"Update?!".
"Kami sudah mendapat kesan identiti anak Layth. Nampaknya dia bukanlah orang yang biasa-biasa"jelas Daud.
"Avyren?"sebut Kapten.
"Ya, aku dah tahu siapa orangnya"kata Avyren.
"Okay, aku nak kau buat penyamaran. Perhatikan target dari dekat. Yang lain akan buat pemantauan dari jauh. Harraz?".
"Ya kapten"jawab Harraz
"Kau tidak perlu terlibat dalam misi kali ini"tutur Kapten.
"Tapi kapten?".
"Ini satu arahan. Kau uruskan kes di pelabuhan. Puak-puak mereka masih berani menyeludup senjata api dan melakukan aktiviti pemerdagangan wanita".
"Baik Kapten". Jawab Harraz akur.
Ternampak akan kelibat Harraz keluar dari bilik Kapten dengan wajah murung, terus Hacker berlari anak mendapatkan rakannya itu.
"Ui! Harraz, kau asal ni?"tanya Hacker meletakkan tangannya diatas bahu Harraz.
"Kapten marah aku, sebab aku banyak kali tak datang misi"jawab Harraz.
"Asal kau tak datang misi? Cuba kau cerita dekat aku? Mana tahu aku boleh tolong kau ke?". Harraz memandang Hacker disebelahnya.
"Kalau aku bagitahu kau, masalah aku tak akan dapat diselesaikan. Dahlah, aku nak balik"Harraz melulu keluar tanpa Hacker sempat membalas.
"Apa kena dengan dia tu?"soal Hacker sendiri.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
"Vy, vy, vy"sergah Rossy.
"Eh! Kau kenapa ni? Macam kena kejar anjing je"kata ku.
"Tak.. tadi, aku lalu dekat bilik lecturer. Aku nampak ada seorang lelaki handsome gila. Dengar-dengar dia lecturer baru".
"Dia mengajar kita ke?"tanya ku.
"Maybe. Kan madam Yani tak dapat mengajar kita sebab dia dah nak bersalin anak ke 5".
"Eh! Kau.. semua benda kau tahu eak! Asal kau tak ambil course reporter je".
"Aku bukan tak nak ambil.. mak aku tu lah.. pak.."
Kedengaran pintu dibuka menghentikan pertuturan Rossy. Lantas dia melabuhkan duduknya disebelah aku. Mata aku kembali fokus pada nota. Mulut aku mengamit bait-bait ayat yang perlu dihafal kerana hari ini akan diadakan quiz mengejut oleh Sir Jamal.
"Weh! Vy.. lelaki tu lecturer kitalah.. handsomenya.."kata Rossy menyinggul lengan aku.
"Apa dia kau ni? Tak nampak aku tengah ha.."terbuntang mata aku melihat lelaki yang berjalan ke meja lecturer dihadapan dewan kuliah itu.
Seorang jejaki berkemeja navy blue kemas bertali leher dan berseluar slack hitam, serta berkasut kulit hitam meletakkan buku yang dipegangnya diatas meja.
Anak kata aku jatuh pada laman wajah lecturer baru itu. Wajah lecturer itu bersih tanpa cacat cela. Berkaca mata petak dan berkumis nipis. Setelah beberapa ketika aku meneliti wajah lecturer itu, dahi aku mula berkerut. Sepertinya aku mengenali lecturer itu.
"Selamat pagi semua. Saya merupakan lecture baru yang akan menggantikan madam Yani. Nama saya Isaac. Kamu semua boleh panggil saya sir Isaac. Ada sebarang pertanyaan? Jikalau tak ada saya akan proceed pada tajuk yang akan di ketengahkan pada hari ini.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romantizm[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...