bab 22

25 8 0
                                    

Rafiq melabuhkan punggungnya dia atas sofa di ruang tamu. Sewaktu dia sampai di rumah sebentar tadi, hanya lampu di hadapan pintu sahaja yang menyala. Dalam rumahnya gelap. Dia menghelaskan nafas. Penat.

Sebentar tadi Ken menghubunginya berkenaan dengan kes kehilangan anak gadis seorang ahli perniagaan gang terkenal. Disebabkan tidak mahu pihak media tahu, ahli perniagaan itu menggunakan khidmat penyisat di syarikatnya.

Ken telah berjaya menemui anak gadis ahli perniagaan itu. Dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya. Dia terpaksa masuk campur apabila Ken memberitahu bahawa kekasih gadis itu merupakan samseng jalanan, apabila mengetahui bahawa Ken mengikuti mereka, Ken ditahan dan dibelasah oleh mereka.

Walaupun Ken mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri yang tinggi, jika berhadapan dengan musuh yang terlalu ramai, dia juga turut tertewas. Nasib baik sebelum dia di dekati oleh samseng itu, dia sempat menghubungi Rafiq untuk meminta tolong.

Rafiq datang dengan Faris untuk menyelamatkan Ken. Nasib baik dia cepat bertindak. Namun, muka Rafiq turut disinggahi beberapa biji penumbuk. Selepas berjaya melarikan diri dari samseng itu, dia terus menghubungi ahli perniagaan itu untuk memaklumkan mengenai anaknya. Tugasnya hanya untuk menyiasat mengenai keberadaan gadis itu sahaja, selebihnya, biar ahli perniagaan itu yang membuat tindakan.

Rafiq menyentuh pipi yang lebam. Bengkak. Nasib baik kumpulan samseng itu hanya menggunakan tangan sahaja, jika mereka menggunakan senjata, dia pasti sudah tertewas. Manakan tidak, sehebat mana pun dia, dia masih lagi manusia, dia tidak dapat melawan musuh yang ramainya mencecah 20 orang.

Rafiq tiba-tiba teringat, dia keluar dari rumah tengah hari tadi tanpa memaklumkan kepada Aqila. Dia melangkah ke dapur. Badannya terasa sakit. Matanya melekat pada tudung saji di atas meja. Tudung saji itu diangkat, terdapat kari kepala ikan dan beberapa ketul ayam goreng dibawahnya.

Rafiq mengerutkan keningnya sedikit. "dia ni makan atau tak ni? Kenapa macam tak bersentuh pun kari ni" dia mongomel sendiri. Tadi Aqila beria-ria mahu makan kari kepala ikan.

Rafiq meletakkan tudung saji ke bawah. Pinggan di dalam kabinet dapur di capai. Kakinya melangkah ke periuk nasi. Segelah menyendukkan nasi kedalam pinggannya, doa terus melabuhkan punggungnya di meja makan.

Walaupun dia langsung tidak berselera untuk makan, dia tetap menyuapkkan nasi ke dalam mulutnya. Sesekali dia mengaduh kesakitan disebabkan luka pada bibirnya. Kari yang dimasak oleh Aqila agak pedas menambahkan lagi kesakitan pada bibir mulutnya yang terluka itu.

"sedap juga masakan bini aku ni. Ingatkan anak orang kaya tak pandai masak." Rafiq mengemaskan meja setelah selasai makan. Lebihan lauk di letakkan di dalam bekas tertutup dan diletakkan di dalam peti sejuk. Jika di biarkan di atas meja semalaman begitu, makanan itu akan basi.

Selesai mengemas, dia terus masuk ke dalam bilik. Dia dapat melihat Aqila sedang tidut pulas di atas katil dengan bantuan lampu tidur yang agak malap. Rafiq terus mencapai tuala dan berlalu ke bilik air. Jika difikirkan penat, dia mahu segera melabuhkan badannya ke atas katil, tetapi bila difikirkan dia terlalu banyak berpeluh tadi, dia gagahkan juga dirinya untuk mandi.

Rafiq merebahkan diri di atas katil. Penat. Sakit. Tetapi bila mengingatkan masakan Aqila yang dijamah sebentar tadi, dia tersenyum sendiri. Entah mengapa dia tidak teragak agak untuk makan, sedangkan dia langsung tiada selera untuk makan ditambah dengan bibirnya yang luka menyakitkannya jika dia membuka mulut. Bila teringat Aqila bertungkus lumus memasak untuknya, sungguh dia tidak sampai hati untuk tidak menyentuhnya. Rafiq tertidur dengan senyuman di bibir.

***

Aqila kembali memanjat katil selepas solat subuh. Sewaktu dia bangun pagi tadi, Rafiq baru sahaja menunaikan solat subuh. Dia langsung tidak memandang wajah Rafiq. Rafiq keluar tengah hari semalam tanpa memberitahunya, dan pulang lewat malam. Sedikit sebanyak dia bimbangkan keselamatan lelaki itu. Bukan dia tidak tahu pekerjaan Rafiq terdedah dengan bahaya.

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Aqila bangun dan mencapai tualanya. Dia perlu bersiap untuk ke pejabat. Rafiq menghilangkan diri selepas mandi. Dia malas mahu mengambil tahu.

Usai menyiapkan diri, Aqila terus keluar dari biliknya. Blaus biru gelap dipadankan dengan slack putih melekap pada badannya. Tudung bercorak bunga tulip bewarna merah jambu berlatar belakangkan warna biru lembut dililit kemas diatas kepala. Baru sahaja dia mahu melangkah ke pintu utama, dia terdengar suara Rafiq memanggil dari daput. Aqila mematikan langkahnya.

"awak, jom sarapan." laung Rafiq dari dapur. Aqila berpusing. Dia dapat melihat kelibat Rafiq ligat menghidangkan makanan di atas meja makan.

"saya tak lapar. Saya pergi dulu" Aqila jual mahal. Padahal perutnya berbunyi meminta di isi. Manakan tidak semalam dia hanya makan sedikit sahaja untuk tengah haris semalam, dan langsung tidak menjamah apa-apa selepas itu.

"ehh, awak, jomlah makan saya dah siapkan pancake untuk awak." laung Rafiq. Aqila serba salah. Dia tidak sampai hati untuk menghampakan Rafiq, dia lantas mengatur langkah menuju ke meja makan. Rafiq tersenyum lebar melihat Aqila melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"awak nak madu atau maple syrup?" soal Rafiq.

"saya nak susu pekat." Aqila bangun dari kerusi untuk mengambil susu pekat, tetapi pantas dihalang oleh Rafiq.

"tak apa, biar saya ambil. Kejap" pantas dia mengambil susu pekat dari dalam peti sejuk dan di tuangkan ke atas pancake di dalam pinggan Aqila.

"dah." Aqila menahan tangan Rafiq dari terus menuangkan susu pekat dia atas pancakenya. 'apa laki aku ni nak bagi aku kencing manis ke apa ni' ngomelnya di dalam hati.

Setelah melayan Aqila. Barulah Rafiq melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Tangannya mencapai madu dan dituangkan sedikit di atas pancakenya. Dia turut meletakkan maple syrup di atas pancakenya. Dia gemar mencampurkan kedua duanya di atas pancakenya. Jika ada whipping cream pasti semuanya lengkap. Dengan basmallah dia pantas menyuapkan pancake itu ke dalam mulutnya.



Revenge Where stories live. Discover now