bab 35

22 2 0
                                    

Aqila memandu keretanya untuk pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Setelah turun makan di cafe bersama Intan sebentar tadi, dia terus menunaikan solat asar di pejabat. Setelah itu baru dia bergerak pulang ke rumah.

Otaknya masih ligat berfikir mengenai Rafiq. Dia menggigit bibirnya. Keretanya dipandu dengan kelajuan sederhana. Sesekali dia mengetuk jarinya pada stering kereta.

"Ummi Aima!" tiba-tiba sahaja dia teringatkan ibu mertuanya. Aqila terus menghentikan keretanya di bahu jalan.

"kenapa aku boleh lupa dengan Ummi" Aqila mengetuk kepalanya. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya dari dalam tas tangannya.

"hello Assalamualaikum, ummi, ni Qila ni." Aqila memberikan salam apabila panggilan telefonnya dijawab oleh Ummi Aima. Terasa sedikit janggal untuk dia bercakap dengan wanita itu. Dia hanya berjumpa beberapa kali dengan wanita itu setelah berkahwin dengan Rafiq.

"waalaikumussalam. Ya, Qila ada apa?" Ummi Aima menjawab di hujung talian. Lembut sahaja suaranya bertanya.

"ummi ada kat rumah ke? Qila nak pergi rumah ummi ni." Aqila membalas. Mahu bertanyakan Rafiq secara terang-terangan tak boleh, dia cuba dengan kaedah itu.

"Oh, ya? Datanglah. Qila dengan Rafiq ke tu?" soal Ummi Aima. Suaranya sesikit meninggi kerana terlalu gembira.

Siapa yang tidak gembira jika mengetahui anaknya mahu menginap di rumah. Lagipun sepanjang Rafiq berkahwin tidak pernah Rafiq membawa Aqila menginap di rumahnya.

'konfem dia tak ada kat sana! Kalau tak mesti ummi akan cakap Rafiq pun ada kat sini.' bisik hatinya.

"hello...Qila..."Ummi Aima bersuara setelah Aqila tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

" oh..tak, ummi, Qila sorang je ni, Rafiq outstation. Sorry ummi, termengelamun pulak tadi." bohong Aqila. Takkan dia mahu menceritakan apa yang terjadi kepada ibu mertuanya itu.

"rindu kat cik abang ke?" usik Ummi Aima.

"ada-ada jelah ummi. Oklah, nanti InsyaAllah Qila sampai, assalamualaikum." setelah mendengar ummi Aima membalas salamnya, dia terus mematikan telefon.

Aqila menarik nafas dalam dan menghembusnya keluar. Dalan hari ini sahaja, sudah berkali-kali dia mengeluh.

"manalah kau pergi ni Rafiq. Balik rumah kau ke? Kalaulah aku tahu alamat rumah kaukan senang, tak perlulah aku nak risaukan kau." ngomel Aqila. Dia menghelakan nafas.
Aqila meneruskan pemanduannya. Dia berkira kira untuk pulang ke rumah dahulu untuk bersihkan diri sebelum bertolak ke rumah Ummi Aima.

***

Kereta Aqila meluncur masuk ke halaman banglo dua tingkat milik Ummi Aima. Tekaannya tepat sekali.Rafiq sememangnya tiada di situ. Dia langsung tidak nampak kereta Rafiq garaj kereta yang menempatkan beberapa buah kereta milik Ummi Aima.

Aqila melangkah turun dari kereta. Setelah mengambil barang-barang yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang, dia terus masuk ke dalam banglo milik Ummi Aima.

"Assalamualaikum." perlahan-lahan Aqila menolak daun pintu utama bunglo itu. Matanya memandang sekeliling. Telihat kelibat Mak Nik melangkah laju menuju ke ruang tamu sambil menurunkan lengan bajunya. Sepertinya dari dapur.

"Puan Aqila, jemput masuk. Puan Aima ada di dapur." Mak Nik menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aqila menundukkan kepalanya mencium tangan wanita itu.

"tak payah ber'puan'lah Mak cik. Panggil Qila pun tak apa." Aqila melemparkan senyuman.

"ok, Qila. Mak cik pulak, Qila panggil je Mak Nik. Mari beg Qila, Mak Nik tolong letakkan dalam bilik Rafiq." Mak Nik cuba mengambil beg pakaian di tangan Aqila.

"eh, tak apalah, Mak Nik. Ringan je ni." Aqila menolak lembut.

"kalau macam tu, jomlah ikut Mak Nik." Mak Nik melangkah mendaki tangga. Aqila membontoti dari belakang. Mak Nik membawanya ke bilik Rafiq yang berada di hujung laluan tingkat dua.

"masuklah Qila. Ni bilik Rafiq. Rehat-rehatlah dulu. Mak Nik nak turun bawah siapkan makan malam." belum sempat Mak Nik memulakan langkahnya untuk meninggalkan bilik itu, Aqila memegang tangannya.

"Qila nak turun jugak. Bosanlah duduk dalam bilik. Lagipun Qila nak jumpa ummi. Ummi ada kat bawahkan?" soal Aqila. Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke banglo ini sebentar tadi, dia langsung tidak nampak kelibat ibu mertuanya itul.

"ha'ah. Ada kat bawah. Tengah siapkan makan untuk menantu kesayangan dia nilah. Jomlah kalau macam tu." Mak Nik menggamit Aqila supaya mengekorinya.

***

"Assalamualaikum, Ummi." sebaik sahaja tiba di ruangan dapur, Aqila terus meluru ke arah Ummi Aima yang sedang ralit menumis sesuatu. Tangannya dihulurkan untuk menyalami wanita itu.

"waalaikumussalam," jawab Ummi Aima. Tubuh Aqila terus ditarik ke dalam pelukannya. Aqila sedikit tergaman.

"maaflah ummi, datang tiba-tiba. Menyusahkan ummi je." Aqila meminta maaf. Ummi Aima tersenyum.

"tak menyusahkan ummi pun Qila." Ummi Aima melemparkan senyum kepadanya.

"Qila, kalau nak tahu ummi Qila ni, bila dapat tahu Qila nak datang sini, cepat - cepat masuk dapur. Nak masakkan sesuatu untuk Qila." tambah Mak Nik. Aqila tergelak kecil.

"Qila, Ummi cukup bersyukur Qila sudi datang rumah ummi. Nak harapkan Rafiq tu..." ayat Ummi Aima termati di situ. Aqila melemparkan senyuman seraya tangan Ummi Aima diraih.

"tak apa ummi, lepas ni Qila janji akan datang selalu melawat ummi kat sini. Qila heret sekali dengan Rafiq." Ummi Aima tersenyum mendengar janji menantunya itu.

"so ummi nak masak apa ni? Kenapa bau hangit ni ummi?" soal Aqila. Kakinya melangkah ke arah kuali di atas dapur. Melopong mulutnya melihat tumisan bawang di dalam kuali itu.

"Allah, hangit bawang aku." Ummi Aima menepuk dahinya. Kerana terlalu teruja dengan kehadiran Aqila. Dia langsung lupa dengan masakkannya. Mak Nik tertawa kuat melihat kedua dua beranak itu melopong di hadapan kuali yang berisi bawang hangit itu.

"ni dah tak jadi ni, Puan. Dah boleh buat yang baru." Mak Nik masih dengan sisa tawanya. Aqila turut ketawa. Dituruti dengan Ummi Aima. Ketawa mereka memenuhi ruang dapur. Sudah bertahun-tahun rumah bunglo milik Ummi Aima tidak di hiasi dengan bunyi ketawa.

Ummi Aima memasakkan semula masakan yang ingin dimasaknya. Ruang dapur riuh rendah dengan bunyi ketawa walaupun hanya mereka bertiga yang berada diruangan itu.

Ummi Aima memandang sekilas menantunya yang sedang ralit berbual-bual dengan Mak Nik dengan tangan ligat mengacau tumisan bawang di atas dapur. Sungguh dia bersyukur dengan kehadiran Aqila sebagai isteri Rafiq. Ummi Aima tersenyum bahagia.

Revenge Where stories live. Discover now