Part 1

3.9K 93 9
                                    

-My POV-
  Sejak aku kecil, aku tak biasa dengan suasana meriah. Seperti aku phobia dengan orang yang aku tidak kenal. Sewaktu aku berada di tadika, aku sering meluangkan masa aku di taman permainan berseorangan.

Classmate 1: Soowon, awak nak tak
                       main dengan kita?
Soowon/Aku: Takpelah. (Geleng
                          kepala)

Aku selalu menolak ajakan mereka dengan sebab yang aku tidak ketahui. Bapaku sering meninggalkan aku di depan tadika pada awal pagi dan aku hanya duduk di buaian sambil menunggu guru-guru datang. Sehingga sekarang, aku tidak mengendahkan situasi yang berlaku di sekeliling aku.

-Sekarang-

"Cik puan, saya sudah sediakan sarapan untuk dibawa ke sekolah." Orang gaji aku berkata sambil mengetuk pintu ku.

Lupa hendak memberitahu... Namaku Kim Soowon, 18, Seoul. Aku dilahirkan dalam suasana yang mewah dan apa yang ku inginkan dapat. Sekarang aku tinggal berseorangan (dengan orang gaji) di dalam apartment yang bapaku sediakan.

"Hurm, yelah! Letak je kat ruang tamu nanti adik ambik." Aku menguap sambil mencari handphone ku. Aku lihat pada telefon ku yang menunjukkan jam 0630. Aku mengeluh apabila melihat baju sekolah ku yang sedia tergantung dan menuju ke bilik air.

Soowon: Achik! Nak pergi sekolah nie!
               Nanti jumpa lagi, bye!
Org gaji: Yelah, belajar pandai2. Bye.

Itulah perbualan yang sering sekali digunakan. Orang gaji ku sudah ku anggap seperti ibu ku sendiri. Kenapa? Kerana dialah yang memberi kasih sayang sewaktu ku kecil hingga sekarang. Driver ku juga telah tunggu di hadapan untuk membawa ku ke sekolah baru. Yelah, takut sesat lagi banyak kerja.

"Hai, abangku yang steady! Bukan main lagi kemas." Aku menjongket kening ku dan dia hanya sengih.

"Well~ Mestilah. Kang ada kena bebel dengan ayahanda adik kecik ni."

Kami ketawa riang sambil masuk ke dalam kereta. Takkan nak diri je kut? Sambil cik abang kita ni tengah set gps, aku mengeluarkan tablet ku dan search tentang info sekolah ku.

"Wow, sekolah apa ni, banyak muka mat saleh ngan cik saleh ni?"

"Hah, apa mende merepek ni? Masuk sekolah baru je ada je bende merapu. Cuba refresh kan otak tu dulu."

Aku ketawa kambing mendengar driver aku memerli aku. Aku sambung mencari maklumat penting berkenaan sekolah ni. Takut kena buat karangan pastu hantar dekat boss yang asyik hantar CCTV perhatikan anak tersayang dia. Aku leka melayan tablet ku sehingga kereta ni emergency brake.

"Aduh, cuba bagi signal sebelum brake. Ni tak, terus je. Ish, jahat beno."

Aku mengurut dahi ku yang terhantuk dengan kerusi depan.

"Ah tulah dia. Sibuk dengan tablet. Cuba tengok kat sekeliling dekat mana. Pickup cepat sikit jangan jadi siput slow."

"Alah, pickup slow pun takpe. Last2 dapat jugak pickup. Klah, bye. Nak pergi sekolah, menimba ilmu."

Aku mencari alasan untuk cover malu aku apabila menyedari bahawa aku telah tiba di sekolah baru ku. Tulah kau, sibuk layan tablet sampai tak sedar. Padan muka kau, Soowon.

"Menimba ilmu ke menimba mimpi indah? Belajar baik2. Jangan buli orang sudah."

Driver ku honk aku bila dia hendak pergi. Aku melambai tangan dan masuk ke bangunan besar yang berada di hadapan aku. Berdasarkan tablet aku, bilik pengetua kat tingkat atas. So, jom follow peta tablet aku.

Thank You, Awak !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang