-EXO POV-
"Siapa budak perempuan tadi? Siap panggil nama Tao lagi."
Kris menanya EXO dan semua buat tak tahu. Kenal pun tak, memang lah tak jawab. Suho pun asyik intip anak dia kat luar.
"Maybe fan kut."
Chanyeol cuba membuat semua orang tidak berasa risau. Masalahnya, semua orang dah fokus dekat Tao dan perempuan tu.
"Umin hyung, suruh diorang prepare dulu. Nak panggil Tao jap."
"Yes, Lu-ge. Baik kanak riang sekalian, jom warm up sama!"
Luhan memanggil Tao yang rupa nak bergaduh dengan perempuan tu. Luhan dapat merasakan sesuatu dari pergerakan mereka berdua. Selepas itu, Tao memasuki bilik practice bersama perempuan tadi.
"Hyung. Ni la perempuan yang aku cakap hari tu. Nama dia Soowon. Kris hyung, nilah dia."
Kitorang berbaris dalam satu garisan dan memulakan introducing kami. Perempuan ni macam blur pulak tengok kitorang. Takkan baru dengar? Nak cakap newbie tak mungkin, camne dia boleh excited jumpa kitorang tadi?
"Korang practice sekarang. Practice Exodus, Call me baby, Hurt ngan Playboy. Korang kena denda sebab buat hal tadi. Dah, hyung nak beli makanan untuk korang. Jangan nak duduk je, Suho, hyung amanahkan suruh diorang practice. Kalau diorang taknak, paksa diorang buat pose yoga."
Manager kami dengan sekejap bagi arahan dan amaran. Pastu keluar tanpa perasan kehadiran seorang perempuan. Tao punya girlfriend pun tak perasan. Kami semua mula warm up kecuali perempuan yang nama Soowon. Dia hanya duduk di sofa yang tersedia sambil termenung.
"Kita mula dengan Call me baby pastu Exodus and last sekali Hurt dan Playboy." Cadang Suho.
"Start dari Exodus pastu Hurt then Playboy baru Call me baby. Title kena belakang." Kris bantah sambil cadang.
"Yelah cold man. Okay kita mula sekarang!"
Kitorang mula practice tanpa rasa segan walaupun pakai baju macam baju tidur. Paling penting, semangat kena ada. Soowon kadang ikut kami practice. Dah rasa macam, Soowon tu trainee kitorang mentor.
○Lepas beberapa jam○
"Phew, finally dapat rehat pun... Hyung, mana ni? Tadi nak beli makanan ni tak datang pun. Ni beli ke buat?"
Kris meng-omplain sambil berposing. Soowon pulak baring terlentang macan mayat. Yang lain, layan lagu baru sebelum publish nanti hari Isnin. Selepas itu, hidup akan busy sebab penuh schedule nak buat comeback stage. Inilah kehidupan seorang artis. Tapi demi peminat, kena berkorban. Sebab diorang lah,kita ada. Sebab kita ada lah, diorang ada.
"Edison, tolong bagitahu perkara sebenar. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kenapa kau nama Tao?"
Kitorang mendengar pertelingkahan antara Soowon dan Panda kita. Dah jumpa crush lama, masalah baru lak datang. Inilah kehidupan sebenar..
"Fine kita cakap dekat rooftop. Hyung, kitorang pergi dulu. Kalau hyung tanya or ada benda, carik je dekat rooftop. Kitorang ada kat sana."
Tao menarik tangan Soowon dengan kasar. Takdelah kasar sangat... Kitorang hanya angguk dan lepas itu, kelibat diorang dua hilang.
"Tak lama lagi, couple lah diorang. Sejak tu, kita kena prepare dengan soalan dating."
●Tao POV●
Aku menarik tangan Soowon dan pergi ke rooftop. Kat situ, jarang orang pergi dan tempat tu sunyi. Tapi dipenuhi dengan bunga, macam tamanlah kata lain. Emily tadi bukan main beria-ria menari sempat belajar tarian lagu baru kitorang lagi. Ingatkan dah lupa, rupanya masih ingat. Susah nak lupakan fikiran orang pandai macam otak Einstein. Macam mana diorang boleh jadi pandai, sampai satu dunia kenal dia?
"Okay, Edison. Tell me the truth about your identity. I don't want to get confused with this game."
Emily mula speaking sebab tu memang sifat dia. Dia berminat dengan bahasa antaranbangsa sejak sekolah menengah. Bila dah masuk high school, dah master semua bahasa.
"Aku memang member Exo tapi disebakan aku nak carik kau, aku guna nama English aku. EXO-L tak tahu nama sebenar English aku. Sehun ngan Kai masuk sekolah lain. Aku sorang je masuk sekolah tu sebab aku dapat tahu kau dalam sekolah tu. "
Panjang lebar ayat aku. Kalau aku cakap dalam bahasa cina pun, dia faham pastu jawab dalam bahasa cina. Ni yang susah cakap dengan orang pandai.
"Habis pahal nak cover identity kau walaupun kau tahu aku?"
"Sebab aku takut kau akan menjauhi aku. Kau pun anak orang kaya jadi bapak kau mungkin nak menantu yang kerja bisnes."
"Itu bukan masalah sekarang. Ayah aku benarkan aku pilih siapa yang aku suka. Tunang aku pun model."
Bagai ditembak, ayat Emily yang terakhir membunuh ku. Ayat yang terakhir juga menghancurkan semangat aku untuk mendapat balik hatinya.
"Kau dah bertunang ke? Kenapa kau tak bagitahu aku? Kalau aku dah tahu, aku takkan kacau kau. Siapa laki tu?"
Sayu suara ku berkata. Mata ku mula berair tetapi aku tahan. Aku seorang lelaki haruslah kuat melawan perasaan.
"Itu salah faham. Sebenarnya pertunangan tu dah berlaku masa aku kecik. Lagipun aku anggap dia macam kawan aku je. Takde lebih pun. Datuk aku yang aturkan semua ni."
"Jadi ni semua salah datuk kau lah? Masalahnya, kau dah kepunyaan orang. Dan kau belum jawab soalan aku sebelum. Siapa laki tu?"
Mata Soowon dah mula berkaca. Hati perempuan kan sensitive jadi diorang senang nak nangis.
"FINE! Laki tu yang sebelah aku tadi. Nama dia Ahn Jaehyun, puas? Kitorang dah bertunang setahun selepas aku berhenti sekolah dekat Qingdao. Aku menolak keras tentang pertunangan tu tapi datuk aku dah buat perjanjian untuk kahwinkan aku dengan... dengan Jaehyun. Demi hubungan bisnes dan keluarga."
Muka Soowon telah merah akibat marah dan menahan air mata. Maafkan aku, Emily. Aku tak dapat buat apa-apa dekat kau.
"Kalau macam tu, aku harap kau bahagia dengan Jaehyun. Aku tak akan kacau hubungan kau. Selamat tinggal and I love you. Bye."
Aku mencium bibirnya buat kali terakhir dan meninggalkannya. Akhirnya, Soowon menangis selepas menahan perasaan sedihnya.
"Dah parah dah ni!! Kita kena buat sesuatu. Hyung, dia datang jom balik!!
Oran ketiga melihat semua perbualan yang berlaku dan beredar sebelum Tao menuju ke pintu keluar."Edison Huang!! TAO!! Janganlah tinggalkan aku!!! Kau je sorang yang aku kenal paling lama. Dan kau jelah kenal aku yang sebenar!! Aku taknak peristiwa tu ulang balik!!"
Aku berdiri di sebalik pintu keluar. Mendengar kata-kata Soowon memedihkan hati. Orang yang ku sayangi, sekarang dilepaskan demi kebahagiaan dia dan aku. Aku taknak Jaehyun disakiti disebabkan aku. Dia tak bersalah dan tidak tahu tentang sejarah aku dan Soowon.
"Aku harap kita akan berbaik semula, Emily."
Aku beredar dan menuju ke practice room. Manakala, Soowon ku tinggalkan dia berseorangan di rooftop dan aku terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mundar mandir.
"Ahn Jaehyun?"
Laki itu nampak terkejut bila aku menengur nya.
"How did you know my name?"
"Itu bukan masalah sekarang. Soowon kat rooftop. Dan satu lagi..."
Aku mendekatinya dan membisik
"Aku harap kau jaga dia baik-baik dan jangan bagi dia nangis. Buat dia gembira setiap hari atau kalau boleh setiap masa."
Jaehyun nampak keliru pada masa itu tetapi aku teruskan perjalanan aku ke practice room. Aku mendengar langkah Jaehyun menaiki tangga dengan cepat. Mungkin risau...