Bab 39

19 1 0
                                    

Setelah selesai membersihkan diri, Rafiq mengambil keputusan untuk menonton televisyen sementara menunggu Aqila pulang. Dia menekan punat alat kawalan jauh mencari program televisyen yang menarik.

"balik-balik cerita sama yang ditayangkan." Keluh Rafiq. Tidak ada satu cerita pun yang menarik minatnya. Saluran HBO yang menjadi kegemaranya pun hanya menayangkan cerita yang sama.

Akhirnya dia menonton saluran Cartoon Network yang menayangkan cerita Courage The Cowardly Dog.
Sesekali dia tertawa dengan telatah Courage si anjing merah jambu kepunyaan Muriel dan Eustace yang penakut. Seingatnya dia sudah bertahun-tahun tidak menonton rancangan animasi di televisyen.

"ni kalau Qila tengok aku duk layan Cartoon Network, mesti dia ketawa tiga hari tiga malam ni." Bisik Rafiq.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kelibat aqila masih tidak kelihatan. Rafiq resah menunggu. Akhirnya di mengambil eputusan untuk menghubingi Aqila. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Aqila.

Rafiq mengerutkan dahinya. Aqila tidak menjawab telefonnya sehingga panggilan itu masuk ke dalam peti suara. Rafiq cuba menghubungi isterinya sekali lagi. Namun masih tidak dijawab. Dia bangkit dari duduk dan mencuba sekali lagi. Panggilannya itu masih dijawab oleh operator telefon.

Rafiq mulai bimbang dengan keselamatan Aqila. Dia meninggalkan wanita itu sendirian selama beberapa hari. Dia mulai rasa bersalah. Tanpa membuang masa, Rafiq terus masuk kedalam bilik dan menukar baju. Setelah itu dia mencapai kunci keretanya lalu berlalu meniggalkan rumah untuk mencari isterinya.

***

Aqila sibuk membelek-belek baju kurung yang dipamerkan di dalam butik mewah itu. Ummi Aima sedang sibuk berbual-bual dengan pemilik butik, Sarah Jane yang merupakkan kenalan Ummi Aima yang Berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dengan membawa busana muslimah berkonsepkan moden yang masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dalam setiap rekaannya.

Setelah makan tengah hari tadi, Ummi Aima mengajaknya untuk keluar membeli belah. Kerana Ummi Aima sudah bersiap ketika mengajaknya, di tergesa-gesa bersiap kerana tidak mahu membiarkan Ummi Aima menunggunya. Disebabkan itu dia tertinggal telefon bimbitnya di atas meja solek.

Setelah melaawati beberapa butik, Ummi Aima msih tidak membeli satu pakaian pun. Tahulah dia wanita itu mempunyai selera yang tinggi dalam peragaan busananya.

Dia terpandang sepasang baju kurung moden yang berwarna beige. Dengan corak bunga melur halus disulam pada fabric itu menjadikan baju kurung itu kelihatan eksklusif.

Gabunan warna beige yang menjadi trend pada masa kini namun elemen tradisional masih lagi dapat dilihat dengan adanya sulaman bunga melur pada baju itu.

"cantik," tegur Ummi Aima. Aqila terus menoleh ke sisi. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran ibu mertuanya secara tiba-tiba.

"cantikkan ummi, Qila suka baju kurung yang ada corak yang simple je." Ujar Aqila. Dia membelek tag harga pada baju itu. Dia melopong. Pelahan- lahan dia meletakkan baju itu ke tempat asal.

'mak ai, baju kurung simple macam ni pun boleh cecah RM600. Sulam guna benang emas ke ni' bisik hatinya. Dia bukanlah seorang yang suka membeli pakaian yang terlampau mahal walaupun dia mampu. Baginya biarlah murah, asalkan dapat beli banyak. Lagipun dia sekarang ini hanyalah pembantu Rafiq. Mengikut gaji yang diperolehnya dia tidak mampu membeli baju itu.

"Qila cubalah pakai. Ummi nak tengok." Ummi Aima mengambil kembali baju itu dan disuakan kepada Aqila.

"tak apalah ummi, Qila tengok-tengok je." Aqila cuba menolak.

"cubalah, mesti cantik kalau Qila pakai baju ni." Ummi Aima menghulurkan baju itu seali lagi kepada Aqila. Mahu tidak mahu Aqila terpaksa mengambil baju itu untuk dicuba. Dia terus masuk ke dalam ruangan untuk mencuba baju yang disediakan.

"cantiknya menantu Aunty Aima." Sarah Jane memuji. Ummi Aima tersenyum lebar mendengar pujian itu.

"kan Ummi dah cakap baju tu sesuai sangat untuk Qila." Ummi Aima berjalan mendekati menantunya yang tersenyum malu. Dia pembetulkan baju yang dipakai oleh Aqila.

"seganlah Ummi dengan...Kak Sarah puji-puji Qila ni." Aqila menggaru kepalanya yang ditutupi tudung.

"dah kenyataannya menantu Ummi ni cantik, kan Sarahkan?" Ummi Aima memandang Sarah Jane untuk meminta persetujuan.

"betul tu aunty." Jawab Sarah Jane. Sungguh dia tidak menafikan Aqila sangatlah cantik. Auranya lebih terserlah apabila memakai baju kurung. Nampak sopan dan ayu sahaja.

"Ok, baju ni Ummi belanja." Aqila terkejut. Dia memandang ibu mertuanya.

"eh tak payahlah Ummi, membazir aje beli, Qila bukan suka pakai baju kurung sangat pun." Aqila cuba menolak. Tidak tergamak mahu menerima hadiah semahal itu.

"taka pa, anggaplah ini hadiah untuk Qila sebab sudi jadi menantu Ummi." Ummi Aima terus memeluk Aqila. Mahu tak mahu Aqila terpaksa menerimanya. Dia sudah kematian kata untuk menolak pemberian itu.

***

Rafiq memandu keretanya tanpa arah tujuan. Dia sendiri tidak tahu di mana dia mahu mencari Aqila. Sebelum bertolak dari rumah sebentar tadi, dia menghubungi Aqila sekali lagi. Namun masih tidak dijawab.

"manalah bini aku ni pergi?" soalnya sendiri. Keretanya meluncur laju membelah jalan raya. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Matahari mulai terbenam.

"rumah parents dia kot." Teka Rafiq. Dia mengambil keputusan untuk mencari Aqila ke rumah orang tuanya. Hanya itu satu-satunya tempat yang mungkin Aqila akan pergi. Kalau boleh dia tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah itu.
Orang paling di dendaminya tinggal di situ. Rafiq mengeluh kecil.

Sampai sahaja di hadapan banglo milik Datuk Yusof, Rafiq terus memakikan keretanya di hadapan pintu pagar. Dia berjalan turun dan masuk melalui pintu kecil yang berada d bahagian tepi pagar. Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke halaman rumah agam itu, matanya terus ligat mencari kereta isterinya.

Tiada.

Rafiq berkira-kira untuk meninggalkan rumah itu setelah melihat kereta Aqila tiada disitu, namun kelibatnya ditangkap oleh Datin Munirah yang baru sahaja berjalan dari taman untuk masuk kerumah.

"eh, Rafiq buat apa kat sini. Qila mana?" Datin Munirah menghampiri menantunya itu. Rafiq terkaku di situ.

"err, saja je datang jenguk ibu. Qila tak datang, keluar dengan kawan-kawan dia." Pantas sahaja Rafiq mencipta alasan. Rafiq terus menyalami tangan ibu mertuanya itu.

"oh, ni mesti kes bosan kat rumah ni. Eh, masuklah Rafiq. Kita borak-borak kat dalam. Lagipun dah nak maghrib dah ni." Datin Munirah menjemput menantunya masuk ke dalam rumah. Rafiq terpaksa akur. Dia terus membontoti langkah Datin Munirah. Rafiq melabuhkan punggungnya ke atas sofa bertentangan dengan ibu mertuanya itu.

"maaflah ibu, Rafiq datang mengganggu waktu maghrib macam ni." Rafiq bersuara. Darin Munirah melemparkan senyum.

"tak mengganggu pun. Lagipun rumah ni rumah Rafiq jugakan. Ibu dah anggap Rafiq macam anak ibu sendiri." Ujar Datin Munirah.

"terima kasih ibu." Ucap Rafiq.

"kita naik solat dulu, lepas tu baru kita borak lagi. Rafiq naiklah atas. Bilik Qila, Rafiq tahukan kat mana, ke dah lupa?" soal Datin Munirah.

"ingat lagi ibu. Rafiq minta diri naik atas dulu ya." Rafiq terus bangkit dari duduk dan berjalan menaiki tangga. Datin Munirah hanya mengekori langkah Rafiq dengan ekor matanya.

***

"awak borak dengan siapa kat bawah? Siapa yang datang waktu maghrib macam ni?" soal Datuk Yusof sebaik sahaja isterinya menapak ke dalam bilik. Dia baru sahaja selesai memakai baju melayu menghamparkan sejadah untuk menunaikan fardu maghrib.

"menantu abang, Rafiq. Dia datang sorang je. Anak kesayangan abang tu tak datang." Datin Munirah dapat meneka apa yang ingin ditanyakan oleh suaminya. Datuk Yusof mengerutkan keningnya. Pelik. Tanpa soalan yan lebih lanjut dia terus mengangkat takbir. Persoalan di benaknya sebentar tadi dilupakan untuk sementara waktu.

Revenge Where stories live. Discover now