Sei [6]

781 51 7
                                        

Kaki aku lajukan ke tempat letak kereta. Sesekali aku melihat jam ditangan aku. Sudah hampir jam 12 malam. Segera aku, Elisha dan Kaira masuk ke dalam kereta dan bergerak pulang.

"Vy, cepatlah sikit drive tu.. aku takut mummy aku call sat gi naya kita ni"Kaira sudah mula cemas.

"You duduk diam boleh tak. I dah habis laju dah ni"aku turut cemas. Itulah, lama sangat duduk dalam kedai buku sampai tak ingat jam.

Kami terhenti di lampu isyarat merah. Sesekali aku mengerling jam ditangan. Lagi satu minit ke jam 12. Tangan aku sudah mula mengetuk-ngetuk stereng kereta sambil melihat lampu isyarat yang masih lagi merah.

"Ish! Ni sampai bila nak merah ni! Dia tak tahu ke yang kita ni tengah dalam kesulitan. Haih! Bikin panas betul lampu isyarat ni"bebel ku memarahi lampu Isyarat yang tidak bernyawa itu.

Sebaik sahaja lambu bertukar hijau, terus aku menekan minyak. Berdesup kereta kontot aku memecut. Nasib tak accident. Tuhan masih memberi aku peluang untuk bertaubat. Ceh..

Pomm!!

Tiba-tiba terdengar satu bunyi letupan. Kereta aku mula menonong. Aku memperlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan. Elisha dan Kaira sudah menjerit mendengar bunyi seperti letupan tadi.

"Babe.. bunyi apa tu.. I takut.."tutur Elisha ketakutan.

"Kejap . Biar I pergi check"ujar ku. Tangan aku memegang tangan pintu. Baru aku mahu membuka pintu, Kaira menghalang aku.

"Hey! Hang tok sah buat berani boleh tak? Bahaya. Dahlah jalan ni sepi. Sat gi ada orang macam hari tu mampuih kita ni.."tutur Kaira takut.

"Ish! Tak ada apalah. I just nak check. Mana tahu terpijak apa-apa ke". Aku melangkah keluar dari perut kereta.

Elisha dan Kaira sudah mengomel akan tindakan berani aku. Aku menoleh ke kiri dan kanan. Sepi. Tiada kereta yang lalu lalang. Iyalah.. dah jam 12 malam. Memanglah sepi. Aku mengintai-intai pada bahagian bawah kereta. Tiada apa yang tak kena. Mata aku jatuh pada tayar belakang sebelah kanan. Aku mengeluh geram.

Aku mengorak langkah ke bahagian pemandu. Tingkap aku ketuk. Elisha yang berada didalam menurunkan tingkap.

"Why?"tanya Elisha.

"Tayar meletop. I think terkena paku kut"jawab ku.

"Habis tu macam mana ni?"tanya Kaira pula.

"Call mummy you lah"ujar ku menggaru kepala.

Dengan keterpaksaan, Kaira mendail nombor mummynya. Terpaksalah dia hadap leteran dari mummynya.

"Mummy..."

Aku meliarkan mata ku memandang sekeliling. Manalah tahu ada kereta yang lalu lalang. Boleh minta tolong. Aku tahu je nak tukar tayar ni, but.. biasalah perempuan, dalam keadaan macam tu manalah nak berfikir dengan waras. Sebab terlalu panik.

Tiba-tiba aku ternampak akan satu kereta hitam. Seperti pernah ku lihat kereta itu. Laju sahaja kereta itu mengdekati kereta aku. Mata ku membulat, terus aku masuk ke dalam kereta dan pintu aku kunci.

Elisha dan Kaira turut tertanya apabila melihat aku begitu takut dan panik.

"Vy, kenapa?"tanya Elisha.

"I nampak.. ada kereta yang.. sama waktu I kena tangkap.. haritu"kata ku tersekat-sekat. Jantung aku berdegup laju. Selaju larian Usain bolt.

"Hah?! Habis tu kita nak buat macam mana ni?!"Elisha mula panik.

"Relax-relax. I dah kunci kereta"kata ku. Aku menoleh ke belakang. Terlihat kereta hitam itu memberhentikan kereta betul-betul di belakang kereta aku.

"Weh!! Dia berhenti belakang kereta lah!"kata ku ketakutan.

"Arghh!!"Elisha dan Kaira menjerit ketakutan.

Dada aku berombak laju. Aku cuba untuk kekal bertenang dan mengharap agar pemilik kereta itu bukanlah lelaki yang cuba menculik aku tempoh hari.

Aku memandang cermin pandang belakang. Aku mendapati beberapa orang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng putih keluar dari kereta. 

"Girls tunduk!"arah ku.

Elisha dan Kaira segera menundukkan badannya begitu juga aku.

"Vy.. I takut.."tutur Elisha berbisik. Bergetar suaranya menutur kata. Dapat aku lihat Elisha mula mengalirkan air mata. Begitu juga Kaira yang duduk di bahagian belakang.

Prang!! Prang!! Prang!!

Bunyi cermin kereta milik aku dipecahkan. Aku memejam mata serapat yang boleh. Takut. Ya, itulah apa yang aku rasakan sekarang ni. Entah kenapa, hati aku memikirkan lelaki yang pernah menyelamatkan aku tempuh hari dan berharap agar lelaki itu datang menyelamatkan aku.

Tak!

Pintu kereta dibuka. Drastik aku membuka mata terkejut.

"Keluar!!"arah seorang lelaki bertopeng. Lantas menarik aku keluar dari kereta. Begitu juga Elisha dan Kaira.

"Tolong.. jangan apa-apakan kami"Elisha bersuara dalam linangan air mata yang jatuh berguguran.

"Diam!!"marah lelaki yang memegang Elisha.

Aku dan kawan-kawan aku dari heret ke kereta hitam itu. Aku meronta agar dilepaskan. Mahu saja aku menangis disitu. Tapi, aku tidak mahu lelaki itu gembira melihat aku lemah.

"Tolong!!"teriak Kaira.

Pang!

Satu tamparan hinggap dipipi Kaira. Terteleng Kaira dibuatnya. Tubuh Kaira yang kecil itu hampir menyembah tanah. Dahinya berkerut menahan pijar dipipinya.

"Aku kata diam!!kalau kau bertiga berani bersuara! Aku tak teragak-agak untuk bunuh kau bertiga dekat sini!!"tengking lelaki yang memegang Kaira.

Membulat mata kami bertiga. Air mata aku mula berlinangan ditubir mata.

'Ini semua salah aku. Kalau aku tak ajak Kaira dan Elisha keluar, benda ni tak akan jadi. Aku bodoh!! Bodoh!!'Teriak hati ku.

Aku, Elisha dan Kaira di dorong masuk ke dalam kereta. Kaira sudah selamat masuk ke dalam kereta itu. Aku lihat dia meronta agar dilepaskan. Mulutnya tidak henti berteriak. Elisha ditolak masuk ke dalam kereta. Seorang lelaki yang ada didalam kereta memeluk tubuh Elisha. Sambil menghidu sisi leher Elisha. Berguguran air mata Elisha jatuh membasahi pipi. Tangannya terketar takut.

Giliran tubuh aku didorong ke dalam. Aku meronta dan memberatkan badan aku agar sukar lelaki itu untuk mendorong aku masuk.

"Lepas!!!"teriak ku. Aku memijak kaki dua orang lelaki yang memegang aku. Dan tangan aku terlepas dari pegangan mereka. Aku mengambil kesempatan itu untuk lari. Tetapi tidak begitu jauh. Lelaki itu sempat menarik aku kembali.

Pang!!

Tamparan kuat hinggap di pipi mulus aku. Pijar terasa dipipi. Hujung bibir aku mula mengeluarkan cecair merah.

Lelaki itu mengcengkam rambut aku yang berbalut tudung lalu ditariknya agar aku berdiri.

"Aku dah cakap jangan melawan. Kau degil!"kata lelaki itu ditepi telinga aku.

"Kau nak apa ha! Dengan kitorang!"soal ku berteriak.

"Korang akan dijual ke negara luar untuk menjadi perempuan simpanan kepada usahawan kaya dekat sana. Sekarang.. KAU IKUT AKU!!".

Lelaki itu menarik aku kembali ke kereta. Dengan terpaksa dan kudrat aku yang tidak setanding lelaki, terdorong ke kereta itu kembali.

Tiba-tiba aku terdengar akan satu deruan motor yang menghampiri. Aku cuba untuk menoleh. Tetapi lelaki itu memegang kepala aku agar tidak menoleh ke belakang.

Bukk!!






Bersambung...

Degil betul si Avyana ni. Tengok sekarang apa dah jadi. Sispa yang datang? Dan siapa kumpulan lelaki yang nak culik Avyana dan kawan-kawan dia? Stay tune.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang