bab 1

178 15 0
                                    

Celaru. Rimas. Geram. Marah. Sedih. semuanya bercampur baur. kenangan itu masih menjengah. Dia benci. Sakit. Parut dulu masih berbekas. Pedih. Terasa seperti semalam dia mengalami kejadian itu. Bertarung dengan emosi dan perasaan sendiri. Payah. Susah. Perit.

Terasa berat bebanan yang di tanggung. Memandang dalam wajahnya di cermin. Ini bukan dirinya. Bukan! Tidak! Kenapa dia yang perlu mengalaminya? Penat. Lelah. letih. Menghadapi takdir. Putus asa? Arghh!! Tumbukan padu dilepaskan pada dinding. Lebam di tangan tidak dihiraukan.

Sakit di hati, Lebih perit rasanya. Giginya diketap. Rapat. Dendam? Dirinya penuh dendam. Dendam masa lalu. Membakar. Menyala. Marak. Membakar Sekeping hati miliknya. Memandang satu persatu wajah orang yang paling dibencinya.
Matanya berkaca. Dia masih berperang. Berperang dengan perasaan sendiri. Dia hilang identitinya. Cuba mencari. Perasaan marah, benci, bersatu melenyapkan dirinya. Ini bukan dirinya. Nafsu amarah menguasainya. Kebencian itu mengalir dia dalam setiap sudut badannya.

Dia nekad. Dia akan balas. Mereka tidak layak hidup bahagia. Tidak sama sekali. Senyuman mereka, seolah olah mengejeknya. Dia benci. Sungguh. matanya memerah. Api kebencian marak membakar. Arghh! Serentak itu, satu lagi tumbukan dilepaskan pada dinding. Luka. Berdarah. Namun tidak seteruk luka di hatinya.

Kebahagiaan mereka terbina atas kesengsaraannya. Dia semakin lupa. Dia hanyut jauh dari Tuhan. Dia kian jauh dari landasanNya. Leka dengan amarah. Sekeping hati miliknya, dikuasai. Hilang pertimbangan diri pastinya akan terjadi.

Bertepuklah syaitan. Berjaya sudah mereka. Menghasut seorang anak Adam. Bergembiralah mereka. Berpestalah mereka. Melihat manusia terperangkap dalam permainan perasaan dan emosi. Mereka berjaya. Manusia menurut nafsu. Itulah manusia.

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Aqila mengoyakkan sampul surat yang di terimanya. Dia tertanya-tanya, siapakah yang mengirimkan surat kepadanya. keliru. perlahan dia membaca surat itu. kelihatan seperti surat rasmi. Rautnya terus berubah. Senyum. Jelas tergambar kegembiraan di hati. Surat panggilan temu duga. Sudah lama dia mencari kerja. Namun baru kali ini dia dipanggil temu duga.

Semuanya jadi susah apabila ayahnya masuk campur dalam kehidupannya. Dia tidak diterima kerja dimana-mana syarikat walaupun mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang peguam. Ini semua kerana ayahnya.

Dia tidak mengikuti kata-kata ayahnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan. Disebabkan pengaruh ayahnya, dia langsung tiada peluang untuk di terima berkerja di mana-mana firma guaman.

Dia membaca lagi surat itu. terkejut lagi. Temu duga sebagai setiausaha? lelucon apakah ini? bukan sebagai peguam? ahhh. persetankan semuanya. asalkan dia tidak bekerja di syarikat ayahnya. entah mengapa dia tawar hati untuk bekerja dia syarikat itu.

Senyuman masih terukir di bibirnya. dia bersyukur. berterima kasih. walaupun dia masih belum pasti yang dia akan diterima bekerja, dia tetap bersyukur. dia pasti yang dia akan membuat yang terbaik. dia akan pastikan yang dia akan diterima bekerja di syarikat itu.

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Aqila berlari pantas. Dia terlewat. semua ini gara-gara dia tertidur selepas solat subuh. Sudahlah hari ini dia perlu menghadiri temu duga kerja. Jantungnya berdegup kencang. Maklumlah masa sekolah dulu dia bukanlah seorang atlet. Nak turun ke padang waktu pendidikan jasmani pun dia malas. Sempat juga dia menyelinap masuk ke dalam lif yang hampir tertutup.

"Alhamdulillah, sempat. Laju jugak aku berlari. Boleh cuba nasib kat SUKMA ni." Dia tersengih membanyangkan dia sedang merangkul pingat emas dalam acara 100 meter. Dia berundur ke balakang untuk bdrsandar pada dinding lif.

"Ehem" Satu suara menegur. Aqila sedikit tersentak. Sudah. Hantukah? Setahunya dia seorang sahaja berada dalam lif itu. Tapi, pagi-pagi ni hantu dah masuk tidur. Dia menoleh ke belakang. Satu susuk yang segak menggayakan kemeja putih dan blazer hitam pada batang tubuhnya.

'comel gila mamat ni. Ni tengok aku atas bawah ni konpem nak tackel aku.' Aqila membetulkan baju kurungnya yang sedikit terangkat selepas lari pecut sebentar tadi. "Encik, kalau encik nak ngorat saya, lain kalilah ya, saya dah lambat."

Lelaki itu tersenyum. Cuba menahan ketawa. "Cik, saya nak cakap, cik pakai kasut kahwin tu. Lain kali, nak sarung kasut tu, tengok kiri kananlah ya." Lelaki itu ketawa mengejek. Aqila terkedu. Matanya memandang ke bawah.

'Alamak, macam mana boleh tertukar kasut ni. Malu.' Mukanya memerah menahan malu. Aqila menunduk. Apabila lif terhenti, dia terus meloloskan dari daripada lif itu. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki itu lagi. Tebal terasa kulit mukanya. "Padan muka kau Qila, kan dah malu. Bodoh betul." Aqila mengetuk perlahan kepalanya.

Revenge Where stories live. Discover now