Part 16

574 30 2
                                        

○Jaehyun POV○

Saje je buat surprise untuk dia sebab dia kan rookie. Rookie ke tak, dia wajib masuk Seoul Fashion Week nanti. Nanti ada photoshoot untuk BAZAAR, ESteemTV, Seoul Fashion Week. Banyak lagi kena jadi model.

"Soowon, tukar baju sukan ni dekat van hitam tu. Pastu datang balik kalau tak tanya Jaehyun."

Staff perempuan bagi baju tracksuit dekat Soowon. Dia pulak muka poker face, tak faham pun apa staff tu cakap. Aku terus tolak Soowon ke van hitam yang dikhaskan untuk tempat rehat, tukar baju ngan makan. Multi-Purpose Van bak kata oran putih.

"Tukar baju cepat nanti boleh balik jumpa mommy daddy. Nak bagitahu yang kau ni akan sibuk dan susah nak balik rumah. Dah cepat tukar!"

Aku membuka pintu van tu dan tolak Soowon masuk. Kau buat la apa dalam tu, aku taknak masuk. Kang ada orang fikir lain. Aku pergi ke kawasan staff dan duduk di kerusi yang disediakan.

"Jaehyun, taknak join ke? Selalu join, pantang tengok photoshoot terus nak join."

"Tengoklah dulu. Diorang kan rookie, nanti diorang kekok lak posing ngan senior."

Aku sambung melihat pemandangan sekolah. Boleh tahan gak sekolah ni... Dan aku ternampak satu kelibat yang bergerak macam ular. Laju je gerak.

"OI MINAH! SINI AH!"

Soowon terus lari ke arah aku bila aku malukan dia. Hohoho, mata dia dah berapi... Bahaya nih! Kena carik benda nak protect kan diri ni! Aku cepat-cepat pergi ke tempat aksesori. Carik benda yang boleh protect diri aku kena korban lagi bagus daripada sembunyi.

"Ah, Soowon! Alang-alang dah siap, jom kita mulakan sekarang!"

Staff perempuan terus menarik tangan Soowon. Phew, selamat aku. Aku berdiri macam biasa dan BANG! Aku bertentang mata dengan pembunuh bersiri. Dahlah mata berlaser campur lagi aura api kat belakan badan tu, menyeramkan...

~~SKIP~~

Habis jugak photoshoots ni. Dahlah panas,aku pulak jadi mangsa tengok model rookie okay ke tak. Hidup, hidup... Kan best kalau aku jadi boss. Boleh lah aku relax sekarang. Dahlah masa photoshoot, ada fangirl menjerit dan ada fanboy yang jadi pervert sementara. Tenung je model perempuan. Aku tahu nafsu lelaki sebab aku lelaki bukan perempuan. Diorang ada mimpi 'tu' jadi diorang ketagih kalau boleh control, tahniah.

"Oi pondan! Cepat ah! Aku nak balik kelas ni. Dah masuk waktu kelas Korean dah ni. Aku tak nak ponteng."

"Aku ni lelaki sejati bukan pondan. Sekali je kut takkan takleh ponteng?"

"Tu kau, aku lain. Dah balik sekarang, aku nak balik kelas. Bai!"

Soowon berjalan laju menuju ke kelasnya. Aku? Ikut jelah langkah kaki dia. Kalau dia pergi ke tandas, aku tunggu kat luar. Kalau dia makan, aku makan jugak. Kalau dia balik kelas, aku join sekali.

"Waa, tak sangka ada orang hensem lagi kat sekolah ni!! Sekolah ni memang laki hensem-hensem ke?"

Aku mendengar dua orang perempuan yang menjerit kecil di belakang aku. Perempuan kat sekolah ni memang suka menjerit ke? Nasib baik jerit suara cantik, kalau tak nak je ambik tekak tu, buang. Aku hanya jalan tanpa menoleh belakang. Sombong kan aku? Lalu, aku tiba di hadapan kelas di mana Soowon masuk.

"Ni ke kelas minah ni? Tak sangka dia ni kelas first."

Aku berhenti dan berdiri di luar kelas. Dia kan Einstein kedua lepas tu dia ni setan kedua dalam hidup aku. Kalau ngan orang lain, dia ni jadi setan ke tak?

"Join je lah kelas. Sehari je pun."

Aku masuk ke dalam kelas Soowon dengan muka selamba badak. Cikgu yang dalam kelas tu pun terkejut. Perempuan dalam kelas ni, takyah nak cakap. Terus menjerit macam dolphin.

"Ye, boleh saya bantu? Setahu saya, awak ni yang diri depan ngan Soowon."

Aku tunduk hormat sebagai tanda menhormati. Takkan nak terus tanya? Aku ni ada adab walaupun sifat aku ni... sadis.

"Saya nak join lah kelas ni sebab saya tak tahu nak buat apa lagipun Soowon kan belajar kat sini. Jadi apa salah nak join?"

Pergh, baik gila ayat aku. Belit lidah aku cakap saya. Soowon lak dah mencebik tambah lagi budak nama Edision atau Tao duduk sebelah dia. Romanti DO~~.

"Yelah, duduk dekat sebelah Hyunwoo. Kawan dia cuti sebab ada bussiness trip."

Aku angguk dan tunduk hormat. Terus aku pergi ke tempat yang disuruh cikgu. Macam perempuan lak aku tengok budak ni.

"Hai! Nama aku Lee Hyunwoo. Nama kau takyah bagitahu sebab spy dalam kelas aku dah bagitahu satu kelas."

Aku tercengang. Apa yang budak cakap ni? Spy? Mana datang spy tu?

"Spy? Siapa diorang?"

" Nampak tak minah-minah yang pakai makeup tebal tu? Lipstick merah macam darah, mata gelap macam kena tumbuk je. Diorang lah spy."

Aku mengangguk sambil melihat 'spy'. Macam gedik je muka diorang. Pengawas tak tahan ke? Eh, lupa... Sekolah ni anak murid yang punya jadi cikgu takde hak nak sentuh peraturan. Sian ko cikgu.

"Nah bukak web ni, web tu buku teks for subjek ni."

Hyunwoo memberi kertas kepada aku dan aku membukakan web menggunakan telefon. Best jugak sekolah ni. Tiba-tiba seorang perempuan ambil tempat cikgu.

"Korang! Tahun ni kita last year kat sekolah ni so aku plan nak pergi Jepun. Ada siapa nak cadang tempat lain?"

Sah dia ni ketua kelas. Tapi biar betul, class trip pergi Jepun. Orang biasa selalu pergi Busan, Incheon, ni lain lak.

"Aku! Pergi London!"

"Aku! Paris. Aku ada hotel kat sana."

"Italy! Ada fashion show nanti."

"Italy jugak sebab kat sana hotel best!"

Aku tercengang. Korang ni apa sebenarnya? Semua nak luar negara, dahlah tu kos tinggi. Kalau aku nak pergi pun,mintak boss aku bayar. Ni dah kaya tahap gaban. Pastu ada tangan familiar naik. Soowon lah tu.

"Los Angeles ataupun Hollywood."

"Okay jugak tu Soowon. Lagipun kita semua tak pernah pergi sana. English kita pun hurm tahu tahu lah. Soowon boleh la tolong kita."

Aku melihat reaksi semua orang dan semua setuju. Tapi masalahnya, tempat yang Soowon cadang dua. So kena pilih or diorang nak pergi dua-dua. Diorang kan kaya...

"Antara Los Angeles dan Hollywood, korang pilih mana?"

"DUA-DUA!!!!!!"

Uish, tak pernah aku jumpa kelas macam ni. Cikgu pun dah keluar awal-awal. Setiausaha kut yang duduk dekat meja hujung catit dekat telefon dia.

"Disebabkan korang nak pergi dua-dua, kita kena kutip 3.5 juta sorang. 26 orang kecuali Jaehyun dan Sanghyun, total semua 91 juta. Korang tahu kan account bank kelas kita? Masuk duit dalam tu je."

Aku totally poker face. Ni sekolah ke syarikat? Buat kali pertama, telinga aku dengar yuran pergi jalan 91 juta. Dulu takde pun camni yuran. Pastu semua orang hanya angguk dan meses lawyer diorang. Soowon dan Tao pun join. Tak sanggup aku masuk sekolah ni. Gaji aku pun baru 10 juta. Aku kan masih budak lagi.

"Yang 3.5 juta ni termasuk apa? Bila pergi?"

Ada lah sorang budak ni tanya apa guna duit tu. Kau rasa apa?

"Untuk hotel, kitorang pilih hotel 5 bintang dan bilik maybe VIP kalau ada. Pastu kita pergi jalan-jalan pakai kereta syarikat Mingyeol, iaitu penolong aku! Maybe lepas Soowon habis show dia. Seminggu lepas tu."

Semua orang menjerit sokong budak nama Mingyeol. Mentang-mentang kaya, korang enjoy eh. Siap nanti kalau aku jadi model berjaya, gaji aku meningkat jadi 150 juta dollar nanti. Kalau tak pun billion.

"Maybe aku akan bagi tiga limousine MPV untuk kita semua. Warna hitam okay, tinted pun hitam. Girls, takyah nak risau ngan SPF."

Giliran perempuan lak menjerit. Nak cakap kali pertama pergi macam susah je. Haish, budak kaya- budak kaya. Memang menyakitkan hati!

Thank You, Awak !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang