bab 21

29 7 0
                                    

Aqila sibuk memgemaskan rumah. Setelah hampir seminggu tinggal di rumah ibu bapanya, baru hari ni dia boleh pulang ke rumah. Katil yang baru sahaja di beli oleh Rafiq sudah sampai. Rafiq singgah ke rumahnya untuk mengambil barang. Mereka bergerak dengan kereta berasingan.

Nasib baik biliknya agak luas. Jadi tak ada masalah untuk meletakkan katil single di dalan bilik itu. Satu ruangan di dalam bilik wardrobe sudah dikosongkan untuk Rafiq meletakkan pakaiannya.

Setelah selesai mengemas, Aqila menghenyakkan punggungnya di atas sofa diruang tamu. Alat kawalan jauh televisyen di tekan. Tiada rancangan yang menarik minatnya. Aqila berkira-kira untuk memasak makanan tengah hari. Memikirkan bahan masakan kosong didalam peti sejuk, dia mengambil keputusan untuk ke TESCO.

Aqila bagun dan bersiap. Dia hanya mengenakan tshirt kosong berwarna putih dipadankan dengan cardigan berwarna biru gelap. Tudung sililit kemas di kepala. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai kunci keretanya.

"Qila, awak nak pergi mana?" soal Rafiq. Dia terserempak dengan isterinya sewaktu keluar dari pintu lif. Ditangannya menarik sebuah beg bagasi.

"keluar beli barang dapur. Peti dah kosong." jawabnya. Apabila dia mahu melangkah masuk kedalam lif, Rafiq pantas menghalang.

"saya ikut, tunggu kejap, saya hantar barang-barang saya kat rumah. Kejap tau." terkocoh-kocoh Rafiq menarik begnya ke rumah. Setelah meletakkan barangnya di dalam rumah, dia terus keluar.

"ni nak naik kereta siapa? Kereta saya eh?" soal Rafiq sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam perut lif.

"kereta sayalah, kereta awak tu tak sesuai nak pergi beli barang dapur." balas Aqila. Rafiq hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia kekok mahu memandu kereta Aqila.

"oklah, ni nak pergi mana ni?" soal Rafiq.

"TESCO lah, dekat sikit. Oh ya, tengah hari ni awak nak makan apa?" soal Aqila.

"awak nak masak ke?" soalan Aqila dibalas oleh soalan.

"yelah, awak nak makan apa?" Aqila bertanya sekali lagi.

"hish tak naklah saya makan masakan awak, nanti saya sakit perut nanti susah." ejek Rafiq. Aqila mengetapkan giginya. Geram.

"taknak makan sudah. Saya masak untuk saya sorang. Awak jangan mengada nak makan nanti." Aqila mamberi amaran.

"gurau sikit pun dah sentap." cebik Rafiq. Rafiq terus menghidupkan kereta. Dia memandang sekilas isterinya disebelah. "tak payah nak tarik muncung, ingat comel?" dia menampar perlahan mulut Aqila. Aqila sedikit tersentak.

"hisy dia ni, sakitlah." Aqila menggosok bibirnya. Geram bercampur terkejut dengan tindakkan spontan Rafiq sebentar tadi. Rafiq hanya tersengih kecil.

***

Bau bawang merah dan bawang lutih yang di tumis oleh Aqila menggamit Rafiq masuk ke dapur. Tangan Aqila laju mengacau bahan tumis unutk mengelakkan ianya hangit.

"awak nak masak apa?" soal Rafiq. Dia mengintai ke dalam periuk.

"nak masak kari kepala ikan. Jangan gatal nak makan ya, nanti sakit perut pulak." sinis sahaja Aqila menjawab.

"saya gurau jelah tadi." Rafiq mengambil senduk di tangan Aqila. Cuba untuk membantu.

"Rafiq, jangan kacau saya boleh tak, awak ni bukan nak senangkan saya, ni dah lagi menyusahkan saya." bebel Aqila apabila senduk yang di pegang oleh Rafiq terlepas jatuh ke atas lantai.

"hehe, sorry awak. Tak sengaja. Meh saya tolong lap," kain pengelap di tangan Aqila cuba di rampas. Tetapi Aqila terlebih dahulu melarikannya.

"dah, biar saya buat. Pergilah tengok tv ke apa, jangan kacau saya, jangan risau, saya bagi awak makan nanti" Aqila menunduk. Tangannya ligat mengelap lantai kesan bahan tumis yang mengotorkan lantai. Rafiq tersengih lalu berlalu meninggalkan Aqila memasak di dapur.

Rafiq melabuhkan punggungnya di atas sofa. Baru sahaja dia mahu memegang alat kawalan jauh televisyen, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia menjawab apabila tertera nombor Ken pada skrin telefonnya.

***

Aqila memandang lauk yang terhidang di atas meja. Sebentar tadi Rafiq menerima panggilan entah dari siapa, dan terus berlalu keluar. Tanpa memberitahunya. Aqila menarik nafas. Dalam.

"Qila, macamlah kau tak biasa makan sorang." Aqila menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan.

Kari kepala ikan langsung tidak disentuhnya. Aqila hanya makan nasi berlaukkan ayam goreng sahaja. Sungguh seleranya mati. Padahal sebentar tadi dia betul-betul teringin mahu makan kari kepala ikan. Rafjq juga menggemari ikan. Dia pernah makan bersama Rafiq waktu dia menyiasat kes bersama lelaki itu, Rafiq banyak memesan ikan. Berbanding ayam atau seafood.

"Rafiq pun satu, nak meluar bukan nak cakap dekat aku. Ni nak simpan atau tak lauk ni. Kang dia tak balik membazir pulak. Tapi nak buang lun membazir jugak. Aku nak makan tak ada selera. Hurm, simpan jelah." usai makan, Aqila menutup lauk yang dimasaknya dengan tudung saji. Setelah selesai mengemas, dia terus masuk ke dalam bilik.

Selamat bari raya semua!! Dalam kesibukan buat persiapan hari raya aku sempat lagi update untuk korang tau. Hope korang enjoy baca cerita bodoh aku ni. Ahahahha. Bye!

Revenge Where stories live. Discover now