Motor honda EX5 milik Daren keluar dari pekarangan sekolah. Seiringnya mahu memasuki lorong jalan raya, dia ternampak akan aku duduk di hentian bas. Nafas dihela berat terus dia mendekati hentian bas bagi menyapa aku disitu.
"Naik"kata Daren sepatah.
Aku tersentak dari lamunan terus memandang Daren. Jelingan aku berikan. Malas aku nak layan. Dah sakitkan hati aku lepas tu nak aku naik dengan dia. Bukan nak pujuk aku ke apa.
"Aku cakap naik! Apa degil sangat kau ni"angin Daren.
"You tak nak pujuk I ke?! I merajuk dengan you tahu tak". Akhirnya aku bersuara kesal.
"Buat apa aku nak pujuk kau. Aku bukan buat salah apa pun"jawab Daren bersahaja.
"Inilah lelaki. Selalu buat salah tak nak mengaku. Lepas tu cakap perempuan ni complicatedlah.. moody tak tentu pasallah.."omel aku.
"Kalau kau nak membebel, kau duduk lah sini sampai pagi. Aku nak balik". Kaki Daren memijak paddle gear. Lantas aku berdiri dan menghampiri motor Daren.
"Hish! Bukalah ni I nak naik!"marah ku.
"Ee! Budak ni. Ada yang makan kaki karang"Daren membuka lipatan pemijak.
Aku melangkah naik dengan tangan memegang bahu Daren sebagai sokongan untuk aku melangkah. Nasib aku baik sebab hari ni aku pakai seluar. Tak adalah aku tayang aurat aku free dekat orang. Beg galas aku tanggalkan lalu aku letakkan di tengah-tengah antara aku dan Daren.
"Dah?".
"Dah"jawab aku. Sakit hati masih lagi tersisa. Aku geram sebab dia layan perempuan kelas dia okay je. Junior lain pun dia layan baik. Tapi, kalau aku.. dia layan lebih kurang je. Sakit hati kita ni.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
Membulat mata aku apabila melihat Uda dihadapan pagar memeluk tubuh. Air liur aku telan kesal. Mampus aku ni. Haih.. Daren memberhentikan motornya dihadapan pagar rumah. Uda memandang aku tajam. Mana tak marah bila pulang dibonceng lelaki.
Dengan rasa berdebar dan kecut, aku turun dari motor. Topi keledar aku buka lalu aku serahkan kepada Daren. Kecil langkah aku mendekati Uda. Aku menarik tangan Uda lalu aku salami. Biar mood marah dia turun sikit.
"Kau siapa hantar adik aku balik"tiada muqadimah, Uda terus menyerang Daren.
Daren mengangkat visornya yang gelap. Sorotan matanya memandang Uda. Terkejut beruk Uda melihat Daren yang menghantar aku pulang.
"Weh! Macam mana kau? Eh?! Aik?!"pelik Uda. Matanya melihat aku dan Daren silih ganti.
"Kenalkan Uda. Ni boyfriend adik"kata aku selamba dengan sebaris senyum. Terkejut Uda dengan kenyataan aku. Daren turut tersentak. Pelipisnya berkerut dan mata membulat.
"Bro, serious ar? Kau dengan adik aku.."tanya Uda pada Daren.
"Uda, kau kenal Daren ke?"tanya aku berkerut.
"Apa tak kenalnya. Ini kawan akulah".
"Ehh!!"
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
Aku sedikit cemberut apabila melihat Uda rancak berborak dengan Daren. Daren pula bukan main banyak cakap dengan abang aku. Kalau dengan aku, acuh tak acuh je bila menjawab.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romance[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...