☆6.00 a.m☆
♢Edison/Tao POV♢Aku bangun secara tiba-tiba disebabkan mimpi yang tidak megenakkan. Manager hyung pada masa itu sedang menulis nota di dalam tablet.
"Hyung... Boleh tak tolong hantar pergi sekolah?"
"Eh, dah bangun. Jap, sekarang? Pergi sekolah?"
Manager hyung tercengang dan aku tahu kenapa. Jam menunjukkan tepat pada 6 pagi. Aku mengangguk mengiyakan kata hyung sambil menguap. Tiba-tiba hyung berdiri dan bercangkung di hadapan aku.
"Kau ni kena sampuk ke angau? Kalau kena sampuk terpaksa aku guna skill aku. Kalau tak, tolong sedar sebelum menggunakan kekerasan."
Aku berundur belakang untuk mengelak dibelasah oleh manager hyung sendiri. Aku tahu yang hyung mempunyai tali hitam di dalam taekwondo. Aku mengemaskan katil aku sambil menyakinkan hyung.
"Kalau tak pun, hyung bagi kunci kereta hyung. Aku akan drive sendiri."
Hyung terus duduk tegak. Selalu bongkok tiba-tiba tegak. Hyung memandangku dengan sinis. Macam ada apa-apa je kat muka aku.
"Tak silap-silap, kereta hyung yang hancur bukannya kau. Hyung pulak kena beli kereta baru."
Aku tersenyum kambing dan hyung terus menyiapkan diri. Aku cuba menanya hyung tapi hyung menunjuk muka nya ke arah bilik air. Ah, aku dah faham.
"Thank you, hyung. Sayang hyung~"
"Diamlah. Geli dengar awal pagi. Kalau ngan isteri ke awek ke best sikit. Ni muka... boleh la.."
Aku mendengus geram dan terus masuk ke dalam bilik air. Aku membersihkan diri dengan secepat mungkin. Selepas itu,aku merenung wajah aku dengan pantulan cermin.
"Aku harap kau tak ambik sangat ke hati. Anggap dia masih kawan kau. Tao, jiayou!"
Selepas itu, aku memakai baju uniform sekolah aku tanpa memakai tali leher. Sekolah ni tak kisah tentang fesyen janji ikut peraturan asas sekolah. Seluar aku pun dah dikecikkan sebab aku tak selesa dengan seluar besar. Selepas itu, aku memakai perfume Gucci yang dibeli oleh Kris atas paksaan aku dan jam aku pulak diberi oleh Suho disebabkan hari lahir aku. Kasut, beg dan fesyen semua menggunakan duit aku. Ada jugak hadiah daripada hyung-hyung.
"Oi, dah-dah lah tu tengok cermin. Tak berubah pun muka tu. Cepat ah!"
Muka hyung dah mula tunjuk muka boring lalu beredar pergi. Aku terus mengikut langkah hyung untuk mengelak dikenakan saman. Saman tu kena marah lah ataupun kena denda practice.
"Jangan buat bising. Hyung nak tenangkan minda. Kalau tak, hyung tinggalkan kau kat tengah-tengah jalan."
Aku dah masak dengan amaran hyung. Macamlah dia buat benda dia cakap tu. Janji 'najis' kucing. Kang cakap terus, biadab pulak. Bahasa Melambangkan Bahasa Kita kata kan. Aku terus memakai headphone Samsung S6 sekali dengan handphone dia. Well free gift daripada SM. Aku terus memainkan playlist lagu aku 'EXODUS'. Hari ni MV keluar jadi kena hafal tarian semua tu.
"Call me baby, call me baby, call me baby, call me baby..."
Mata aku tertutup tetapi tangan aku bergerak mengikut rentak lagu. Dengan perlahan, aku merasai diriku bergerak ke depan dan menjunam ke bawah. 'KEDEBUKKK!' Aku terjatuh di atas karpet van aku. Siapa kejam sangat tolak aku jatuh?
"OI PANDA! CEPAT AH!!! DAH SAMPAI SEKOLAH NI!"
Suara hyung sayup-sayup memasuki ke dalam gegendang telinga aku. Aku berlagak cool keluar dari van dan terus menerima tamparan kepala dari hyung.
"HYUNGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!"
"Apa hyung-hyung? Nah beg ni, pergi sekolah. Hyung kena balik ke SM sebab ada schedule baru untuk korang."
Aku mengusap kepala aku kerana bahang ditampar tu masih ada. Bahang sakit hati pun ada. Aku berjalan laju ketika pergi ke sekolah. Aku melihat jam tangan ku dan jam sudah menunjukkan 6:30 pagi.
"Harap cafeteria bukak, pagi-pagi ni. Harap tak kantoi."
Aku mempercepatkan langkah aku ke kantin sekolah atau cafeteria. Dalam perjalan aku ke kantin sekolah, aku ternampak sebuah kereta Lamborghini putih sedia dipakir di tempat parkir ibu bapa.
"Siapa kaya sangat ni sampai bawak kereta tu pergi sekolah? Hyung semua baru first time naik. Aku lak bawak Ferrari je tu pun untuk CF."
Aku mengomel sambil menjerling kereta putih itu. Dulik apa aku, janji perut aku kenyang. Sekali lagi, aku mempercepatkan langkah aku.
"Oh yeah, bukak pun cafeteria sekolah."
Aku dengan bahagianya terus pergi ke kaunter makan dan minum. Dengan muka ceria, aku memesan makanan dan minuman aku. Tak lama tu, pesanan aku sudah siap dan aku membawa ke meja panjang. Tiba-tiba aku ternampak dua kelibat yang aku kenal sedang duduk di meja hujung. Rancak mereka berbual. Mereka ialah Soowon dan Jaehyun. Tiba-tiba hatiku terasa sakit bagai dihiris.
"Nak tak join aku pergi New York nanti?"
"Buat pe? Bukan aku ada benda pun?"
Aku mendengar perbualan mereka sambil memakan makanan aku. Jadi diorang memang dah bercoulle lah ni? Sakot hati aku bila dibuat camni. Yang peliknya, kenapa Soowon tak pakai baju sekolah? Dia hanya pakai baju putih tanpa lengan dengan seluar pendek hitam. Takkan dia nak berhenti sekolah? Tak mungkin, ayah dia memang pantang kalau anak dia berhenti sekolah.
"Aku peduli apa, kau couple ke kahwin ke. Janji aku bahagia."
Aku mengomel dan mengvacuum makanan aku. Aku terus meletakkan bekas makanan dan minuman balik di kaunter tadi.
Aku terus meninggalkan mereka tanpa melihat belakang. Sekati korang ah buat apa. Ni bukan sekolah aku, buat apa aku halang? Pelajar perempuan dan laki pun dah datang.
"Dah pukul 7 lebih lah ni. Kalau tak buat apa diorang datang awal?"
Aku terus pergi ke kelas aku dan membuka lampu dan aircond. Buat apa pasang kalau tak pakai? Aku duduk di tempat aku dan mengambil telefon Iphone 6 aku. Nak update insta.
"Ni kalau hubungan kita tersebar, apa fans kau buat?"
"Aku rasa diorang attack kau kut. Masa tulah, aku muncul jadi hero kau. Nanti ada berita keluar cakap 'Ahn Jaehyun adalah seorang model yang baik hati'."
Aku terdengar suara Jaehyun dan Soowon di luar kelas. Aku kat sini, kau datang. Kau kat situ, aku terserempak ngan kau. Takde tempat lain ke nak dating? Depan aku jugak kau nak.
"Banyaklah kau punya hero. Nanti aku buat persidangan. Kau ni actually nak title je."
"Well, tak sangka pulak kau tahu tujuan aku. Kau stalk aku eh?"
"Please la. Tak HINGIN aku. Dah la perasantan, bajet hensem. Aku rasa kucing jantan kat luar tu lagi hensem."
Aik, Soowon, sejak bila taste kau suka dekat kucing? Kau ni okay ke tak? Jap, jap, Soowon kan bukan artis, macam mana dia boleh buat persidangan? Eh, dia boleh buat sebab dia anak orang terkaya. Boleh jadi gak.
"Hancur maruah aku kena bezakan dengan kucing. Kucing tak pakai produk kecantikan pun banyak orang suka. Kenapa dunia ni kejam?"
"Kalau dunia tak kejam, macam mana kau nak sara hidup? Aku kena kejam gak baru kau tahu maksud hidup. Bukan macam kau, manusia bertopengkan kambing."
Sejak bila ada peribahasa tu? Cikgu aku tak pernah bagitahu. Hyung pun sama apatah lagi manager hyung. Mereka tiba-tiba memasuki kelas dan tidak sedar akan kehadiran aku. Diorang berdiri di tempat cikgu.
"Ouch, kau cakap aku ni kambing? Muka hensem-hensem ni, kau cakap tak hensem? Kau ni buta ek? Ke tak nampak kehenseman aku sebab malu?"
"Taste aku macam dia. Tapi dia patahkan hati aku jadi aku move one. Dia masih lagi taste aky dan aku harap dia still terima aku."