♢Soowon POV♢
Sekarang panda sebelah aku dah tidur, kapal terbang pun dah stable. Jadi sekarang, laptop time. Aku terus tekan butang panggil crew kapal terbang ni.
"Boleh tak buka cabin ni? Nak ambil barang."
Sengaja aku buat suara perempuan sejati. Jantina crew tu agak sendiri. Terus dia buka cabin dan aku ambil beg MCM hitam aku. Keluarkan laptop, letak atas meja, bagi balik beg, terima kasih dekat dia, duduk balik, laptop time bermula.
"Nasib baik aku ada bawak broadband untuk laptop aku. Boleh skype dengan mak aku dekat Paris."
Dah lama tak call dia pastu baru-baru ni dia dah balik kat rumah tapi aku yang tak balik rumah sebab busy lah sangat. Lagipun, aku pickup dengan mak aku dengan majalah fashion dia. Aku ambil balik tote bag yang Tao bagi dan ambil album EXODUS yang Korean. Aku pasang earphone dekat laptop pastu masukkan CD EXODUS Ver. Tao. Mana tahu kalau nama aku kena mention dalam tu.
"Annyeonghaseyo! AB style, kungfu panda is here!"
Hatiku berdebar-debar apabila melihat muka Tao terpapar di skrin laptop aku. Makeup dia lagi, ahhhh. Hot nya dia ni! Dalam CD, Tao je ada sebab ni CD untuk album dia je. Aku melihat ke arah jam dan sudah menunjukkan 11 pagi. Sampai kat sana dah awal pagi, memang letih gila lah nanti. Aku terus hibernate kan laptop aku dan mengambil penutup mata. Aku memang tak boleh tidur kalau takde benda atas mata aku. Lepas tu, aku bukak lagu piano dengan earphone sebelum tidur.
Sedar tak sedar, aku bangun dalam flight semua gelap. Pastu aku tengok kat belakang, ada yang dah tidur nyenyak. Tao masa tu aku tengok tengah main telefon dia. Tambah lagi perut aku berkeroncong. Tao terus terkejut pastu mengurut dada dia.
"Kau baru bangun ke? Sekarang dah malam sebab tu gelap je. Sambung lah tidur."
"Aku okey je masalah nya perut aku. Lapar sangat." Aku menunjuk perut aku sambil mengusap. Macam orang mengandung pulak.
"Nah, hyung-hyung aku bagi. D.O, Suho hyung, Kris hyung dan Lay hyung bagi. Makanlah." Tao memberi beberapa paket makanan ringan kepada aku.
Aku terus memakan makanan ringan tersebut dengan berhati-hati. Taku bising bila aku bukak plastik. Tao menyambung bermain telefon nya. Lepas aku makan semua tu, aku terus sambung tidur.
(Narrator POV)
-Dlm kapal terbang-"Oi bangun lah. Tidur je kerja kau. Dah nak bekpes ni." Hyunwoo mengejutkan Soowon dan Tao kerana dia duduk di belakang mereka dua.
Tao sudah biasa dikejutkan jadi dia senang bangun manakala Soowon susah bangun. Tao menunduk sikit kepala nya untuk menerima kasih Hyunwoo.
"Bangunlah... Wahai saudariku sedarlahh... EXO Tao kejutkan kau ni..." Bisik Tao ke telingan Soowon.
"&*^#$/()@!@^&/$....!#$@&\|~¿¡... ( Jangan kacau aku tidur... Ngantuk ni.)" Soowon menolak muka Tao ke tepi.
"Aish, susah betul nak bangun kan dia ni. Hah, aku ada idea." Tao terus membiarkan Soowon tidur. Lantak kau ler nak bangun ke tak.
Hyunwoo dari belakang ketawa kecil ketika melihat Edision cuba mengejutkan Soowon.
"Sweet couple." Nyata Hyunwoo juga memikir mereka ialah pasangan.
Selepas itu, ada beberapa pramugari memberi makanan kepada penumpang. Tao meminta makanan untuk Soowon; American breakfast. Dia pula; Mashed Potato with Black Pepper Sausages. Apabila pramugari tersebut menghidangkan makanan di meja, Tao terus mengangkat pinggan Soowon ke muka Soowon. Tao tersengih melihat reaksi Soowon yang priceless.
"Foodie! Ittadakimasu!" Soowon terus tersedar dan mengambil pisau dan garpu.
"Pakai makanan baru kau sedar ye?" Tao menunjuk muka tidak puas.
"Kau cakap apa? Tak dengar." Soal Soowon sambil melihat makanan di hadapan nya. Tidak lihat pun muka Tao.
"Takde... Lupakan." Tao mencebik dan memakan makanan yang diminta tadi.
Soowon sempat membuka cerita di skrin hadapan dia. Tetapi, Tao menutup cerita tersebut.
"Pahal kau? Aku nak tengok, kau tutup pulak." Marah Soowon dan cuba membuka balik.
"Makan sambil tengok cerita tak elok. Cepat gemuk nanti, model kan kena jaga badan." Tao menepis tangan Soowon dengan lembut.
"Fine." Soowon mengalah dan menyambung makan.
Tiba-tiba ada pancaran kilat yang entah mana datang terpancar di tempat duduk mereka berdua. Tao dan Soowon menjeling kepada orang yang memancar pancaran 'kilat' tersebut.
"Ingat aku takut? Ni untuk majalah kelas kita nanti. Boleh jadi kenangan mana tahu korang rindu ke, boleh tengok balik gambar." Perli Jonghyun.
"Tunjuk kat anak ke... Korang kan dah kahwin. Bergaduh 24 jam macam dah pasangan kahwin tahu tak." Tambah Jonghyun sambil merakam gambar.
"Banyaklah kau punya kahwin. Kau tu bila lagi nak dapat girlfriend?" Soal Soowon sambil menendang kaki Jonghyun.
"Nantilah. Aku bahagia dengan camera aku. Mak bapak aku pandailah carik siapa perempuan malang tu." Jawab Jonghyun dengan mengusap kamera nya.
"Kalau kau dah kahwin, kamera tu bagi dekat aku. Aku nak jadi bahan aku nak wushu." Tambah Tao selepas mendengari perbualan Soowon dan Jonghyun.
"Aish, sama je kepala korang dua ni. Jahat dan KEJAM. Baik aku blah sebelum aku mati disebabkan koran dua." Jonghyun ketawa meninggalkan mereka berdua.
"Tu lah dia, kesan nak kenakan kita. Baik makan sebelum makanan jadu sejuk." Ujar Tao.
Mereka berdua terus menghabiskan makanan mereka. Selepas itu, tangan mereka sibuk dengan telefon mereka.
"Tak lama lagi kita nak sampai." Soowon melihat gps nya di telefon.
"Kau takde schedule ke? Aku ada, kena cari makanan untuk member aku." Soal Tao dengan muka serius.
"Aku mintak cuti and cuba tukar riak muka kau tu. Mintak penumbuk muka kau tu." Ugut Soowon sambil menumbuk lembut bahu Tao.
"Muka aku limited so aku takleh tukar. Dah aku nak pergi tandas." Tao terus melarikan diri.
Tao berhasrat untuk memberi kejutab kepada Soowon apabila mereka tiba di Los Angeles. Lagipun, EXO sudah merancang untuk memberi persembahan album baru mereka kepada Soowon. Sebab itulah, Tao menjadi bertenaga.
Happy Birthday to Hunhan. Sorry for late wish. Korang dah tengok tak drama 'EXO NEXT DOOR'? Best kan? Jeles dengan watak perempuan sebab dapat tinggal sebelah dengan EXO pastu dapat cakap-cakap dengan diorang. (Mode Fangirl)