Bebola mata aku bergerak-gerak kekiri kekanan. Aku cuba untuk membuka kelipak mata aku tetapi tidak terdaya. Dengan bau ubat yang menyucuk ke rongga pernafasan aku, aku gagahkan untuk membuka mata. Kelopak mata aku terbuka perlahan. Terus tertutup kembali apabila cahaya lampu menerobosi kornea mata ku. Terasa silau teramat sangat. Sekali lagi aku cuba untuk mencelikkan mata ku. Pandangan aku kabur. Mata ku dikerdipkan berkali-kali. Lama-kelamaan pandangan aku beransur pulih.
Aku melihat sekeliling. Hospital? Aku dekat hospital. Tapi macam mana? Aku cuba untuk mengibas kembali apa yang terjadi pada aku sebelum ini. Terus membulat mata aku.
"Emeir. Emeir datang selamatkan aku"kata ku sendiri. Tetapi, memori aku masih kabur. Apakah benar apa yang aku dengari bahawa lelaki yang menyelamatkan aku itu adalah tunang ku.
Kedengaran pintu wad yang ditolak dari luar mentik perhatian aku. Masuklah 5 figura ke dalam wad aku. Siapa lagi kalau bukan abang-abang aku.
"Adik dah okay?"tanya Along.
"Dah.. cuma pening sikit"kata ku cuba melakar senyum walaupun kesihatan aku masih lagi tidak memberansangkan.
"Along, boleh adik tanya"ujar ku.
"Tanyalah".
"Siapa yang selamatkan adik? Avyren ke.. Emeir?"soal ku.
Along terus tersentak dengan soalan aku. Matanya memandang adik-adiknya yang lain. Boleh dibuat tak tahu je dengan reaksi Tuan Anaz Razy tu.
"Saya mohon dekat semua. Tolong rahsiakan yang Avyren ialah Emeir. Jangan bagitahu Avyana tentang perkara ni"
Teringat kembali akan kata-kata itu, ditelan sahaja niatnya untuk memberitahu akan perkara yang sebenar.
"Erm.. pengawal papa yang selamatkan adik"jawab along.
Dahi aku berkerut. Aku mula memikirkan yang Along dan yang lain ada menyorokkan sesuatu dari aku.
"Okay.."jawab ku acuh tak acuh. Aku mesti cari tahu apa yang mereka sembunyikan.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
Aku terjaga apabila merasakan tekak aku sedikit kering. Kepala katil aku tinggikan menggunakan alat kawalan. Aku mencapai gelas dan jug air kosong yang ada di atas meja sisi katil aku. Oleh kerana ditangan aku terdapat salur drip. Menyebabkan tangan aku sukar untuk mencapai.
Tiba-tiba satu figura datang menghampiri. Aku mendongak melihat wajah si figura. Sepertinya aku pernah lihat lelaki itu. Lelaki yang memakai serba hitam dan bermask hitam menutupi mulut dan hidung.
"Nah"figura itu menghulur gelas berisi air masak kepada aku. Aku menyambut lantas mengalihkan pandangan aku.
Air masak aku teguk hingga habis. Gelas aku bawa ke meja sisi katil. Pantas figura itu mengambil gelas itu dari tangan aku dan diletakkan diatas meja sisi.
"Nak apa-apa lagi?"tanya figura itu. Laju aku menggeleng. Lantas aku berbaring membelakangi figura itu. Selimut aku tarik menutupi dada.
Aku cuba untuk tidur, tetapi mata aku ni tak boleh nak lelap pula. Tambah pula ada lelaki yang duduk di samping katil aku. Aku membalikkan badan aku menghadap figura dengan mata tertutup. Kelopak mata aku buka perlahan bagi melihat figura yang duduk berpeluk tubuh di atas kerusi.
"Kenapa tak tidur?"tanya figura itu. Terbuka terus mata aku terperanjat.
"Tak boleh tidur"jawab aku dengan wajah monyok.
Suasana menjadi hening seketika. Terasa janggal pula bila berdua dengan lelaki asing yang aku tidak kenali.
"Can i ask you something?"aku bersuara memecahkan kejanggalan antara aku dan dia.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romansa[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...