Part 10

801 37 0
                                    

-Pagi di Dorm EXO-

♢Edison POV♢

"BANGUN!!!! SARAPAN PASTU PERGI SEKOLAH!!! BANGUN!!!!"

Suho menggunakan megaphone untuk mengejutkan Tao. Disebabkan Tao terlalu lena, dia memanggil anak-anaknya untuk mengambil baldi bersertakan air untuk setiap seorang.

"Hyung cakap 3 korang semua, curah air kat mayat ni. Baru fresh mayat ni nanti."

Semua orang memakai topeng muka syaitan terutama maknae line. Ada tanduk sekali. Xiumin hanya seorang memakai air yang suam kerana kesiankan Tao. Lain semua takde hati perut, KEJAM!

"TIGAAAAAAAAA!!!!!"

Semua serentak mengira dan serentak mencurah air ke muka Tao hingga hujung kaki. Nasib baik manager hyung takde, kalai tak.... Fikirlah sendiri.

"Aaaaahhh!!! Sejukkk!!!"

Aku tersedar apabila badan ku basah kuyup dan berasa sejuk. Aku mendengar hyung aku berketawa kecuali Xiumin yang masih memegang baldi. Tiba-tiba aku berasa suam dan aku perasan yang suam tu actually air.

"Dah,dah,dah. Takyah buat muka seposen tu. Cepat mandi, pakai baju,pastu makan kat bawah. Nanti lambat pergi sekolah. Jom anak-anakku sekalian"

Suho hyung mencubit pipiku sebelum beredar bersama EXO hyung. Aku masih dalam keadaan blank sebab tak faham apa yang berlaku.

"Apa yang telah berlaku?"

Aku bercakap dalam bahasa cina dan terus pergi ke bilik air bila sedar keadaan sebenar.

Hyung-hyung menolak aku dengan kasar seperti menghalau aku keluar. Dahlah bagi makan roti kosong je, ingatkan breakfast sedap, rupanya roti kosong je. Hinanya...

"Nah makan roti masa on the way ke sekolah. Manager hyung dah tunggu tu. Bye!"

Kris hyung bagi roti perisa coklat sebelum menghalau aku keluar. Hyung tolak bukannya teman jalan.

"Bye hyung yang ku sayangi. MUAH!!"

Aku menghantar flying kiss kepada mereka tetapi reaksi mereka... Tutup pintu pastu biar je aku sorang. Jahat punya hyung!

"Jom hyung kita pergi sekolah."

Aku memasuki van hitam manakala manager hyung ketawa melihat situasi aku. Hyung ni pun satu, start la enjin baru tak sejuk.

"Okay. Nanti kalau ada practice call awal. Takde kelam kabut macam semalam."

Aku memesan kepada hyung sebelum aku menyambung beauty sleep yang terganggu disebabkan 10 orang syaitan kecuali Umin hyung.

《《Sekolah》》

Aku menuju ke kelas sambil memakan roti yang diberi oleh Kris hyung. Ditemani oleh fan-fan aku. Aku ternampak geng Soowon yang sedang lepak di depan kolam ikan.

"Weyh korang! Mana sorang lagi, fanatic kpop?"

"Soowon ke? Dia tak datang hari ni sebab ada hal." Jawab Haneul.

"Hari ni, kita takde reporter Kpop!!"
Rungut Hanna.

"Ei, senyaplah. Dari tadi bising, tal tenteram." Marah Tosh.

Aku tercengang berdiri di sebelah bangku. Semalam bukan main hantar ugutan nak cekik aku. Sekarang dia pulak tak datang. Aku dah prepare awal-awal dia pulah hancurkan plan cekik aku.

"Jomlah ke kelas. Ketua pengawas nampak kita, kita kena denda nanti."

Aku mengikuti mereka ke kelas tanpa fangirls aku. Kenapa? Aku dah halau awal-awal takut tiga ekor kpoppers ni kena attack. Macam sasaeng fans. Do hari ni aku gelar 'Hari Tanpa Emily.'

-12 tgh hari di Apartment Soowon-

□Soowon POV■

"OI MINAHH!!! BANGUN!!! DAH TENGAH HARI TAK BANGUN LAGI!!! BANGUN!!!"

Aku menutup telinga aku dengan bantal untuk sambung tidurku. Dahlah suara garau tapi tak terlalu garau. Kalau tak, lama dah lari.

"Ish, pantang aku kalau manusia tak bangun pagi... Bangun cepat!"

Jaehyun menarik aku dengan kasar. Aku masih setengah sedar so aku tak tahu dia buat.

"Pegang berus gigi ni. Kebersihan diutamakan."

Tiba-tiba mulutku berasa sejuk dan berangin. Ish, cer cakap dulu sebelum gosok gigi aku. Ni terjah je. Selepas itu, kepala aku lak rasa sejuk.

"Weyh apa ni???!!! Basah lah baju aku!!"

"Kalau camtu aku masukkan kepala kau dalam air. Ready, 1...2...3..."

"Oi ap- ^*$€%#£&@#$#^! (Apa ni main rendam je kepala orang!)"

Dahlah awal pagi. Rendam kepala orang yang baru bangun pagi. Kang ada lupa ingatan sementara nanti. Otak baru nak berfungsi dah tak dapat fungsi. Kemudian, kepala aku dilap dengan kasar. Aku mengambil kesempatan untuk menendang nya dan lari ke walk-in closet aku.

"Kalau jumpa siap kau!! Siat-siat kulit kau!"

Aku ketawa dengan kuat sementara itu memilih baju untuk dipakai. Kena pakai cantik-cantik kalau nak jumpa orang besar. Tema hari ni... Just simple. Aku mengambil graphic tee berwarna putih dan hitam dan mengenakan dengan seluar denim hitam. Kasut pulak pakai converse je. Ni fesyen sekarang, pakai sneaker. Macam kucing, aku keluar dengan perlahan dan mengambil telefon aku.

"Woi, tak perasan ke?"

"Aish, tak senang hidup aku dengan kau ni. Blah la, ada aku pakai judo kat kau. Aku lak kena bayar insurance murah kau."

"Yelah... Aku tunggu kat bawah. Kat tempat parking kereta. Jalan cepat sikit, jangan jalan macam siput. Aku tak suka menunggu."

Aku hanya mengangguk. Takde masa nak dengar bebelan dia. Dari semalam membebel, tak letih ke mulut tu? Handphone ni pun satu, tak habis-habis vibrate. Semalam set jadi vibrate senyap sikit, ni jadi tension lak. Aku cuba tengok siapa rajin meses dan rupanya Edison dan geng aku. Kalau aku reply, kau call nanti. Tu aku tak suka. Aku lari pecut pergi ke lift dan turun ke parking basement. Nasib baik pakai sneaker kalau tak terseliuh je kaki aku. Ni antara kebaikan pakai sneaker so kurangkan pemakaian high heel sebab boleh mengundang terseliuh lepas tu susah nak jalan. Buang masa je beli.

《Lepas ni,  part tentang situasi Soowon jumpa bakal director dia dan bakal senior dia.》

Thank You, Awak !Where stories live. Discover now