Bab 37

15 2 0
                                    

Rafiq perlahan-lahan membuka matanya. Matanya berasa sedikit perit apabila cahaya lampu merobos masuk kedalam matanya. Dia menggosok-gosok matanya.

Sebelah tangannya meraba di atas meja yang terletak di hadapan sofa yang ditidurinya. Mencari telefon bimbitnya, namun tidak ditemui. Dia bangun dari pembaringan. Masih mamai. Dia memandang ke atas meja. Kosong. Dia mengerutkan kening. Pelik.

"oh lupa pulak, aku tertinggal handphone kat rumah bini aku." Rafiq menepuk dahi.baru dia teringat, dia keluar darirumah pada malam itu tanpa membawa telefon bimbitnya.

"pukul berapa entah sekarang ni? Jam pun tak pakai. Dah berapa lama aku tak sedar ni?" bisiknya sendiri. Dia bangun dari duduk. Kakinya lantas dilarikan ke sinki ubtuk.membasuh mukanya agar segar sedikit.

Setelah itu, dia terus mengahadap komputer. Tanpa membuang masa dia terus menghidupkan monitor di hadpaannya. Setelahitu, dia terus membuka fail yang ditinggalkan oleh Eric.

"dah seharian aku tak sedar rupanya. Sekarang dah pukul 4 pagi. Malaslah nak tidur balik." Rafiq terus menutup komputer setelah melihat video yang ditinggalkan oleh Eric tanpa meninggalkan balasan untuk mesej Eric.

"Aduh!" jeritnya. Lehernya berasa sakit apabila dia menggeliat, lupa akan luka yang berada dilehernya. Dia menggosok lehernya perlahan. Pedih.

Rafiq bangun dan berjalan menuju ke pintu bilik rahsia itu. Dia terus memasukkan kata laluan, dan pintu itu terus terbuka. Setelah keluar dari ruangan rahsia itu, dia menolak semula rak yang menjadi laluan untuk dia masuk ke ruangan itu ke tempat asal.

"mana peti kecemasan ni?" bisik Rafiq. Matanya menilau mencari kelibat peti kecemasan yang seingatnya diletakkan di bilik bacaannya itu. Luka dilehernya perlu dicuci. Mungkin jahitannya terbuka kerana dia berasa pedih di bahagian lehernya selepas dia menggeliat sebentar tadi.

Setelah beberapa minit mencari, dia masih tidak dapat menjumpai peti kecemasan di dalam bilik itu.

"tak apalah. Sikit je ni. Malas dah aku nak mencarinya." Rafiq berputus asa. Mungkin peti itu terletak jauh di sudut bilik belakang yang dijadikan stor. Dia malas mahu menggeledah bilik itu yang sudah lama tidak dibersihkan dan sudah pastinya habuk setebal satu inci menyeliputi seluruh bilik itu.

***

"Assalamualaikum Mak Nik," sapa Aqila sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke ruangan dapur. Dia baru sahaja selesai mandi. Jam menunjukkan pukul 7 pagi.

"waalaikumussalam, Qila, awalnya turun. Mak Nik baru sahaja nak hiris sayur-sayur ni." Mak Nik memandang sekilas susuk Aqila yang mengambil tempat di hadapannya.

"Mak Nik nak masak apa ni?" soalnya. Dia mengambil hirisan lobak merah di dalam bekas dan memasukkannya ke dalam mulut.

"Mak Nik nak goreng bihun."jawab Mak Nik. Tangannya laju sahaja menhiris sayur dihadaoannya. Langsung tidak terganggu dengan kehadiran Aqila.

"Biar Qilalah yang buat. Semalam Mak Nik dengan Ummi yang masakkan untuk Qila, hari ni, giliran Qila pulak." Aqila memberikan usul.

"pandai ke Qila masak ni?" soal Mak Nik. Dia berasa sedikit ragu untuk membiarkan Aqila memasak.

"eh, mestilah pandai Mak Nik. Setakat goreng bihun ni kacang je." Aqila mendabik dada. Bangga menyatakan bahawa di pandai memasak.

"oklah, Qila masak hari ni. Sedap ke tak sedap kita tengok nanti. Mak Nik tak nak tolong." Mak Nik menhulurkan pisau ditangannya kepada Aqila. Tanpa membuang masa Aqila terus mencapai pisau dan mebyambung kerja yabg dilakukan oleh Mak Nik.

Setelah selesai menghiris sayur, Aqila terus bangun dan mencuci sayur. Dia pantas mencapai kuali dan terus mamasukkan minyak. Nasib baik segala keperluan seperti bawang putih dan bawang merah serta cili kisar sudah disediakan oleh Mak Nik.

Tanpa berlengah, dia terus menumis bahan-bahan kisar. Mak Nik setia di sisi memerhatikan tingkahnya.

"Sedapnya bau. Kak Nik masak apa ni?" kedengaran dari ruang tamu suara Ummi Aima yang baru sahaja menuruni tangga. Dia berjalan menuju ke ruangan dapur.

"Hari ni Qila yang masak puan." beritahu Mak Nik kepada majikannya itu yang tercegat di hadapan laluan masuk ke dapur apabila melihat Aqila sedang sibuk memasak.

"ummi, selamat pagi! Hari ni Qilanmasak special untuk ummi dan Mak Nik." Aqila menoleh kebelakang. Senyuman lebar dihadiahkan untuk ibu mertuanya itu.

"patutlah bau sedap sangat. Sampai ke atas bau masakan Qila." ujar Ummi Aima.

Dia agak terkejut bukan kerana dia tidak menyangka menantunya pandai memasak, tetapi dia terkejut kerana semua yang berlaku kepadanya seperti mimpi. Mempunyai anak perempuan yang memasak untuknya serta menemaninya berbual. Sungguh dia bersyukur dengan kehadiran Aqila sebagai menantu dalam hidupnya.

"ummi duduk dulu, kejap lagi siap!" ceria sahaja suara Aqila.

"bukan main suka lagi puan, berseri seri muka." tegur Mak Nik melihat Ummi Aima yang masih tersenyum melihat gelagat Aqila yang kalut memasak. Sesekali terdengar tawa Ummi Aima meletus.

"mestilah Kak Nik, saya ni dah lama mengidam nakkan anak perempuan, tapi tak ada rezeki. Mujur ada Rafiq tempat menumpang kasih tupun saya dah cukup bersyukur. Sekarang dah dapat menantu, dapat jugak saya merasa ada anak perempuan." panjang lebar Ummi Aima menerangkan perasaannya kepada Mak Nik.

"syukurlah Rafiq dah kahwin, dapat bagi anak perempuan untuk puan, nanti tak lama lagi dapat cucu pulak." seloroh Mak Nik. Mereka berdua tertawa. Kedengaran Aqila terbatuk perlahan.

'Anak? Ah, sudah,' bisik hati Aqila. Dari tadi dia memasang telinga mendengar perbualan ibu mertuanya dengan Mak Nik.

"hai Qila, terbatuk tu dengar ke apa yang kami cakap ni, kalau macam tu cepat-cepatlah bagi ummi kamu ni cucu, kesian tak ada teman kat rumah ni." usik Mak Nik.

"Haha. Mak Nik, Qila ni baru je kahwin, lagipun Qila ni muda lagi." Aqila tersengih. Agak janggal untuk dia berbicara soal anak.

"Muda-muda nilah bagus kalau beranak awal-awal, babti dah tua susahlah nak melekat." ujar Mak Nik lagi.

"Dahlah tu sakat dia Kak Nik, tengok muka dah pucat tu." celah Ummi Aima. Bukan dia tidak tahu hakikatnya mereka berdua berkahwin tanpa rasa cinta. Jadi dia langsung tidak mengharap apa-apa dari perkahwinan Rafiq dan Aqila. Dia hanya mampu untuk berdoa supaya mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat.

"nasib baik ummi ada! Mak Nik ni suka sakat Qila." Aqila mencebikkan bibir. Dia bersyukur kerana dua diselamatkan oleh ibu mertuanya yang sangat memahami dirinya.

"Mak Nik saja je nak garau-gurau dengan Qila. Lagipun bukan selalu rumah ni riuh macam ni." ujar Mak Nik.

"Qila sorang je pun boleh buat rumah ni penuh dengan tawa." tambah Ummi Aima pula.

"alamak, riuh sangat ke Qila ni ummi?" soal Aqila. Dia memang dari kecil mulut kepoh, bercakap pun dengan suara yang kuat, tak sopan betul.

"Ummi lagi suka Qila. Terhibur jugalah hati tua ummi ni." Ummi Aima tersenyum ke arah Aqila.

Dalam pada mereka berbual, Aqila berjaya menyajikan sarapan pagi mereka pada hari itu.

"sedaplah Qila masak. Kena betul dengan selera ummi." puji Ummi Aima.

"ni ummi puji betul-betul ke, puji nak ambil hati je ni?" soal Aqila.

"eh ummi puji betul-betullah ni, ikhlas ummi cakap, memang sedap, kan Kak Nik kan?" Mak Nik hanya mengangguk laju. Mulutnya oenuh dengan makanan, tak sempat nak membalas pertanyaan Ummi Aima.

"malulah pulak kena puji ni. Hehe." Aqila tersengih malu. Mana taknya ibu mertua memuji masakannya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan masakan ibu mertuanya yang dijamah semalam.

Mereka terus menjamu selera bersama-sama. Sesekali kedengaran tawa kuat dari Aqila. Tak kurang juga Mak Nik dan Ummi Aima.




Revenge Where stories live. Discover now