-Edison POV-
Finally dapat juga aku masuk ke kelas yang sama dengan crush aku. Ada dua sebab aku dapat masuk ke sekolah ni. Satu, bapaku benarkan aku masuk sekolah mana- mana tak kira mahal ke tak yuran janji belajar. Dua, aku debut dalam Group EXO but ramai tak tau nama English aku. Kenapa? Sebab nama English yang dikeluarkan oleh SM ialah palsu.
Stylist aku juga makeup kan aku dengan tema natural. Selalu tebal, apa cita? Harapan aku datang, nak ambil balik hati Emily.
-Sambung situasi sebelum-
"Jangan kacau orang buat kerja boleh tak? Buatlah kerja sendiri kalau dah siap."
Emily memarahi aku kerana mengacau dia menyiapkan kerja sekolah. Salah dia jugak sebab tak siap kerja rumah. Padan muka, merong! Tiba-tiba sekumpulan geng perempuan datang kat meja aku.
"Hai, boleh berkenalan? Dan boleh jadi kawan tak?"
Geli aku tengok group nih. Sah group Gediks yang hot dalam perbualan guru sebab banyak buat masalah. Tapi pandai, pelik kan? Dahlah makeup tebal, berapa inci tak taulah... Rasanya 8 inci kut sebab tak nampa lagilah muka manusia but muka raksasa adalah.
"Bukan ke tadi dah berkenalan, buat apa berkenalan lagi. Saya tak available jadi kawan siapa- siapa kecuali kalau dia dapat selesaikan kuiz ni.
Aku memerli group ni dan salah seorang perempuan rambut kerinting mencebik. Leader kut dia ni. Bila dia buat perm dia tu, cantik. Nak jugak.
"What is it? Kitorang boleh jawab semua kuiz."
Amboi, show off nye. Aku melihat Emily dan dia menjelir lidah seperti hendak muntah. Kalau nak speaking, speaking penuh lah, buat apa campur Korean? Kris hyung lagi bagus, humph.
"Apa maksud L?"
Fan Infinite, ini bukan nama L atau Myungsoo. Ini nama fanclub EXO so please jangan salah faham. Hanya fan sebenar EXO je tahu sebab diorang sanggup selidik maksud L. Kalau diorang fan EXO, boleh la jawab but aku tak sokong diorang jadi EXO-L kerana boleh merosakkan imej EXO dan EXO-L.
"L kan huruf. Mana ada makna. Siapa-siapa boleh jawab. Kacang je."
Kacang kau jawab? Jawapan pun salah ada hati nak kacang? Pui, boleh blah la. Badan Emily dah menggigil sebab ketawa dalam badan. Kalau jatuh, aku tak tahu.
"Sori ye cik adik. But jawapan tu salah, dan takde pertukaran jawapan. Nanti cuba lagi ye. Bye."
Aku send flying kiss dan diorang bersurai. Free jugak meja aku. Fokus aku bertukar ke arah Soowon yang ketawa tak ingat dunia.
"Woi, ni dah siap kerja rumah ke tak ni? Ketawa terkekek sampai merah muka. Nasib baik cikgu takde."
Muka Soowon dah macam tomato dah masak. Kalah apple. Muka hyung-hyung takde pun merah camni.
"Sekati ah! Perasaan aku, hak aku bukan hak kau. Information tambahan, aku dah siap kerja rumah cuma kau je tak sedar. Sibuk layan Gediks girl. And camne kau boleh tau cikgu takde sedangkan kau tak gerak pun?"
Aku buat muka poker face and berlakon makan. Nak cakap pickup slow, dia ni selalu pickup laju. Nak cakap sibuk, tak sibuk lagi dah. Dah kenapa ngan dia ni?
"Eleh, jeles lah tu. Tengok aku popular. Ketua kelas tu kan lelaki so dia inform dekat semua lelaki. Kalau perempuan, dia inform dekat aku and semua perempuan. Tulah dia ketagih dengan belajar. Orang lain ketagih game , dia ni ketagih belajar. Bagus lah tu."
Aku memandang tangan Emily yang berparut. Kesan cakaran kucing aku yang sekarang sudah meninggalkan aku akibat dilanggar.
"This is my style. Sekati lah nak ketagih apa, nak peduli apa. Excuse me, aku pun popular lah bukan kau sorang je."
Aku berlakon batuk dan memegang dada aku kerana maruah ku terguris.
"Sampai hati kau cakap macam tu. Jahat taknak kawan. Humph!"
"Takyah nak buat drama. Kau bukan kiut pun dekat mata aku kecuali diorang lah."
Soowon menunjuk ke arah group ladies dalam kelas ni. Bukan main lagi mata, bentuk love. Kalau diorang tahu aku ni Tao dari EXO sah lagi hot aku.
"Ehem, jangan gaduh macam couple leh tak? Geli."
Seorang perempuan berambut pendek ala style Sulli sunbaenim, berdiri di depan meja aku dan Soowon. Dia ni siapa tiba-tiba terjah meja orang? Tak cakap assalamualaikum, hello pe semua. Boleh dikira penceroboh dah ni.
"Mana ada. Dia ni carik pasal. Aku on je kalau bab-bab gaduh. Dahla diva perasan hot lak tu."
Aku menjerling ke arah Soowon sambil mencebik. Sampai hati kau, cakap camtu dekat fan kau.
"Dia memang hot pun but diva tu aku boleh fikirkan. Masa dia first datang pun, banyak 'menyalak'.
Aku mengangguk, mengiyakan kata-kata kawan si Soowon ni. Sempat high-five lagi. Rasanya dia ni fan Kpop kut, dari stail dia.
"Aku Park Haneul. Kawan minah ni. Yang duduk menghadap majalah Kpop tu, Hanna. Yang dengar lagu pakai earphone tu, Tosh Huai atau Tosh."
Soowon menendang kaki Haneul dan memberi pandangan maut. Tak sangka Soowong sekarang ni dah berubah. Dulu senyap je, dapat title Cold Princess sebab dia tak layan semua orang. Good Job, my darling.
