bab 4

62 9 0
                                    

"Ibu!!" Dia menjerit kuat melihat ibunya tumbang di hadapannya. Darah pekat mengalir di atas lantai. Dia terduduk. Meraung. perlahan dia merangkak mendapatkan ibunya.

"Ibu.. bangunlah, ibu.. Afiq sayang ibu. Afiq janji Afiq tak akan nakal lagi, Afiq janji akan dengar cakap ibu. Ayah, tolong Afiq ayah. Ibu tak nak bangun." Rafiq berpaling ke arah ayahnya. Dalam kesamaran, dia dapat melihat ayahnya terjelepuk ke lantai. Kaku di situ.

"Ayah!!" jerit Rafiq. Lelaki itu tanpa belas mengelar leher ayahnya. Darah memancut keluar dari luka kelaran. Ayahnya menggelupur kesakitan dan tewas, terjelepuk tidak bernyawa. Dia meraung kuat. Dia kehilangan kedua-dua orang yang paling di sayangi sekelip mata.

"Ayah, ibu, jangan tinggalkan Afiq. Tolonglah bangun. Afiq merayu." Dia mengesot ke jasad ayahnya yang kaku di lantai. Bau darah menusuk kuat hidungnya. Dia tidak peduli.

"Sekarang giliran kau budak." Garau. Dia ketakutan. Jasad kaku ayahnya dipeluk erat. Berharap perlindungan dari ayahnya itu.

"Jangan risau, aku takkan bunuh kau macam aku bunuh ibu bapa kau. Aku cuma akan bakar tempat ni, sampai mayat kau dan keluarga kau rentung dan semua bukti hilang." Lelaki itu ketawa.

Lelaki itu pantas mencurahkan minyak petrol di sekeling bilik itu. Dari pintu keluar, dia melemparkan mancis. Dalam kemarakan api, dia dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu.

Sekelip mata sahaja ruangan itu terbakar. Rafiq bertarung dengan asap untuk memperoleh udara. Dia mengeratkan pelukan pada jasad ayah dan ibunya. Dia putus asa. Ada baiknya dia mati dari hidup tanpa ibu dan ayah.

Mati itu sakit. Bagi budak berumur 10 tahun, dia tidak mampu menahan sakit itu. Peritnya bila tiada udaran untuk bernafas. Nafasnya semakin perlahan dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri.

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Rafiq terjaga dari tidurnya. Peluh merincik di dahi. Bajunya basah. Dia masih lagi mengalami mimpi itu. Peristiwa itu, segar di ingatannya. Dia tak akan pernah lupa wajah itu. Tidak sama sekali.

Satu perkara yang dia lupa mengenai peristiwa itu ialah bagaiman dia boleh melepaskan diri dari ruangan yang terbakar itu. Dia langsung tidak dapat megaingatinya. Hanya satu perkara yang dapat di fikirkannya, Eric, dia sahaja yang mampu dan berani untuk keluar dari situ. Apakah dia menciptakan watak Eric sewaktu dia kecil lagi? Hanya Eric sahaja yang tahu bila dia lahir disebabkan trauma yang dialami oleh Rafiq.

Rafiq dan Eric orang yang sama. Berkongsi jasad yang sama. Personaliti mereka sahaja yang berbeza. Kebolehan mereka tetap sama. Mereka berdua memiliki memori yang berbeza. Hanya satu memori sahaja yang mereka berkongsi bersama, memori kejadian itu.

Dissosiative Identity Disorder (DID) atau nama lainnya Multiple Personalities Disorder menjadikan hidup Rafiq tidak seperti orang lain. Penyakit psikologi yang disebabkan oleh trauma yang terlampau menyebabkan dia mencipta watak Eric.

Gila. Tak. Dia tidak gila. Dia waras. Dia cuma trauma. Dia mengalami perkara yang sangat dasyat. Terpaksa melihat ibu dan ayah kandung mati dibunuh di depan mata. Dan dia, tidak mampu untuk menghalangnya.

Manusia mana yang dapat bertahan dengan seksaan mental sebegitu rupa. Rafiq, pengecut. Lari dari kenyataan dengan mencipta watak Eric. Melarikan diri dari detik yang menyakitkan. Kenyataan terlalu perit untuk dihadapinya. Lelaki itu, lelaki itu sugguh kejam. Rafiq mengetap bibir. Selama bertahun-tahun dia mengumpulkan maklumat mengenai lelaki itu.

Untuk apa lelaki itu melakukan perkara sedemikian rupa. Adakah kerana dendam? Lelaki itu, bahagia atas penderitaannya selama bertahun-tahun. Dia tidak pernah sembuh dari trauma itu.

Selama ini mujur ada yang sudi menerimanya sebagai anak angkat. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di rumah itu, yang pasti, sewaktu dia membukakan matanya, dia sudah berada di dalam sebuah rumah agam.

Seorang wanita memperkenalkan dirinya sebagai ummi hadir dalam hidupnya. Dia dijaga, dipelihara ummi dengan sebaiknya. Bahkan sekarang dia diberikan amanah untuk menjaga syarikatnya.

Hanya Ummi memanggil dirinya sebagai Fiq dan bukan Eric. Namun pekerja di pejabatnya memanggilnya Encik Eric. Walaupun sewaktu ummi menjumpainya, watak Eric yang muncul, sebaik sahaja dia membuka mata, ummi terus memanggilnya Eric. Dia Terpinga-pinga. Dia tidak boleh bercakap selama dua bulan lebih disebabkan trauma. Apabila dia memberitahu ummi bahawa namanya Rafiq, dan bukan Eric, dan dia memberitahu bahawa dia langsung tidak ingat bagaimana dia boleh selamat, ummi mengesyaki sesuatu yang tidak kena terjadi pada dirinya. Ummi membawanya ke pakar psychology. Dia disahkan mengalami DID.

Dia diagnosis oleh pakar psycology khusus untuk pengidap DID. Dia dan Eric, mempunyai memori yang berbeza. Personaliti yang berbeza. Personaliti dia sering bertukar berdasarkan tahap ketahanan dirinya. Jika dia terlalu penat atau letih, dalam keadaan marah, kemungkinan personalitinya akan berubah menjadi Eric.

Hanya ummi yang banyak memberikan sokongan padanya. Ummi tidak bersuami tidak beranak. Nama Eric digunakan dalam kehidupan sehariannya untuk mengelakkan dia dikesan masih hidup oleh orang-krang yang ingin membunuhnya. Ummi menggunakan pengaruhnya sebagai salah seorang ahli perniagaan yang terkenal untuk menukarkan nama Rafiq kepada Eric Rafiqi Abdullah. Hanya dengan cara itu dia boleh selamat. Rafiq Hamka bin Hamrez telahpun mati pada malam itu.

Hanya satu benda yang dia rahsiakan dari ummi, iaitu rancangan balas dendam terhadap orang yang bertanggungjawab pada malam kejadian itu.

Revenge Where stories live. Discover now