Part 22

474 20 1
                                    


Sementara di Korea, ibu bapa Soowon sedang membuat mesyuarat di antara boss Esteem dan SMent. Jaehyun juga turut sertai tetapi dia tetap tenang walaupun Soowon ialah tunangnya kerana...

"Lee Soo Man, thank you sebab lahirkan artis yang berjaya tetapi saya tak suka dengan pengurusan pembantu tuan. Kim Young Min." Ujar bapa Soowon, Kim Hyun Soo. Kim Young Min terus menjerling Hyun Soo.

"Thank you sebab pujian tetapi sudah beberapa kali saya dengar anak-anak saya terminate kontrak diorang semenjak Young Min ganti saya." Keluh Sooman sambil berkerut.

"Maafkan saya sebab tak jaga Kim Soowon dengan baik." Mohon bos Esteem dengan penuh kesal.

"It's okay. It's not your fault. Tetapi saya memang tak suka dengan pengurusan syarikat SM." Marah ibu Soowon, Park Tae Won.

"Youngmin, saya nak tuan telefon Tao pastu telefon siapa yang buat rumour ni." Arah Hyunsoo dengan tegas.

"Awak pulak, cuba telefon Emily. Dia tu sensitif sikit." Arah Hyunsoo kepada isteri nya.

"Jaehyun, tolong cari Emily. Dia ada school trip dekat Hollywood. Nanti PA daddy tolong. Tuan okey kan?" Ujar Hyunsoo sedikit lembut.

"Saya okey demi tuan. Lagipun, Kim Soowon permata kami dan permata tuan." Setuju bos Esteem.

"Okay sekarang. Saya akan tunggu statement dari Esteem dan SMent. Kalau ada benda lain jadi, saya tak akan teragak-agak untuk saman. Dah jom Jaehyun, hon." Ugut Hyunsoo sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.

Jaehyun menunduk hormat dan dia terus ke kereta. Dia mendail manager nya untuk menempah tiket untuk ke Hollywood. Lalu, dia memandu ke lapangan terbang tanpa mengemas baju.

"Jaehyun! Nah, ni tiket, flight dalam sejam lagi. Hyung kena pergi tempat lain sebab ada masalah. So nah pakai ni." Ujar manager Jaehyun dengan tercungap-cungap sambil memberi penutup mulut dan cermin mata hitam.

"Okay, hyung. Bye." Kata Jaehyun dan melambai tangannya.

Jaehyun segera ke imigresen dan menuju ke tempat menunggu. Di dalam kepala nya penuh benda difikir. Soowon seorang yang susah ditentu kan. Beberapa kali Jaehyun cuba menghubungi Soowon tetapi malangnya, Soowon tidak menjawab.

-Soowon POV-
Aku hanya melihat gambar aku dan Tao di pantai. Bersama dengan logo hati yang dibuat bersama Tao di pasir. Tiba-tiba setitis air membasahi pipi aku.

"Where are you Tao? EXO kata kau nak pergi China sekejap tapi takde pun." Rajuk aku dan sedikit kemarahan memnuncak di dalam dirinya.

"Argh! Depression, please lah jangan datang lagi. Cukup lah masa aku sekolah menengah dulu terseksa." Aku mencengkam comforter katil untuk menahan kesakitan di hatiku.

Telefon aki sudah beberapa kali bergetar. Sama ada panggilan dari reporter ataupun Jaehyun. Tiba-tiba idea muncul dalam fikiran aku. Aku terus mengemas pakaian dan barang-barang ke dalam beg. Usai mengemas, aku pergi ke bilik Jiyoon untuk membincang sesuatu.

"Jiyoon-ah. Aku ada benda nak bagitahu kau." Ujar aku apabila memasuki biliknya.

"Soowon. Aku dah baca berita kau dengan Ed. Kau okay ke tak ni? Oagi tadi dia send aku meses yang dia nak balik. Dia ada cakap apa-apa ke dekat kau?" Soal Jiyoon sambil membawa aku duduk di katil nya.

"Jiyoon. Aku rasa aku nak balik lah. Takpe ke?" Aku terus menukar topik tanpa menjawab persoalan Jiyoon.

"Balik lah. Nanti kau bagi balik baki duit kau dekat bank." Jawab Jiyoon.

"Thanks." Aku terus memeluk nya dan berjalan keluar.

"Soowon. Nah, jangan sedih lagi." Jiyoon mencampak lolipop kepada aku dan aku tersengih.

Thank You, Awak !Where stories live. Discover now