"Okay. Love you too". Talian dimatikan. Serentak dengan itu pintu bilik latihan di kuak dari luar. Dia menoleh. Akhirnya orang yang di nantinya sudah pun tiba.
Dia bangun dari duduknya, melihat akan orang itu masuk menuju ke arah bangku. Jaket hitam yang tersarung di tubuhnya di tanggalkan meninggalkan baju tshirt putih tanpa lengan di badannya. Sarung tangan pelindung di pakainya.
"Oi! Nah!"panggilnya lantas melontar sepasang sarung tangan ke arah orang itu. Orang itu menyambut lalu memakainya.
"Kau tahu kenapa aku panggil kau datang sini?"Dia bertanya.
"Tahu.. aku minta maaf Avyren sebab tak fokus waktu misi"kata orang itu.
"Harraz. Kau kawan aku, tak bermakna aku boleh lepaskan kau kalau buat kesalahan".kata Avyren lagi.
"Iya aku tahu. Aku sedia terima hukuman"jawab Harraz. Dia maju ke hadapan memasuki gelanggang yang di lapisi tikar tatami.
Langkah kekuda dibuka dan bersedia untuk memulakan langkah begitu juga dengan Harraz.
"Mula!"Ujar Avyren . Sepantas kilat dia membuka langkah dengan menyepak betis Harraz lalu melepaskan tumbukan di perut Harraz. Harraz jatuh terduduk menerima serangan pantas itu.
"Bangun!"arah Avyren.
Harraz akur. Dia kembali membuka langkah sedia. Kali ini dia pula memulakan serangan. Penumbuk dihala ke wajah Avyren. Pantas Avyren menghadang lalu menendang perut Harraz dengan tendangan hadapan. Terdorong tubuh Haraz kebelakang. Harraz memegang perutnya yang mula rasa senak.
"Bangun! Aku tak nak kau lembik macam ni!"tegas Avyren.
Harraz mengangkat kepalanya memandang Avyren. Anak matanya tajam menikam susuk tubuh Avyren yang berdiri dihadapannya. Peluh mula merembes keluar. Harraz berdiri. Nafas di tarik dalam lalu di lepaskan sedikit kuat.
Sekali lagi Harraz menyerang. Sesekali penumbuknya mengena tubuh Avyren dan membuatnya tersenyum puas. Tetapi senyumannya tidak lama apabila dia menerima serangan balas. Waktu terus berputar sudah 30 minit mereka bermandi peluh di dalam gelanggang. Dapat dilihat dari raut wajah masing-masing bahawa mereka sudah mula kepenatan.
Harraz melihat bahagian abdomen avren terdedah. Terus dia melayangkan sepakan sisi. Tetapi sepakan itu sudah diduga oleh avyren. Kaki Harraz di tangkapnya lalu membentes kaki Harraz menyebabkan badan Harraz jatuh menghempap bumi. Dengan pantas Avyren menerpa Harraz menarik penumbuknya mahu menumbuk wajah Harraz. Harraz memejamkan matanya serapat yang boleh.
"Oi! Bangun"kata Avyren.
Harraz membuka matanya dan melihat akan Avyren sudah berdiri membuka sarung tangan. Harraz menghela nafas lega.
"Aku ingat kau nak bunuh aku tadi"kata Harraz mendepakan kedua tangannya. Melepas lelah di atas tikar tatami.
"Kau ingat aku ni bodoh ke nak bunuh kawan aku sendiri. Lainlah kau kalau ada hasrat nak bunuh aku". Kata Avyren mengatur langkahnya ke arah kerusi di mana begnya berada.
Harraz terkesima. Drastik dia terbangun dari baringnya memandang ke arah Avyren.
"Hahahahaha.. lawak kau tak sampailah bro"kata Harraz dengan tawa janggal.
"Aku cakap je. Kalau tak ada tu baguslah".
"Oh! Hahahhaa.. emm.. aku balik dululah. Kau balik terus ke apa?"tanya Harraz.
"Tak, aku ada kerja sikit".
"Okay. Balik dulu bro". Harraz mengatur langkah keluar dari bilik latihan. Avyren sekadar menghantar pandangan melihat Harraz pergi.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romance[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...