Sessantotto [68]

335 15 0
                                    

Rasanya seperti mimpi. Melihat wajah Daren kembali di hadapan mata aku membuatkan hati aku senang. Dia betul-betul kotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia. Badan aku pusingkan menghadapnya yang sedang tidur. Wajahnya yang bersih tanpa sebarang bulu. Parut di wajahnya juga aku tenung. Mungkin parut itu dia dapati sewaktu menjalankan tugasnya. Rambutnya juga sudah di potong pendek. Masih kelihatan muda walaupun usianya sudah hampir menginjak 30 tahun.

Aku bangkit dari pembaringan dan selimut aku selak ke tepi. Aku melompat turun dari katil dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri

Usai mandi dan bersiap, aku menapak ke bilik Dyan bagi mengejutkannya untuk ke sekolah. Dyan turun ke dapur terlebih dahulu setelah dirinya siap mengenakan seragam sekolah. Aku kembali ke bilik untuk mengenakan tudung.

Terperanjat aku apabila melihat Daren tercegat di hadapan pintu memandang aku. Daren memandang aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Sayang siap-siap ni nak pergi mana?"soal Daren.

"Office"jawab ku menarik senyum. Tudung segi empat dilipat menjadi separuh dan aku letakkan di atas kepala.

"I told you before to resign. Kenapa tak resign lagi?"Daren berpeluk tubuh dan badannya di sandarkan pada dinding sambil memandang aku.

"Vy dah biasa kerjalah.."tudung aku pinkan di bawah dagu dan membetulkan awning tudung.

"No. Hari ni sayang tak perlu pergi office. I will inform along later"tuntas Daren terus dia menapak ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Alaa abang.."





Bayangan Daren di luar pagar tadika aku tenung. Tanpa sedar bibir aku mengukir sebaris senyum. Dapat aku lihat dari raut wajah Dyan yang ceria apabila daddynya menghantarnya ke sekolah. Apabila Daren kembali ke arah kereta pantas aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain.

"So, nak pergi date mana?"soal Daren. Aku diam. Kedua tangan aku silang memeluk tubuh.

"Marahkan abang ke?"soal Daren lagi.

"Tak"jawab ku dingin.

"Habis tu? Look, abang tak nak sayang kerja bersebab. Bukan saja-saja tau". Aku masih lagi diam. Malas mahu mendengar pujuk rayunya.

"Haih... kalau sayang tak nak layan abang, abang balik German balik lah"ugut Daren memasang tali pinggang keledar.

Mendengar akan itu, drastik aku menoleh dan memegang lengan Daren kemas. Dahi aku berkerut seribu. Melihat Daren yang tersenyum sumbing, terus aku menolak lengannya geram.

"Ish! Main-mainlah dia ni"kesal aku.

"Sekarang merajuk lagi tak?"kedua keningnya di angkat tanda bertanya.

"Tak"aku merengus sambil berpeluk tubuh. Bibir Daren mencarik senyum kemenangan. Dia memulakan pemanduannya ke tempat yang aku pun tidak tahu tujuannya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku memandang Daren yang sedang menyantap sarapan pagi. Boleh pula dia ajak aku sarapan dekat tempat mewah macam ni. Macamlah tak boleh sarapan dekat rumah.

Pandangan Daren beralih pada aku yang tekun merenungnya. Daren menoleh ke belakang. Tiada sesiapa pun dibelakangnya.

"Hey, asal tenung abang macam tu?". Aku tersedar apabila merasakan hidung aku di cuit oleh Daren.

"Erm.. tak ada apa. Saja nak pandang abang. Tak boleh ke?".

"Siapa cakap tak boleh. Sayang nak pandang abang sampai bila-bila pun tak apa. Asalkan sayang tak pandang lelaki lain"makanan di sua ke mulut dengan sebaris senyum.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now