Part 19

493 26 0
                                    

-LA-

Satu kelas Soowon dan Tao beratur mengikut ketinggian. Tao dan Soowon ialah orang yang tertinggi di dalam kelas jadi mereka adalah yang terakhir.

"Oi budak tinggi dua orang kat belakang dengar apa aku nak cakap." Jerit ketua kelas dengan megaphone dia tu.

Soowon dan Tao terus mencebik dan mengangguk menandakan mendengar.

"Okay. Sekarang Mingyeol tengah call driver kita so korang lepak lah dulu. Nanti jumpa dekat depan pintu masuk." Ketua kelas beredar diri dan menemankan Mingyeol yang asyik ulang alik kat dalam bilik lounge VVIP.

Soowon melihat sekeliling mereka dan semua ahli kelas mereka sudah lesap. Hanya beberapa orang sahaja berehat di lounge. Yang lain, sibuk merayap ke kedai.

"Jalan-jalan nak?" Soal Tao lalu dia membuat video call dengan ahli EXO.

"Kau okay ke muka camni? Kat sini kan ada fan Exo termasuk aku." Soalan dijawab dengan soalan.

"Aku okey je janji aku bahagia. Ok, hyung! Welcome to LA!" Soowon dan Tao melambaikan tangan mereka ke skrin telefon Tao.

11 orang lelaki berkumpul dalam satu bilik dan seorang yang berada di hadapan. Betul-betul depan skrin iaitu... Kris.

"Hyung, tepilah!! Kitorang pun nak jugakk!!!" Marah ahli lain. Kris hanya melekat di skrin tanpa bergerak selangkah pun.

"Okay hyung, jom kitorang bawak korang ke airport LA. Soowon hari ni jadi guide." Kata Tao manakala Soowon berlakon jadi chic woman.

"Yo! Korang! Sorry kalau tak layan sangat dulu sebab personal matters. So, hari ni I will be your guide. Harap faham bahasa Inggeris kalau tak faham, faham-fahamkan." Soowon berjalan mendahului Tao. Tao pula menunjuk hyung nya kedai-kedai di LA.

"Ini row kedai mahal. So siapa minat brand mahal, dipersilakan beli dekat area barisan ni. PAKAIAN sahaja!" Soowon menekankan ayat 'pakaian' supaya ahli EXO tidah salah faham. Telinga mereka susah dengar sikit bab detail ni.

"Jangan marah oi! Diorang tua so kita kena sopan. Termasuk orang tua depan skrin ni." Tao mengutuk hyung nya dan ahli EXO yang berumur 20s mula bising.

"Berani je dia ni kutuk hyung dia! Aish! OI PANDA!! OLD is Not my style! No no no! YAAA!!!! (Xiutansoo appears). Siap lah nanti bila dah sampai Korea." Dari Xiumin hingga ke Chen bising. D.O dengan maknae line semua ketawa.

"Senyap lah! Ingat ni circus bising? Ni dekat airport okay!" Marah Soowon dengan menunjuk taring nya.

"Dengar tu hyung. Senyap." Sokong Tao serta menunjuk skrin ke hadapan untuk menunjuk hyung-hyung nya kedai di lapangan terbang LA.

Soowon leka memerhati barangan sepanjang deretan kedai. Tao pula bergaduh dan berjenaka dengan member nya.

"Edison! Kau chat ngan siapa tuh?" Joon terus menyambar aku dari belakang.

"Takde!! Kau ni bagi aku terkejut. Kalau terkojol kat sini, siapa tanggung?" Tao menyorok telefon nya daripada dipandang oleh Joon.

"Kelas kita. Kau ni orang Cina, bahasa Korea bukan main lagi bagus sampai tahap tinggi. Siapa ajar kau?" Soal Joon dengan mencuba melihat rupa orang yang berbual bersama Edison.

"Manage--... Soowon yang ajar. Diakan professor bahasa." Sedikit lagi Tao tersasul lalu memuji Soowon untuk mengelak ditangkap.

"Yeker??? Cuba share sikit siapa kau tengah cakap. Aku pun nak tengok." Joon cuba menarik tangan Edison.

"Mana boleh... Ni privasi aku.." Elak Tao dan ahli EXO menjadi senyap apabila mengetahui keadaan sebenar.

"Kau kan kawan aku... Takkan takleh kut..." Joon merentap tangan Edison dan melihat telefon Edison.

"Oi Joon! Kau buat apa tu dekat Edison? Kau raba dia ek?" Soowon berlari ke arah Tao dan Joon.

"Tak ingin aku nak raba laki. Kalau aku homo,boleh lah aku raba. Aku ni lelaki normal, lelako sejati." Joon segera melepaskan tangan Tao.

"Dah tu, kenapa kau pegang tangan dia? Mata kau cakap lain tahu tak?" Soowon lalu tersengih melihat muka mahal Tao.

"Aku nak tengok siapa dia tengah cakap. Tu yang aku pegang tangan dia. Salah ke?" Bidas Joon.

"Salah di sisi undang-undang aku. Tu hak dia nak bagitahu siapa dia tengah cakap. Privacy, you know?" Soowon mula memberi ceramah. Memang pantang dia tengok orang kacau privacy orang lain.

"Yelah,yelah. Disebabkan kau crush aku, aku lepaskan. But ingat, aku ni jenis pickup cepat." Joon membuat dua tanduk di kepalanya dan beredar.

"Wow, garang nya Soowon! Tepuk tangan sekarang." Semua ahli EXO menepuk tangan apabila menerima arahan Suho.

"Whatever. Jom sambung." Tao memuncung kan mulut nya apabila Soowon bernada marah.

Soowon dan Tao berjalan bersama tanpa penerangan Soowon kerana EXO sibuk mencuci mata. Perasaan kekok mula muncul.

"Wahai setan-setan! Datang cepat kat lobby. Kereta dah sampai!" Meses dari ketua kelas, Jiyoon, berbentuk meses suara keluar dari telefon Soowon.

"Potong line! Hyung bai!! Oppa, annyeong!" Tao dan Soowon melambai tangan mereka ke EXO sebelum Tao memutuskan talian.

Lalu mereka berlari ke lobby dan semua classmates mereka tercungap-cungap kerana dipaksa berlari. 6 orang lelaki siap berpakaian kemas dan tegap berdiri tegak di setiap pintu pemandu limousine.

"Aku pecahkan korang ke group sekarang!" Beberapa langau mula buat suara.

"Shut up! Group ni untuk dalam kereta. Group 1, Jinwoo, Taeyeon, Min, Kwon dan Tosh. Masuk kereta Audi sekarang!" Arah Jiyoon dan lima orang tersebut berjalan longlai kerana berpisah dari rakannya.

"Group 2, Rin, Hyunwoo, Len, Hyuna, Myungjoon. Masuk kereta BMW." Rin dan Len berjalan dengan semangat kerana mereka adalah kembar.

"Apa ni? Diorang boleh masuk group sama mana adil!" Bentak Yoona, ketua Gediks girl, setelah rakannya Taeyeon, Min dan Hyuna memasuki kumpulan lain.

"Diorang ada sebab okay. Group 3, Yoona, Joon, Seungwoo, Haneul, Hyunkyu. Kereta Mercedes." Yoona berjalan dengan perasan cantik manakala empat orang lagi bergosip.

"Group 4, Hanna, Minho, Hyunjoong, Sojin, Hyeri. Masuk kereta Jaguar ." Mereka semua gembira dan berlari masuk ke dalam kereta.

"Group 5, aku, Kilee, Jimin, Seunggi, Yeonhee. Kereta Hummer." Empat orang tersebut masuk Hummer kecuali Jiyoon kerana hendak memberitahu ahli seterusnya.

"Group akhir, Soowon, Edison, Jongsuk, Jonghyun, Junghyun. Kereta Chevrolet." Jiyoon ketawa lalu memasuki kereta nya.

Soowon menendang semua kaki lelaki dan menjadi orang pertama menaiki limousine Chevrolet. Driver setiap limousine juga telah sedia untuk memandu ke hotel yang ditempah.

"Kita akan pergi ke Montage Beverly Hills. Semua yang tuan dan cik perlukan ada disediakan." Kata pemandy seakan bodyguard itu sebelum menutup tingkap yang memisahkan penumpang dan pemandu.

"Okay. Aku dikelilingi oleh lelaki." Ujar Soowon apabila melihat Tao dan JJJ siblings.

"Takpe aku jaga kau. Adik beradik J ni bahaya sikit." Tao bergerak ke sebelah Soowon.

"Sorilah sikit. Muka kau yang nampak bahaya sikit. So duduk kat sana." Soowon menendang badan Tao dan dia terduduk di sebelah Jonghyun.

"Yo, kita jumpa lagi. Amacam caller tadi siapa?" Soal Jonghyun.

"Boss hotel Montage Beverly Hills. Puas?" Perli Tao dan mengambil gula-gula yang tersedia.

Soowon hanya tersengih dan melihat yang lain. Jongsuk dan Jonghyun sibuk bermain dengan telefon mereka sendiri. Jonghyun mendegar Ipod nya selepas bergaduh dengan Tao. Tao masih lagi memakan gula-gula. Soowon memasang earphone dan mendengar lagu nya.

Thank You, Awak !Where stories live. Discover now