bab 23

34 8 0
                                    

"auch!" Rafiq memegang bibirnya. Disebabkan terlalu gembira melihat Aqila menjamah pancake buatannya, dia terlupa bahawa bibirnya luka ditumbuk semalam.

"kenapa awak?" soal Aqila. Matanya memandang tepat pada raut Rafiq. Dia terpaku. Muka Rafiq bengkak dan lebam.

"lebam sikit ajelah, awak tak payahlah risau. Saya dah letak ubat dah." Rafiq seolah-olah mengerti maksud pandangan isterinya.

"siapa yang pukul awak?" soal Aqila. Sungguh dia terkejut melihat wajah suaminya. Sedari tadi dia langsung tidak memandang wajah Rafiq sehinggakan Rafiq terluka teruk pun dia tidak tahu.

"saya tolong Ken semalam, sikit je ni, awak jangan risau ok? Saya minta maaf sebab keluar tak bagitahu awak, saya dah makan kari kepala ikan yang awak masak semalam. Boleh tahan sedap jugak." Rafiq menghadiahkan senyum kepada Aqila. Cuba untuk menenangkan hati Aqila yang pastinya tengah risaukan dirinya.

"a...awak makan?" soal Aqila. Sungguh dia tidka percaya Rafiq akan makan makanan yang dimasak olehnya.

"mestilah, dah isteri saya masakkan untuk saya. Kenalah makan. Sedap!" seloroh Rafiq. Ibu jarinya dihalakan tepat di hadapan muka Aqila tanda sedap. Aqila tersenyum dengan gelagat Rafiq. Senyuman Aqila melegakan hati Rafiq.

"pergi kerja dengan sayalah hari ni. Boleh? Atau awak nak drive sendiri?" soal Rafiq. Selama ini dia kurang gemar andai ada yang menumpang keretanya, namun, dia tidak kisah jika mahu berkongsi kereta dengan Aqila.

"tak apalah awak. Saya nak ke rumah kawan petang nanti. Saya drive sendiri." tolak Aqila. Dia bukan jual mahal, tetapi sememangnya dia mempunyai urusan dengan kawan seuniversitinya dahulu.

"tak apalah kalau macam tu. Jangan balik lewat sangat." ujar Rafiq. Nadanya seperti sedikit kecewa.

***

"Rafiq, kenapalah kau berubah begini sekali, ingat Rafiq misi kau nak balas dendam dengan lelaki itu!" Rafiq mengetuk kepalanya sebaik menaiki kereta.

Sungguh semenjak mengenali Aqila dia telah banyak berubah. Dia bukanlah seorang yang mesra, dia bukanlah orang yang suka untuk ketawa, dia tidak pernah memasak untuk orang lain, dia tak pernah tawarkan diri menjadi pemandu, tetapi semenjak dia mengahwini Aqila, dia buat semua benda itu.

Selama itu dia tidak pernah memikirkan perasaan orang lain, tetapi dia sangat peduli dengan Aqila. 'ahh, aku buat semua ni sebab nak tebus rasa bersalah aku sebab Eric perangkap dia dalam perkahwinan ini.' Rafiq cuba menenangkan hatinya.

***

Aqila melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Rafiq masih belum sampai ke pejabat padahal Rafiq yang terlebih dahulu bergerak sebentar tadi.

"Qila, jom turun sarapan." Aqila mendongak. Susuk tubuh Intan dan Yanti berada di hadapannya.

"Qila dah makanlah kak intan, yanti." jawab Aqila. Perutnya masih kenyang selepas makan pancake yang dimasak oleh Rafiq.

"pelik ni, setahu akak Qila jarang breakfast kat rumahkan, ke dalam cuti seminggu tu Qila dah jadi isteri orang" Intan cuba untuk menyerkap jarang. Aqila tersengih.

"tak adalah, tadi ada lebihan pancake, semalam, jadi Qila makan jelah." dalil Aqila. Dia berkahwin dengan Rafiq sewaktu dia cuti sakit disebabkan kakinya. Selepas itu dia menyambung lagi cutinya selama seminggu. Lagipun Rafiq yang memberinya cuti. Hanya Rafiq sahaja yang berulang alik dari pejabat ke rumah ibu bapanya selama seminggu.

"ohh, ehh boss, morning. Boss dah makan? Kenapa dengan muka boss tu?" soal Intan melihat kelibat Rafiq masuk ke dalam pejabat. Dia dapat melihat dengan jelas muka Rafiq lebam.

"morning! Korang makanlah, saya dah makan tadi." Rafiq melemparkan senyuman. Matanya melirik kepada Aqila.

"aik, boss pun dah makan? Makan apa, siapa yang masak?" soal Yanti pula. Setahunya Rafiq hanya tinggal seorang diri.

"pancake, saya masak sendirilah. Apa korang ingat saya tak reti memasak ke?" Rafiq mengangkat keningnya.

"boss! Saya rasa jodoh boss dengan si Qila ni kuatlah boss, dia pun makan pancake jugak tadi." Intan tersengih. Aqila hanya memasang muka tidak beriak.

"ohh yeke? Sedap ke pancake yang awak makan tadi Qila? Rasa rasa sedap pancake saya lagi." Rafiq memandang me arah Aqila. Dia melemparkan senyuman. Aqila mengetapkan bibir.

"sedap biasa-biasa je boss, hangit sikit," ucap Aqila. Memang pancake yang Rafiq sediakan tadi sedikit hangus di bahagian bawah. Tapi dia tetap makan dengan berselera memikirkan Rafiq sudah berausah payah menyediakan untuknya. Rafiq hanya tersengih.

"korang berdua kalau nak turun makan, cepat, jangan nak mengular. Saya masuk bilik saya dulu." Rafiq melangkah pergi. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya ke arah Aqila. Rafiq tidak pernah menghalang pekerjanya untuk turun bersarapan. Lagipun pekerjanya banyak bekerja di luar daripada di pejabat. Selagi tidak mengular dia tidak kisah.

Guys! Hi! Im back selepas 4 hari beraya. Rayakan sebulan. Tapi hari ni aku baik hati nak update bab baru. Aku sibuk sikit sekarang, dahlah assignment aku kena buat balik sebab kena tukar site. Nak nangis pun ada. Doakan aku dapat siapkan kerja sebelum 25 hari bulan ni. 😰 btw bab seterusnya merupakan kes baru. Kes pembunuhanlah. So stay tune guys. Aku akan update lagi nanti.

Revenge Where stories live. Discover now