Diciannove [19]

743 58 15
                                    

Mata aku berpisat-pisat ingin dibuka. Tangan aku merayap ingin mencari telefon bimbit milik aku. Akan tetapi, aku berasa sedikit pelik dengan tempat tidur aku.

"Asal keras semacam tempat tidur aku ni?"soal ku sendiri.

Kelopak mata aku buka. Membulat mata aku apabila aku tidur berbantalkan lengan Daren. Drastik aku bangun dari pembaringan. Sorotan mata aku melihat ke arah Daren yang masih lagi lena.

'Tidur mati agaknya dia ni. Kalau bom meletup pun tak sedar'getus hati aku.

Aku mengcapai telefon bimbit yang ada di atas meja sisi. Punat on off aku tekan. Terpancar cahaya dari skrin telefon aku. Terus mata aku mengecil silau. Jam di skrin telefon aku pandang.

"Dah pukul enam suku"kata ku sendiri. Aku meletak kembali telefon di meja sisi. Kaki aku bawa turun dari katil. Nafas ku hela berat. Kaki aku memijak lantai. Setelah aku melangkah beberapa tapak, aku terus terduduk.

"Aduh..!"aku mengaduh sakit.

Daren yang lena tidur terjaga dengan jeritan aku. Lantas dia melompat turun dari katil menghampiri aku.

"Kenapa?"tanya Daren cemas.

"Sakit. Susah nak jalan"kata ku dengan wajah berkerut menahan sakit.

"Kenapa susah nak jalan? Sakit dekat mana?"tanya Daren lagi.

"Ish! Banyak tanyalah you ni. I tengah sakit ni tau tak"marah ku geram. Boleh pula dia jadi detective conan waktu aku tengah dalam kesakitan macam tu.

"Aku tanya sebab aku risau. Takutlah kejadian semalam penyebabnya". Daren mendongak. Anak matanya mengerling aku. Hujung bibirnya mengjungkit senyum.

"Hah?! Kejadian semalam?"terpinga aku. Apa yang dah jadi semalam?.

"Yes. Kau dah kejutkan monster disebalik kaca Tuan Daren Emeir"kata Daren tersenyum.

Membulat mata aku memandangnya. Terus aku memukul lengannya bertubi-tubi.

"Ee!! Kenapa you buat I macam ni!"marah aku. Kedua tangan menyilang ke bahu. Daren tertawa kecil melihat aku.

"What? Kau yang goda ku semalam. Siap pakai perfume lagi"Daren menyandarkan belakang badannya pada katil. Bibirnya tidak lekang dari senyum.

"Ih! Tak padan dengan nerd lah you ni! Ee!!!"tangan aku memukul lengan Daren berkali-kali. Terus aku bangun dari duduk menapak ke bilik mandi dengan rasa nyeri yang masih tersisa. Memerah muka aku dibuatnya.

Daren tertawa melihat aku terhincut-hincut berjalan masuk ke bilik mandi. Pintu bilik mandi aku hempas kuat. Belakang badan aku sandar pada pintu. Aku berteriak melepaskan geram.

"Jangan lupa mandi wajib!"Sahut Daren menyakat.

"Diamlah!!!"aku membalas dari dalam bilik mandi. Memang membahang aje wajah aku. Malu bukan kepalang. Kalau ditempek bedak sejuk opah aku ni, tak akan dapat tutup malu aku sekarang ni.

Daren merebahkan badannya di atas katil. Puas hatinya dapat menyakat Avyana Estella. Sungguh dia tidak menyangka dia begitu berani melakukan itu terhadap aku yang sudah bergelar isterinya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Bunyi sudu dan pinggan berlaga mengisi kekosongan suasana di meja makan. Sengaja aku kuatkan lagaan sudu pada pinggan tanda protes. Anak mata tajam aku lemparkan kepada Daren. Terus Daren menarik senyum.

"Oi! Oi! Kau nak pecahkan pinggan tu ke? Asal tak baling je terus"tegur Angah.

Aku mengetuk pinggan lagi kuat dengan wajah bengis ku lemparkan.

"Adik..kenapa ni? Tak baiklah main ketuk pinggan macam tu"tegur papa. Aku terus menghentikan ketukan. Wajah bengis aku mula mengendur.

"Dik, kau ni dah kenapa? Bendera jepun?"tanya Alang terdengar nada suaranya sedikit memerli.

"Entah kau ni. Tiba-tiba angin pagi ni. Penganti baru, tak elok tarik muka dipagi hari"tambah achik.

"Diam ar kau!"marah aku. Terkekek Daren menahan tawa.

"Adik? Kenapa?"tanya papa lagi. Papa sejenis yang tak suka bila bermasam muka di meja makan. Kalau ada masalah, harus diselesaikan terlebih dahulu.

"Papa tanyalah menantu papa tu"mendatar sahaja jawapan aku.

"Dah lah. Adik nak keluar. Panas je duduk rumah ni"aku bingkas bangun dan menapak naik ke bilik.

Sebaik sahaja kelibat aku hilang dari pandangan, terus mereka melepaskan tawa terbahak-bahak.

"Oi! Kau buat apa ha? Dekat adik aku"Azrai mencuit bahu Daren sahabat sejatinya.

"Aku terbabas. Dah dia bangunkan monster yang sedang tidur. Memang kena lah dia semalam"tutur Daren.

"Oh.. patutlah marah semacam je"celah papa. Meledak tawa papa. Aku yang mengintip di beranda tangga tingkat atas mengeluh kesal. Lama kelamaan senyum dibibir aku mula terbit.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku duduk di bangku halaman rumah sambil menghadap laptop. Tekun aku melihat monitor laptop sehingga aku tidak sedar akan kehadiran seseorang disitu.

"Ehem! Tekun tenung laptop. Buat apa?"tanya seseorang. Aku drastik menoleh. Melihat wajah orang yang menyapa aku itu, terus wajah aku berubah masam. Aku kembali memandang monitor.

Aku memerhati tingkah orang itu yang melabuhkan duduk dikerusi sebelah aku melalui ekor mata.

"Kau still marah aku lagi ke?"tanya orang itu.

"Entah!"jawab aku dingin.

"Okay.. aku minta maaf pasal semalam. Aku bukannya sengaja". Aku mengerlingnya dengan menjegilkan biji mata aku.

"Hehehe.. okay, okay. Sengaja. Aku terbabas. Salah kau juga. Siapa suruh sembur perfume tu sampai satu bilik berbau". Dia menarik senyum menayang sebaris giginya yang tersusun cantik.

Aku kembali menatap laptop. Pohonan maafnya aku biarkan tergantung. Malas aku nak jawab. Hati aku tengah membara lagi ni.

"Oi! Kau maafkan aku ke tak ni? Tak bau syurga kau nanti.."ugut Daren.

"Ish! Yelah.. I maafkan. Huh!". Daren menarik senyum. Dia bersandar pada kerusi lalu mengeluarkan buku yang pernah aku berikan kepadanya. Aku mengerlingnya sekilas.

"I ingat you tak nak baca buku yang I bagi"tutur ku dengan mata masih melekat pada skrin komputer.

"Orang dah bagikan. Aku baca jelah"balas Daren.

"You, I nak tanya sikit boleh?".

"Tanyalah apa dia"Aku memalingkan badan aku menghadap Daren yang setia menghadap kekasih gelapnya. Bukulah.

"Kenapa you guna nama Daren dekat sekolah. Kenapa perlu sembunyikan nama Emeir dan Tuan dekat depan nama you?"tanya aku bertalu-talu.

Daren terkedu. Dia menoleh memandang aku. Riak wajah yang tadinya santai berubah tegang. Nampaknya Daren yang dulu sudah kembali.

"Pasal tu, kau tak perlu tahu"jawab Daren dingin.

"Why? I kan isteri you. I need to know.."

"I said, you no need to know!"Tegas kedengaran nada suara Daren. Lantas dia bangkit dan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku disitu dengan penuh tanda tanya.

"Huh! Apa yang nak disorokkan. Aku ni isteri dia kut. Penting sangat ke sampai tak perlu bagitahu aku"omel ku sendiri. Aku memeluk tubuh dengan dengusan geram.


Bersambung....

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now