Jemari aku rancak menari di atas papan kekunci. Anak mata tidak lekang dari menatap monitor. Sesekali di kalih ke arah fail yang terdapat di samping papan kekunci. Suasana pagi di pejabat hari ini tidaklah sesibuk sebelum ini. Kelihatan sedikit damai dan tenang. Di tambah pula Kak Juita yang perlu ke pahang bagi tuntutan kerja. Tenteram hidup aku di pejabat tanpa gangguan dan arahan darinya.
Kalau tidak, pasti ada sahaja suaranya memekik memanggil aku bagi menyelesaikan tugasannya. Sedangkan dia hanya duduk di meja kerja sambil bermain telefon bimbit. Terimbau pula kejadian dua hari lepas dimana Kak Juita dimarahi oleh Putra kerana menyuruh aku menggantikannya di dalam bilik mesyuarat.
"Kau gantikan aku dalam bilik meeting. Make sure kau take note semua yang encik Putra cakap. If not, siap kau"arah Juita sambil menghempas buku catatannya di atas meja aku.
Dengan rasa terpaksa, aku turutkan sahaja kehendaknya. Aku mengambil buku catatannya, lantas mengatur langkah ke bilik mesyuarat.
Masuk sahaja didalam bilik mesyuarat, liur ku ditelan kesat apabila melihat beberapa orang yang penting turut ada didalam mesyuarat itu. Lantas punggung aku labuhkan di atas kerusi di samping seorang wanita bertudung.
"Vy, kak Juita mana?"bisik Wanita itu apabila terkejut melihat kehadiran aku disitu.
"Kak Juita minta saya gantikan dia"jawab ku takut.
"What? Dia tak tahu ke ini meeting penting"terperanjat Wanita itu mendengar jawapan aku. Sakit kepalanya melayan kelakuan Juita yang semakin hari, semakin melampaui batas. Boleh pula dia melibatkan pekerja baru dalam perkara besar sebegini.
"It okay. Just sit here and don't speak up. Write down any point that you think is important"pesan wanita itu.
Dalam ke bingungan itu, seorang lelaki bersuit hitam masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mengejutkan lagi, orang itu ialah Tuan Anaz Razy iaitu merupakan Pengarah Legasi Kayangan dan merupakan abang aku.
'Mati aku kalau along nampak aku dekat sini'bisik hati aku.
Mesyuarat berjalan dengan baik dan lancar tanpa seorang pun yang menyedari kehadiran aku di situ. Sedang asyik aku mencatat nota, tiba-tiba Putra menyebut nama Juita. Dengan pantas aku mengangkat buku nota menutupi wajah aku . Tubuh aku kecilkan disebalik badan wanita disebelah aku.
Putra mengecilkan matanya apabila melihat aku menutup wajah menggunakan buku nota.
"Avyana? Is that you?"soal Putra. Tersentak aku apabila nama aku di sebutnya. Badan aku dah kaku disitu kerana takut. Takut dimarahi oleh Putra dan along.
"Put down the note book and answer me!"bentak Putra.
Perlahan-lahan aku menurunkan buku nota dari melindungi wajah aku. Semua mata sudah terarah pada aku. Sengihan aku paparkan dibibir.
"Adik, macam mana boleh masuk sini?"soal along. Terperanjat semua pekerja di dalam bilik mesyuarat itu apabila mengetahui aku ini merupakan pewaris terakhir Legasi Kayangan.
Mesyuarat dibubarkan dan tinggallah aku, along dan Putra didalam bilik mesyuarat itu. Putra memandang aku tajam sambil berpeluk tubuh begitu juga dengan along.
"Where's Juita?"soal Putra.
"Ada dekat bawah"jawab ku kecut. Tidak berani untuk mengangkat wajah.
"Kenapa dia suruh awak masuk meeting? Dia tak tahu ke ini meeting besar? She need to present her job today"marah Putra.
"Putra, calm down"kata Along menenangkan Putra yang sudah naik angin dengan kelakuan Juita.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romansa[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...