Part 12

716 34 0
                                    

▪Soowon POV▪

-Dalam Kereta-

"Kau ni dah kenapa? Muka masam je. Dahlah tadi muka merah macam baru lepas nangis."

Jaehyun cuba menanya situasi aku tapi aku hanya mendiamkan diri. Peristiwa yang paling pahit dalam hidupku.

"Okay, aku faham kau ni sedih tapi tolong bagitahu dekat aku. Baru aku boleh tolong kau."

Tiba- tiba bunyi yang pelik keluar dari perut ku. (Burung gagak lalu) Jaehyun melihat ke muka aku dengan senyuman sinis. Apa pandang-pandang?

"Kau lapar ke? Jom singgah ke restaurant aku paling suka."

Aku hanya sekadar mengangguk. Tiada kuasa untuk menolak selepas menggunakan seluruh tenaga aku untuk menangis. Kenapa semua ini berlaku semasa aku hendak debut menjadi model?

-Restaurant De Lulli-

Selepas menyuruh Jaehyun order makanan, aku hanya termenung ke arah tingkap. Sedangkan aku sepatutnya sedang berlepak dengan ahli EXO. Inilah hidup aku...

"Okey bagitahu aku perkara sebenar. Aku taknak kau pendam nanti kau stress."

Aku mengeluh apabila memikirkan balik. Jaehyun berpindah tempat ke sebelah aku.

"It's fine. You have me. I'll be your right shoulder."

Aku mengalah dan menceritakan dia perkara sebenar dari a hingga z. Dia hanya menumpukan perhatian tanpa berkata apa-apa. Mata ku sudah berair apabila menceritakan kisah tersebut.

"Aku tak sangka pulak dia sanggup buat macam tu. Disebabkan kau dah cerita semua benda tu, kau kena lega sebab ada orang yang boleh dengar."

Aku hanya mendiamkan diri tanpa mendengar Jaehyun. Pada masa itu, makanan pun telah dihidangkan. Jaehyun telah beria-ria untuk menjamu selera.

"Okay, Emily. Lupakan dia, lupakan sejarah kau dan dia, lupakan semua tentang dia. Kalau kau minat dia dalam Exo, anggap dia macam kau tak pernah jumpa dia. Kalau dia tegur kau kat sekolah, jangan layan... Sekarang makan."

Jaehyun meletakkan sepinggan Lamb Chop dihadapan aku. Pergh, macam sedap je ni. Dengan perasaan tidak tentu arah, aku menganbil pisau dan garfu, dan mula makan dengan mata berair. Jaehyun memandang aku tanpa ku sedari. Dia berasa kesian akan Soowon kerana menghadapi cabaran paling susah.

"Dah,dah... Jangan nak sedih sangat. Benda dah lepas, nak buat macam mana? Jangan ambik hati sangat."

Jaehyun cuba memujuk ku dan aku sambung makan tanpa bercakap. Aku sekarang bagai robot hidup. Tiada ekspersi muka, percakapan. Hanya tangan sahaja bergerak. Itupun kalau nak makan. Bila aku habis makan, Jaehyun sudah melihat aku dengan muka poker face.

"Cakaplah... Boring lah kalau Soowon yang lama hilang."

Aku tetap mendiamkan diri. Telinga bagai dah ditutup dengan kapas. Semua suara tidak dapat didengari. Tiba-tiba tangan ku direntap kasar dan kelibat Jaehyuns sudah disebelah aku.

"Aku tak suka kalau aku sorang je cakap. Kalau macam ni, pergi tempat lain lah."

Aku hanya mengekori langkah Jaehyun. Jaehyun membayar makanan kami di kaunter dan selepas itu, kami menaiki kereta. Dalam kereta pulak, senyap. Takde sorang pun cakap. Hanya radio sahaja menemani. Aku sekadar melihat pemandangab luar manakala Jaehyun bersiul mengikut rentak lagu. Tiba-tiba, lokasi yang aku kenal berada di depan. Tempat yang penuh memori L Theme World.

"Jom. Kita buang stress kita dekat sini. Lagipun, kita dulu masa kecik je pergi sini. Pastu takde lagi dah..."

Jaehyun berkata sambil membuka pintu ku. Aku tidak melihat mukanya tetapi melihat bangunan besar dihadapan aku. Aku akhirnya tersenyum dan Jaehyun tepuk tangan.

Thank You, Awak !Where stories live. Discover now