Trentuno[31]

537 45 14
                                    

"Bye"aku melambai ke arah Rossy lalu badan ku bolos masuk ke dalam perut kereta milik Daren.

Masuk sahaja ke dalam kereta, aku lihat wajah Daren kelihatan dingin. Aku ada buat salah apa ke? Nak cakap aku lambat, aku yang tunggu dia tadi.

"You, kenapa? Period ke?"tanya ku. Bodoh betul soalan aku tu.

"Banyaklah kau punya period"dahi aku di tunjal.

"Aduh..Habis tu kenapa?"tanya ku menggosok kepala.

Daren mengeluh. Leher baju turtle neck yang di pakainya di tarik ke bawah menunjukkan bahagian lehernya yang terdapat kesan merah.

"Ni bukan kerja kau? Sesuka hati letak cop dekat orang".

"Emm.. mana ada"aku menunduk dengan gelengan.

"Habis tu, kalau bukan kau siapa? Hantu? Jiran sebelah?".

"Hehehe.. sorry.."aku tersengih menggigit bibir bawah.

"Hish! Sebab kau tau, aku kena pakai baju ni pergi kerja sebab nak cover leher aku ni. Huh!"omel Daren. Kereta milik Daren meluncur membelah jalan raya pulang ke rumah.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Seorang lelaki berjas hitam menolak seorang lelaki berkemeja biru gelap masuk ke dalam sebuah bilik tersungkur di atas lantai.

"Kau nak lari ke mana?".

Lelaki kemeja biru gelap mendongak memandang seorang lagi lelaki memakai kemeja merah.

"Tolong lah.. bagi aku masa"rayu lelaki kemeja biru gelap dengan wajahnya penuh kesan memar dan darah akibat dipukul.

"Kerja kau senang je. Serahkan maklumat Avyren dekat aku. Itu pun susah ke? Atau, kau nak aku kacau anak bini kau?"ugut lelaki kemeja merah dengan senyum sinis.

"Tolong.. jangan ganggu diorang. Baik. Bagi aku masa dua hari lagi. Aku janji, aku akan bagu maklumat tu dekat kau. Aku janji".

"Haih.. baiklah. Aku pegang janji kau. Kalau kau mungkir janji, nyawa anak bini kau akan jadi galang gantinya. Faham?". Lelaki itu bercangkung. Pipi lelaki kemeja biru itu di tepuk berkali-kali. Laju si kemeja biru mengangguk tanda faham.

"Dah! Berambus!".

Lelaki kemeja biru di campak keluar oleh bodyguard milik lelaki itu.

"Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni.."tuturnya sendiri sambil berjalan terhincut-hincut keluar dari perkarangan rumah agam.

Situasi bilik mesyuarat menjadi tegang apabila maklumat akan kemunculan anak kepada Layth di terima. Masing-masing mula memikirkan strategi. Kali ini kerja mereka menjadi lebih berganda. Mereka harus melindungi keluarga Tuan Erjaz dan juga orang awam.

"Maklumat yang kita dapat dari tahanan baru-baru ini ada menyatakan bahawa anak Layth mungkin akan membalas dendam akan kecederaan ayahnya. Justeru itu, saya nak Avyren, tolong berhati-hati"kata Kapten.

"Baik kapten"jawab Avyren.

"Saya juga dapat maklumat, ada orang dalam yang menjadi pengintip kepada anak Layth itu. Siapakah dia, saya masih tak dapat kenal pasti. Jikalau saya dapat tangkap siapa orangnya, saya akan ambil tindakan keras kerana telah bersubahat dan mengkhianat pasukan"jelas Kapten lagi panjang lebar.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now