Quarantasei[46]

360 20 0
                                    

Grang!!

Aku tersentak apabila pintu bilik dimana aku di kurung, ditendang kuat dari luar. Drastik aku menoleh ke arah pintu.

"Abang"tutur ku terkesima.

"Sayang". Laju Daren menerpa ke arah aku.

"Are you okay?"tanya Daren lagi sambil membuka ikatan tali di badan aku.

"I'm okay. But Kaira"jawab ku. Daren dan Nabil serentak menoleh ke arah Kaira yang lemah tidak bermaya.

"Ya Allah. Nabil, kau bawak dia turun. Send her to hospital immediately"arah Daren. Nabil mengangguk lalu membuka ikatan tali pada tangan Kaira. Tubuh Kaira yang lemah dicempung lalu dibawa keluar dari situ.

"I'm sorry. Abang tak jaga sayang elok-elok"Daren memeluk tubuh kecil aku.

"Wah! Wah! Wah!.. sweetnya...".

Aku dan Daren lantas menoleh melihat siapakah gerangan itu. Melopong aku melihat Yunus bersama seorang lelaki yang aku kenali. Wajah lelaki itu penuh dengan lebam dan darah. Dari sudut pandang, kelihatan lelaki itu sudah lemah dibantai oleh Yunus dan konco-konconya.

"Tarkiq!"sahut ku. Kedua tangan aku menutup mulut terkejut melihat keadaan Tarkiq sebegitu rupa.

"Yunus! Apa kau buat ni hah?!"soal Daren dalam nada yang tinggi. Tubuh kecil aku disembunyikan dibelakang badannya.

"Huh!"dengus Yunus seraya menolak tubuh Tarkiq menyembah tanah.

"Soalan apa kau tanya aku ni, bodoh? Dah terang-terang aku nak bunuh kau dan Vy. Kau tak nampak lagi ke?"tutur Yunus angkuh.

"Heh Yunus! Mana anak dan bini aku?!"tengking Tarkiq melutut.

Sekali lagi aku terkesima. Anak? Bini? Tarkiq dah kahwin? Berapa umur dia?

Yunus tersenyum sinis. Jarinya dipetik bagi memberi arahan kepada konconya agar membawa masuk isteri dan anak Tarkiq. Yunus melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang ada di situ. Bibirnya menjungkit senyum sinis.

"Sekarang kau tengok sendirikan? Kawan kau sendiri sanggup tikam belakang kau untuk aku"provok Yunus membatu apikan Daren dengan Tarkiq.

"I tak sangka you sanggup buat macam ni Tarkiq. Apa salah I pada you?!"marah ku. Tarkiq hanya menunduk lemah.

"Abang!"

"Ayah!"

Teriak isteri dan anak Tarkiq sebaik sahaja mereka melihat Tarkiq tertiarap dilantai dengan wajah yang penuh dengan darah dan lebam.

"Lia, Aniq!"panggil Tarkiq.

Isteri dan anak Tarkiq maju kehadapan mahu menghampirinya. Akan tetapi, konco-konco Yunus terlebih dahulu menahan mereka daripada mendekati Tarkiq.

"Kau lepaskan anak bini akulah!"tengking Tarkiq cuba untuk berdiri.

"Boleh... tak ada masalah. Semoga korang berjumpa di syurga"diksi Yunus lalu melepaskan dua das tembakan ke arah isteri dan anak Tarkiq. Aku dan Daren tergamam dengan tindakan Yunus yang tidak berperikemanusiaan itu. Tangan menekup mulut terkedu.

Tarkiq terkesima melihat anak dan isterinya rebah ke tanah. Dia yang separuh berdiri kembali terduduk. Air mata lelakinya gugur melihat orang yang disayangi dan dicintai terbunuh dihadapan matanya.

"Yunus! Baik kau letakkan senjata kau!".

Aku dan Daren lantas menoleh ke arah pintu. Terlihat akan Uda sedang mengacukan senjata ke arah Yunus.

Yunus menoleh dengan senyuman sinis. Tiba-tiba sahaja tawanya meletus. Tarkiq mendongak memandang Yunus yang galak tertawa. Kedua tangannya dikepal lalu dia bangun dan melulu ke arah Yunus.

Tidak sampai beberapa tapak, Langkah Tarkiq terhenti diiringi bunyi tembakan. Tarkiq menunduk melihat bahagia perutnya yang sudah mengeluarkan cecair merah.

"Tarkiq!!"tempik ku. Langsung Tarkiq rebah ke tanah. Uda pantas mendapatkan Tarkiq. Badan Tarkiq dibalikkan.

"Aku tak akan biarkan kau semua keluar dari bangunan ni. Dan untuk pengetahuan kau orang semua, bangunan ini sudah dipasangkan dengan timer bomb. Bila-bila masa sahaja bom itu akan meletop"kata Yunus dengan begitu angkuh.

Daren terdiam sejenak. Kepalanya ligat berfikir bagaimana caranya agar nyawa isteri dan rakannya selamat. Keadaan Tarkiq yang ditembak itu dilihatnya. Anak matanya pula beralih pada laman wajah aku yang bersembunyi dibelakang badannya sambil memeluk erat lengan kekarnya.

"Izzat"sebut Daren sepatah.

"Ready"jawab suara melalui alat komunikasinya.

"Code black!!!!"tempik Daren. Lantas mendorong tubuh kecil aku kebelakang. Satu tangan kekar menyambut aku lalu menarik aku keluar dari bilik itu mengikuti pintu belakang diikuti oleh Uda yang memapah Tarkiq yang cedera.

Aku sepertinya terkedu seketika dengan tindakan Daren. Anak mata aku tidak lari dari melihatnya yang membaling kerusi ke arah Yunus dan konconya bagi menganggu perhatian mereka agar aku dan yang lain dapat melarikan diri.

Kenapa? Kenapa dia buat macam ni? Roh aku bagaikan melayang keluar dari jasad. Boleh dikatakan aku seperti patung yang tidak bernyawa. Hanya turut kemana sahaja badan aku ditarik.

Sedar tak sedar, aku sudah berada di luar bangunan. Kepala ku dongak ke arah tingkap di mana aku dibawa turun. Kelibat Daren belum lagi muncul.

"Adik jom! Kita dah tak ada masa dah ni"tarik Uda. Aku mematungkan diri disitu masih lagi mendongak menunggu kemunculan Daren.

"Uda, Daren mana?!"tanya ku mula cemas.

"Adik cepat! Tak ada masa!"terus Uda merangkul pinggang aku lantas menarik aku mengikuti. Aku meronta untuk melepaskan diri. Aku tidak mahu pergi selagi Daren belum muncul didepan mata aku.

"Lepaskan adik! Daren!!!"teriak aku. Uda terus menerus menarik aku menjauhi bangunan itu.

"2 minutes before explosion"sahut Jeremy dari dalam kereta.

"Daren, kau kena keluar dari situ sekarang!"arah Hacker melalui alat komunikasi.

"Tak boleh! Aku stuck!"kata Daren dengan penuh tenaganya mahu mengalihkan almari dari menimpa badannya.

Bom!!

Bunyi satu letupan dari arah kiri bangunan rumah memeranjatkan kami. Membulat mata aku apabila bom sudah memulakan letupan. Dengan pantas aku mengatur langkah ke arah tali dimana aku turun tadi untuk menyelamatkan Daren.

Belum sempat aku menapak jauh, Uda pantas menarik aku menjauhi. Aku meronta dan memohon agar aku dilepaskan. Air mata aku mula mencurah-curah. Aku tak nak Daren tinggalkan aku. Aku nak dia ada depan mata aku.

"Lepaskan adik!! Adik nak selamatkan Daren! Lepas!!"ronta aku dengan teriakan tangis. Pada saat itu, hati aku turut berdoa agar Daren dapat keluar dengan selamat. Aku tidak sanggup hidup tanpanya.

"Daren!!! Keluar sekarang!!"arah Uda makin kencang dia berteriak menyuruh Daren keluar sambil tangannya kemas memeluk aku supaya aku tidak berlari ke arah banggunan.

"30 seconds"sahut jeremy yang mengawal sistem didalam bangunan itu.

"DAREN!!!!"jerit aku sepenuh hati.

Bomm!!

Ledakan api mula keluar dari seluruh tingkap bangunan menandakan kesemua bom yang terpasang telah menghasilkan ledakkan. Rontaan aku terhenti. Mata aku terbuntang melihat bangunan itu diletopkan. Tubuh ku jatuh terjeluput di tanah.

"Tak.. tak mungkin. Tak! Tak!!! DAREN!!!!!"tempik ku mengcengkap rumput di tanah.

Bersambung...

No!! Tak kan Daren dah mati kut. Tidak!!! Kesian Vy. Apa yang akan terjadi selanjutnya? Stay tune.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now