bab 8

42 8 0
                                    

Aqila memandang Rafiq yang berselera menjamu selera di sebuah restoran masakan kampung. Makanan dihadapannya tidak disentuh.

"kau ni kenapa tak makan, tak lapar ke?" soal Rafiq. Dia perasan sedari tadi Aqila hanya menguis nguis nasi dihadapannya.

"boss ni boleh telan lagi nasi tu, saya tak bolehlah boss, teringat kat mayat tadi. Tak lalu." Aqila mencapai gelas berisi air masak dihadapannya.

"kau ni, macam mana nak jadi pembantu aku kalau kau geli tengok mayat tu. Dah, kau tak nak mkn sudah. Kalau lapar nanti aku tak bertanggungjawab" Rafiq menyambung suapannya. Malas mahu memikirkan perihal gadis dihadapannya.

"yelah boss, saya makanlah ni. Tapi boss kenapa inspektor Liam panggil boss prof?" soal Aqila. Dari tempat kejadian lagi dia tertanya-tanya kenapa. Baru sekarang dia dapat bertanya.

"kau ni tak ada soalan lain ke? Malaslah aku nak jawab" Rafiq mencebik. 'tak ada soalan lain ke perempuan ni nak tanya, bukan nak tanya pasal kes pun, benda tak penting jugak dia nak tanya aku'Rafiq mengomel dalam hati. Muka tidak puas hati Aqila dipandang sekilas. Macam biasa mulut Aqila terkumat kamit tanda tidak puas hati. Rafiq menggelengkan kepala.

Otaknya sekarang ini memikirkan kes yang baru sahaja diterimanya sebentar tadi. Mayat mangsa masih berpakaian lengkap semasa ditemui. Rafiq mengeluh. Beberapa lebam ditangan hasil cengkaman dari seseorang. Kuku mangsa juga didapati patah. Mungkin sewaktu bergelut dengan suspek, dia mencakar kulit suspek dengan kuat sehinggakan kukunya patah. Ada kesan darah pada kuku mangsa. Munkin darah mangsa sendiri atau pun mungkin turut bercampur dengan darah suspek. Apa apapun dia perlu menunggu keputusan DNA dan bedah siasat untuk mengesahkan DNA pada kuku mangsa.

***

" dia langsung tak balik malam tu. Dia cakap dia nak keluar dengan teman lalaki dia, Ray." terketar-ketar suara Wani. Mungkin masih terkejut. Masih ada sisa air mata di tubir matanya.

"awak ingat pukul berapa dia keluar semalam?" soal Rafiq. Serius. Matanya tapat memandang ke dalam mata Wani. Cuba mencari kebenaran yang disampaikan oleh teman sebilik mangsa.

"dalam pukul 8 lebih kalau tak silap." perlahan Wani menjawab. Tisu ditangannya digunakan untuk mengelap hingus yang keluar dari hidung. Suara nya juga sedikit sengau akibat terlalu banyak menangis.

"awak tahu tak hubungan mangsa dengan teman lelakinya bagaimana?" Rafiq cuba mengorek. Orang terakhir berjumpa dengan mangsa adalah teman lelakinya. Berdasarkan maklumat dari saksi, kedua-dua mereka berlalu meninggalkan cafe pada pukul 10 malam. Mangsa dibunuh kira-kira jam 1 pagi.

"saya tak tahu sangat, dia jarang bercerita dengan saya mengenai teman lelakinya. Tapi, sebelum dia keluar hari tu, dia nampak stress, macam baru lepas bergaduh. Saya tidak tahu sama ada dia bergaduh dengan teman lelakinya atau orang lain." panjang Wani bercerita. Afzan seorang yang perahsia. Walaupun mereka berkawan baik, namun kebanyakkan benda Afzan tidak akan ceritakan kepada Wani.

"selain awak, siapa lagi orang yang dia paling rapat? Awak kenal?" Rafiq menyambung soalannya. Aqila disisinya hanya tunduk mencatatkan sesuatu. Dia menjeling sekilas.

"ada Tuan. Dia kawan baik Afzan dari sekolah menengah lagi. Nama dia Haris. Dia pun pelajar kolej ni." Wani teringatkan kawan baik Afzan yang sering sahaja bersama Afzan di kampus jika tidak bersama teman lelakinya. Kalau diikutkan Afzan lebih banyak habiskan masa dengan Haris berbanding Ray.

"kat mana saya boleh berjumpa dengan dia?" Rafiq menyoal. Mungkin bertemu dengan Haris dapat memberikan sedikit sebanyak petunjuk mengenai kes ini.

"biasanya Haris ada di perpuastakaan, tuan boleh mencari dia disana." bukan dia tidak tahu Haris itu seorang ulat buku. Dia sendiri pun hairan bagaimana dia boleh berkawan baik dengan Afzan yang agak sosial.

"baiklah cik Wani. Terima kasih atas kerjasama cik. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Rafiq bangun dari duduk. Aqila turut serta. Sebelum beredar Aqila sempat lagi menghulurkan tangan kepada Wani.

Aqila kagum dengan Rafiq. Sungguh dia tidak menyangka Rafiq seorang yang serius dalam melakukan kerja. Bersungguh sungguh untuk mencari bukti. Kalau ikutkan perangai Rafiq yang kasar, dia langsung tidak menyangka Rafiq pandai menyusun ayat yang lebih sopan bila berbicara dengan saksi mahupun orang lain. Tetapi tidak dengan dia. Dia mengeluh kecil. Langkah Rafiq laju menuju ke keretanya. Pantas sahaja kakinya mengejar.

Revenge Where stories live. Discover now