bab 33

31 5 0
                                    

Rafiq memandang sekeliling. Gelap. Dia meraba-raba mencari sesuatu untuk dijadikan panduan untuk berjalan. Tangannya tersentuh dinding.

Berpandukan dinding itu, Rafiq terus berjalan perlahan. Sebelah tangannya dilayang-layang ke hadapan untuk mengelakkannya daripada terlanggar sesuatu di hadapan.

"pintu!" Rafiq menjerit perlahan. Dia terpegang tombol pintu semasa meraba-maraba dinding untuk berjalan. Dia terus membuka pintu itu.

Cahaya terang merobos masuk kedalam anak matanya. Anak matanya terus mengecil. Silau. Dia menggosok matanya.

Api! Radiq memandang sekeling bilik itu. Walaupun sebahagian bilik itu sedang dijilat api, dia masih mengenali bilik itu. Cukup kenal.

Peluk mula merinik di atas dahi Rafiq. Jantungnya berdegup kencang. Matanya meliar ke seluruh bilik itu. Berderau darahnya melihat dua susuk yang begitu dikenalinya.

"ayah! Ibu!" Dia melihat ayah dan ibunya terbaring berlumuran darah di atas lantai. Dia berlari mendapatkan mereka. Langsung tidak menghiraukan bahang api yang menyakitkan kulitnya.

"ibu, ibu...Afiq datang ibu. Ni Afiq ibu" Dia meriba kepala ibunya. Air matanya laju menuruni pipinya.

"ayah..Afiq datang ayah. Tolonglah bangun, ayah." dia mengesot mendapatkan ayahnya yang juga terbaring kaku di sisi ibunya.

"kau rasakan Rafiq. Kau rasakan. Aku akan bunuh engkau. Aku tahu kau masih hidup." seorang lelaki menghampirinya.

"kau, jahanam kau Yusof!" Rafiq menjerit. Dia mengenali lelaki itu. Ayah mertuanya. Dia mengenggam penumbuknya. Dia terus menerpa kearah Datuk Yusof dihadapannya. Kolar baju kemeja lelaki itu dicekak kuat. Rafiq mengangkat tangannya untuk menumbuk muka orang yang paling di bencinya. tiba-tiba..

"Rafiq!" satu suara kedengaran dari belakangnya. Dia cukup mengenali suara itu. Dia menoleh. Tangannya juga turut melepaskan cekaman pada kolar baju Datuk Yusof.

"Aqila!" sungguh dia terkejut melihat Aqila di situ.

"Rafiq, kau...kau gunakan aku untuk kau balas dendam dengan ayah aku?" soal Aqila. Terketar-ketar suaranya. Matanya berkaca.

"Qila..aku.." Rafiq cuba merapati isterinya itu. Namun apabila dia cuba memegang bahu Aqila, bayangan gadis itu terus hilang dari pandangannya. Rafiq tergaman.

"Rafiq, Rafiq, kau tengok mak ayah kau dah terbunuh buat kali yang kedua, ni semua sebab kau gunakan anak aku untuk balas dendam. Kau tak akan dapat sakitkan aku Rafiq, sebab akhirnya kau yang akan sakit." Datuk Yusof ketawa kuat.

"kau..." Rafiq menerpa ke arah lelaki itu, sekelip mata susuk itu terus hilang. Begitu juga dengan ibu ayahnya.

Bilik itu yang tadinya di kelilingi dengan api, terus menjadi gelap sekelip mata.

"ibu!! Ayah!! Mana ibu ayah, Afiq nak ibu dengan ayah." Rafiq terus terduduk. Dia menangis semahu-mahunya.

***

"ibu....ibu..." Rafiq memanggil. Peluh membasahi wajah dan bajunya. Dia meronta-ronta.

Aqila terkejut dari tidur. Suara Rafiq mengejutnya. Dia memandang ke arah Rafiq. Dalam kesamaran cahaya lampu tidur yang terletak di atas meja yang memisahkan katil mereka, dia dapat melihat Rafiq sedang meracau-racau dalam tidurnya. Aqila pantas bangkit dari pembaringan.

"Rafiq, Rafiq, awak ok tak? Bangun Rafiq." Aqila menggongcangkan badan Rafiq perlahan.

"ibu..ayah..jangan tinggalkan Afiq.."rayu Rafiq dalam tidurnya. Dia Airmatanya turut turun mebasahi pipinya. Aqila sedikit terkejut melihat airmata Radiq. 'dia menangis?' bisik Aqila.

Revenge Where stories live. Discover now