila. Mereka tergelak kecil. Setelah Mak Nik verlalu meninggalkan Aqila dan Ummi Aima di ruang tamu, keadaan menjadi sunyi seketika.

"Rafiq outstation kenapa Qila tak ikut? Bukan ke Qila ni pembantu dia." soal Ummi memecah kesunyian. Dari tadi dia ingin bertanya kenapa Aqila tidak mengikuti Rafiq bekerja luar kawasan sedangkan Aqila merupakan pembantunya.

"er..Qila yang tak nak ikut ummi." Aqila sedikit teragak-agak. Ummi Aima mengerutkan kening. Dia dapat membaca ada sesuatu yang tak kena.

"oh, ingatkan Rafiq buat hal sengaja tinggal Qila." Ummi Aima memasang serkap jarang.

"er..ehh taklah ummi." Aqila tersengih janggal. Dia menggaru-garu perlahan kepalanya.

"Qila, ummi kenal sangat Rafiq tu, ummi tahu ada yang tak kena. Tapi ummi harap Qila bersabarlah ya." Ummi Aima menggosok belakangnya. Aqila sedikit terkedu. Tidak menyangka Ummi Aima dapat membacanya.

'like mother like son' bisik hati Aqila.

"tak ada apa-apalah ummi. Rafiq dengan Qila ok. Cuma Rafiq banyak sangat berahsia dengan Qila." Aqila melemparkan senyuman.

"Rafiq tu dari kecil macam tu. Nanti dia dah biasa dengan Aqila, dia sendiri yang akan buka mulut bercerita mengenai diri dia. Qila sabar ya" lembut Ummi Aima memujuk. Aqila mengangguk faham.

Ummi Aima memandang wajah menantunya. Ingin sekali dia menceritakan keadaan Rafiq supaya Aqila memahami Rafiq, namun dia bukanlah sesiapa untuk membuka rahsia terbesar Rafiq. Biarlah Rafiq sendiri yang membuka mulut. Dia tidak mahu jika dia menceritakan segalanya mengenai Rafiq, dia akan kehilangan anak lelakinya itu.

"baiklah ummi. Qila faham." Aqila melemparkan senyuman. Dia faham Ummi Aima tak mungkin akan menceritakan perkara berkaitan Rafiq kepadanya.

"Qila, tinggal sini sampai bila?" soal Ummi Aima.

"sampai ahad nilah kot. Lagipun duduk kat rumah hujung minggu sorang-sorang bosan jugak." terang Aqila. Pada mulanya dia hanya ingin bermalam semalaman sahaja, tetapi memandangkan dia kasihankan ibu mertuanya yang mengadu kesunyian, dia melanjutkan perancangannya untuk balik pada hari ahad.

"baguslah, tak adalah ummi ni bosan sangat kat rumah." Ummi Aima tersenyum bahagia. Sekurang-kurangnya tidak hujung minggunya kali ini terasa sunyi.

"Qila, ni ummi nak tanya sikit boleh?" serius sahaja kedengaran soalan yang diutarakan oleh Ummi Aima. Aqila menelan liur.

"aa..apa ummi?" kening Aqila sedikit berkerut.

"kenapa Qila sanggup kerja dengan Rafiq? Qila tahukan kerja tu bahaya, lebih-lebih lagi untuk orang perempuan." sungguh dia hairan kenapa Aqila menerima kerja ini. Lagi dia hairan, kenapa Rafiq memilih Aqila sebagai pembantunya.

"ingatkan soalan maut apa yang ummi nak tanya tadi. Takut Qila. Macam ni ummi, Qila terima sebab Qila tak nak kerja kat syarikat ayah Qila tu. Nak jadi peguam pun banyak syarikat tak terima Qila sebab pengaruh ayah, kebetulan Qila daoat tawaran kerja ni, Qila terima jelah, lagipun Qila dapat belajar banyak mengenai penjenayah. Penting untuk Qila belajar mengenai psikologi penjenayah untuk menjadi seorang peguam." panjang lebar Aqila menerangkan kepada ibu mertuanya itu.

"jadi Qila memang mintalah kerja ni?" soal Ummi Aima lagi.

"seingat Qila, tak pernah minta pun. Tapi dah rezeki, Qila terima jelah." Aqila tersenyum.

"Qila tak minta? Tapi dapat tawaran kerja ni?" ummi Aima mahukan keoastian. Timbul syak was sangka dalam benaknya.

"ya ummi. Tiba-tiba je surat tawaran kerja tu sampai kat rumah Qila." Aqila menegaskan jawapannya.

"oh." pendek sahaja Ummi Aima membalasnya. Suasana menjadi sunyi.

Ummi Aima terdiam memikirkan apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan Aqila ditawarkan kerja tanpa memohon terlebih dahulu. Lagipun dia cukup mengenali Rafiq, anaknya itu cukup teliti dalam memilih pekerja. Masakan Aqila mendapat tawaran kerja tanpa memohon dan temuduga.

"ummi, Qila masuk dulu. Dah mengantuk ni." Suara Aqila memecah kesunyian mengejutkan Ummi Aima dari lamunannya.

"oh, ok. Have a good rest." Ummi Aima tersenyum manis. Aqila menghulurkan tangannya untuk menyalami wanita itu sebelum berlalu ke bilik yang terletak di tingkat atas.

Revenge Where stories live. Discover now