Part 13

669 36 0
                                        

-Narrator POV-

°SMEnt°

Tao sekarang mula tidak bercakap banyak. Hyung- hyung dia mula risau akan perubahan Tao secara mendadak. Ketika hyung nya mengajak makan, dia hanya mengambil makanan lalu duduk di hujung.

"Aku risau lah tengok Tao tu. Dahlah diorang gaduh teruk tadi. Sampai menangis Soowon dibuatnya. Dahlah Tao ni crybaby dan sensitive."

Suho memandang ke arah Tao. Xiumin, Kris dan Luhan berkumpul di Suho manakala yang lain menbuat kerja sendiri. Ada yang tidur, ada yang makan dan ada yang jadi gila.

"Tak pernah dalam hidup aku tengok Tao sedih macam ni. Masa aku kat hospital pun dia okay."

Kris berkata sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Xiumin hanya mendiamkam diri. Luhan pula mengeluh kuat apabila melihat imej Tao di cermin.

"Kita kena buat sesuatu tapi sekarang kita tak boleh buat apa-apa sebab tak lama lagi comeback kita. Sekarang kita hanya pujuk Tao supaya dia tak sedih sangat. Nanti kita buat plan untuk buat Soowon dan Tao sama-sama."

Suho cadang supaya Tao tidah bersedih lagi demi peminat. Dia juga takut jika Soowon diserang oleh saseng fans jika perkara ini diketahui oleh Exo-L.

"Aku risau dengan masalah nya ni. Tadi aku nampak Soowon kena bawak ngan sorang lelaki manlier daripada Luhan. Muka Soowon macam merah semacam je."

Kris cuba untuk membuat Luhan marah tetapi malangnya, Luhan cuba membuat muka kiut. Kris merapatkan muka nya ke muka Luhan.

"Betul gak. Oi korang, sudah-sudahlah tu. Kang aku tolak, korang terkiss pulak. Boleh masuk berita tu. Tajuk utama 'Kris dan Luhan EXO adalah GAY?"

Suho akhirnya berjaya membuat Xiumin ketawa. Yelah, Xiumin asyik termenung je. Dahlah muka macam G-Dragon dari tepi. Nasib baik nama keluarga Kim, kalau tak memang ada kemungkinan yang diorang ni adik beradik.

"Kris yang buat hal. Lagi satu kalau masuk berita, bagitahu reporters nanti penyebab kiss adalah disebabkan seseorang bernama Kim Joon Myeon atau lebih dikenali Ramyeon telah menolak kepala kami. Dengan tidak tersengaja, kami terkiss."

Luhan dengan panjang lebar mengenakan Suho. Sekarang kau lak kena. Kris sudah menyokong ayat Luhan sambik high five. Xiumin menahan ketawa nya untuk mengelak dikenakan hukuman oleh Suho nanti.

"Banyaklah kau punya Ramyeon. Kalau lapar pun tak payah lah pakai nama aku. Aku tahu lah nama aku ni HOT kan~"

Tiba-tiba semua ahli EXO berhenti membuat kerjanya kecuali Tao. Semua orang memandang Suho kecuali Tao. Suho sudah merasa dirinya kecil.

"Hyung, kalau nama hyung HOT pun, takde orang nak ambil tahu. Takde siapa ambil kisah nama hyung kecuali fan. Tapi rasanya diorang cari nama asal kita semua. Jadi tak payah nak perasan HOT sini eh?"

Baekhyun dan Chanyeol atau lebih dikenali Baekyeol, mengenakan Suho dua kali ganda daripada Luhan. Ohoho,kena kaw -kaw Suho hari ni.

"Xiumin, camnilah rasa dia bila dah kena bash ngan member sendiri. Rasa nak cekik je diorang ni."

Xiumin hanya mengangguk-angguk kepala mendengar rintihan seorang leader kepada kanak-kanak tidak matang. Xiumin sempat mengambil sekilas pandangan ke arah Tao dan dia sedang meneliti satu gambar. Mungkin gambar Tao dan Soowon.

"Weyh korang! Jomlah balik, hyung dah tunggu kat bawah."

Sehun memanggil hyung-hyung yang suka membuang masa untuk turun ke bawah. Disebabkan pergerakan hyung nya perlahan, dia terdahulu menaiki van hitam legam.Van itu versi limousine so banyak orang boleh masuk. Seorang demi seorang menaiki kereta tanpa berasa bersalah. Tao ialah orang yang terakhir menaiki van. Dia masih lagi bermuka masam dan tidak berkomunikasi.

"Sori lambat! Hyung pergi tandas tadi, tak tahan!"

Manager EXO menaiki kereta dan meminta maaf dan menceritakan tentang masalah peribadi. EXO mula menguap untuk menutup telinga daripada mendengar cerita yang kotor.
"Kuang ajar seyh! Suho, cuba ajar diorang tentang disiplin ngan adab."

Suho hanya mengangguk kepala kerana begitulah personaliti manager hyung EXO. Mulut takleh berhenti. Pot-pet-pot-pet je kerja.

"Lagi satu, MV korang akan dipublish esok. Pukul 11 pagi so be prepare sebab nanti korang nak buat comeback stage."

Sekelip mata, van EXO dah macam tempat orang kena rasuk. Semua menjerit gembira kecuali Tao. Dia hanya senyum sahaja. Sehun pulak tak habis- habis dengan 'Yehet! Ohorat!' dia. Line Vocal paling kuat menjerit kecual D.O sebab dia jenis yang pemalu katakan. Chanyeol yang suka mengacau Tao tiba-tiba menjumpai seekor lipas getah. Tao tidak menunjukkan sebarang reaksi kecuali tunjuk muka blur. Chanyeol mula berasa takut dan mula bisik kepada Baekhyun.

"Kkaebsong! Ireona kkaebsong! Tao, sedarkan diri!"

Baekhyun menjerit dan Tao masih tidak menunjuk sebarang respons. Lalu, Baekhyun membisik telinga Lay. Lay pula menunjuk muka poker face. Lalu, dia membisik telinga Kai. Kai menoleh belakang dan melihat muka Tao dan membisik telinga D.O. D.O menjerling ke muka Tao dan tiada respons. Masalah serius ni! D.O membisik ke telinga Sehun. Sehun menjongket bahu dan membisik telinga Luhan. Luhan menggaru kepala yang tidak gatal, lalu membisik telinga Xiumin. Xiumin mendiamkan diri dan terus membisik Kris.

"Not my style."

Pendek dan ringkas. Itulah stail Kris. Kris membisik telinga Suho dan terus mendengar lagu. Kan dia cold man. Suho tercengang dan membisik telinga manager.

"Pahal korang bagitahu aku benda ni pulak? Lagi satu, korang ni buang tabiat ke? Sorang bisik ni, pastu bisik orang lain. Tao ni first time dia tak tidur masa nak balik dorm. Dia tu dah kenapa?"

Semua orang melihat muka Tao kecuali managaer diorang. Kalau tak, camne nak bawak kereta? Tao terus memakai headphone nya dan tidur.

"Hyung tak pelik ke ngan hyung tu?"

Sehun menanya Luhan dan Luhan hanya senyum. Tidak menjawab soalan Sehun. Biasalah permulaan zaman percintaan. Lagipun, diorang masih budak jadi diorang tak tahu sangat tentang cinta.

"Aku tengok kat atas kepala Tao tu... Dah ada awan mendung pastu hujan. Ada kilat lagi. Hujan lebat!"

Suho merengek dekat Kris dan Kris menolak kepala Suho. Tension dibuatnya! Dahlah leader pastu berlakon macam maknae pulak. Lagi satu berlagak kiut lak tu!! Nak muntah rasa.

"Dah,dah lah tu. Kita dah sampai kat dorm ni. Lagi satu, hyung nanti sms kalau MV dah keluar. Kalau nak keluar, ingat menyamar ataupun mintak Baekhyun buat makeup. Dia kan terrer bab-bab tu."

Tanpa disedari, mereka telah sampai di destinasi mereka. Mereka keluar daripada van seorang demi seorang. Dah macam rutin seharian. Selepas EXO memasuki lif, barulah manager EXO pergi ke syarikat SM. Di dalam lif pulak, dah macam pasar malam. Macam-macam jenis bunyi keluar. Lalatlah, itiklah, monyetlah, cengkerik pun ada. Selepas mendengar semua jenis bunyi haiwan,akhirnya mereka sampai di dorm mereka yang 2 tingkat.

"Hari ni, kita rehat. Kalau nak makan order je dari kedai sebab D.O mungkin nak rehat. Jangan buat bising terutama Baekhyun. Pakai earphone lebih baik kalau tak nak tutup pintu bilik. Mandi jangan lama sangat."

Suho berpesan sebelum melangkah masuk ke dalam dorm mereka. Apabila Suho membuka pintu, semua orang serbu masuk. Dah macam kereta F1, laju sangat diorang gerak pergi bilik diorang. Suho melelapkan mata di dalam ruang tamu manakala Kris berehat di kerusi urut. Baekhyun, Chanyeol dan D.O masuk bilik Chanyeol. Lay masuk bilik dia sendiri sama jugak macam Xiumin. Sehun, Luhan dan Chen masuk ke dalam bilik buku ataupun bilik komik. Tao dan Kai masuk bilik sendiri. Kai mungkin nak tidur sebab letih. Tao pulak mungkin tidur sebab letih menangis dalam hati.

Thank You, Awak !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang