Bab 29

21 5 0
                                    

"kenapa awak keluar?" soal Aqila sebaik sahaja Rafiq masuk ke dalam bilik pemerhatian. Sungguh dia pelik Rafiq terus keluar setelah berjaya mendapatkan reaksi daripada Aira.

"kita bagi masa untuk dia fikir. Dia tengah berperang dengan diri sendiri tu." Rafiq melabuhkan punggung ke atas kerusi di sisi Aqila.

"tak fahamlah saya dengan awak ni. Dah tu kita nak buat apa ni?" soal Aqila. Sungguh dia tidak dapat membaca apa yang difikirkan oleh Rafiq.

"kita perhatikan perubahan dia. Lepas saya provok dia macam tu, mesti dia tak senang duduk. Awak catat perubahan emosi dia." Rafiq memberikan arahan.

"oklah. Saya faham." Aqila mengangguk faham. Matanya terus terpaku pada skrin monitor yang berada di hadapannya.

"awak tahu kenapa saya berhenti provok dia?" soal Rafiq.

"tak, kenapa?" Aqila memandang sekilas wajah Rafiq.

"sebab saya tak tahu apa kelemahan dia. Saya tak ada maklumat pasal dia. Jadi saya tak ada idealah nak pancing kemarahan dia." selamba Rafiq menjawab.

"patut pun, ingatkan strategy tadi. Rupanya tak ada idea. Hampeh." Aqila mencebil bibir. Rafiq hanya ketawa perlahan. Dia menyandarkan badannya ke kerusi.

"awak..awak rasa kenapa dia bunuh mangsa?" soal Aqila. Matanya memandang sekilas raut Rafiq. Rafiq menoleh.

"saya bukan ahli nujum. Saya tak ada maklumat mengenai dia, manalah saya boleh baca niat dia. Lainlah kalau saya ada kuasa baca fikiran." Rafiq mengangkat keningnya. Aqila mencebik.

"ingatkan awak hebat sangat." balas Aqila. Matanya tertumpu ke arah monitor.

"eh budak ni, aku hempuk jugak nanti." Rafiq memandang tajam ke arah Aqila. Aqila menahan tawa. Rafiq mengetap bibir. Geram.

Suasana kembali sunyi. Masing-masing mendiamkan diri. Aqila memerhati gerak Aira yang ditinggalkan bersendirian dia dalam bilik siasatan. Rafiq pula duduk sambil memejamkan matanya.

"awak.." Aqila memanggil lembut.

"hmmm" balas Rafiq.

"tidur ke?" soalnya.

"awak ingat saya boleh tidur ke dalam keadaan macam ni." Rafiq membalas. Matanya masih terpejam dengan badan yang disandarkan ke kerusi.

"dah awak pejam mata. Ingatkan awak tidur." cebik Aqila.

"awak buat je kerja awak, jangan kacau saya." Rafiq membuka sedikit matanya. Dia dapat melihat wajah Aqila yang mencuka dengan mulut terkumat kamit.

" tak payah nak kumat kamit kutuk saya, tak pasal-pasal dapat dosa free kutuk suami sendiri." Rafiq senyum. Dia dapat membayangkan raut tidak puas hati Aqila walaupun dia memejamkan matanya.

'eh dia ni, sebut-sebut suami ni nak kena hempuk ni, nasib tak ada orang.' Bisik Aqila. Dia mengetapkan bibir. Geram melihat wajah selamba yang ditunjukkan oleh Rafiq.

***

Bunyi pintu dikuak mengejutkan Aqila dan Rafiq. Rafiq membuka matanya. Dia memandang ke arah pintu. Terlihat susuk Inspektor Liam di muka pintu. Rafiq bangun dan berjalan mendekatinya.

"macam mana inspektor, ada maklumat mengenai suspek? Hubungan dia dengan mangsa?" soal Rafiq. Tenang.

"mengenai hubungan suspek dengan mangsa, negatif. Mereka tak ada apa-apa hubungan." jelas Inspektor Liam.

"kalau begitu pembunuhan ni bukan bermotifkan dendam." Rafiq berasa sedikit janggal dengan perkataan dendam.

"Suspek merupakan seorang penghuni rumah kasih, dia di tinggalkan ibunya sewaktu berumur 11 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, suspek meninggalkan rumah kasih. Maklumat mengenainya sebelum dan selepas menghuni rumah kasih tidak diketahui." jelas Inspektor Liam. Raut kecewa dan risau jelas tergambar di wajahnya.

"it's okay inspector, that would be enough for me." tenang Rafiq membalas. Inspektor memandang wajah Rafiq. Sungguh dia tidak salah meminta bantuan Rafiq untuk menyelesaikan kes ini.

"boss," Aqila memanggil dengan tiba-tiba sebaik sahaja Rafiq ingin melangkah keluar. Rafiq mematikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Aqila.

"yes, Aqila?" dia menjongketkan keningnya.

"lipatan lengan jeket." balas Aqila. Radiq mengangguk faham. Inspektor Liam mengerutkan keningnya. Tidak memahami apa yang disampai oleh Aqila. Namun dia lagi terkejut dengan reaksi Rafiq. Seolah olah memahami apa yang ingin disampaikan oleh Aqila.

Bukan Inspektor Liam sahaja yang terkejut, malah Aqila juga terkejut. Radiq langsung tidak meminta penjelasan Aqila walaupun dia hanya menyatakan tiga perkataan sahaja.

'dia ni memang faham ke dengan lipatan lengan jaket tu?' terbit rasa ragu-ragu dalam hati Aqila. Aqila menjongketkan bahunya. Dia melemparkan senyum ke arah Inspektor Liam yang membatu di hadapan pintu. Dia terus melabuhkan semula punggungnya ke atas kerusi. Matanya terus tertumpu ke arah monitor.

Revenge Where stories live. Discover now