Seorang gadis berambut paras bahu berjalan masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat. Pistol di tangan di acu ke arah ahli mesyuarat itu. Tembakan dilepaskan. Satu persatu ahli mesyuarat itu ditembak.
Gadis itu menapak lagi menuju ke arah ketua yang duduk di kerusi mesyurat itu dengan wajah yang terkejut dan takut.
"Apa kau nak?"tanya ketua itu.
"Aku nak duit aku. Kau ambil barang, kau guna, tapi kau tak bayar. Tsk! Tsk! Tsk! Syarikat besar. Pakai kereta pun mahal. Takkanlah duit aku pun kau tak mampu nak bayar"kata Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas meja.
"Kau bagi aku masa satu minggu lagi. Aku janji aku akan bayar semua sekali". Janji ketua itu.
"Heh!"pistol di acu di bawah dagu ketua itu.
"Aku ni sejenis yang tidak suka berjanji. Dan aku tidak berpegang pada janji kosong macam kau. Selamat tinggal Dato".
Bang! Tembakan dilepaskan. Terus terkulai kepala ketua itu menerima tembakan dari bawah dagu oleh gadis itu.
"Huh! Keluar dengan perempuan keluar masuk club boleh pula. Duit aku tak nak bayar"kata gadis itu sendiri.
"Woah.. hebat juga permainan kau"tegur satu suara dari jendela. Drastik gadis itu menoleh. Kelihatan seorang lelaki berjaket hitam duduk bertenggek di jendela.
"Kau buat apa dekat sini hah!"marah gadis itu.
"Aku? Eh! Ini kawasan akulah. Oh.. pandai kau berlakon eak. Pura-pura baik depan kawan kau. Dekat belakang, ini kerja kau"lelaki itu melangkah menghampiri gadis itu. Lantas gadis itu mengangkat pistol lalu diajukan ke arah lelaki itu.
"Woaw relax. Hahahahaha... kau ingat aku takut dengan pistol kau? Let see, apa kata kau join aku. Kau tolong aku dapatkan apa yang aku nak". Gadis itu masih diam. Anak matanya tajam menikan lelaki itu.
"Tapi, kalau kau tak nak.. rahsia kau.. tak akan selamat. Oh ya! Apa jadi eak kalau kawan kau tahu kau buat kerja macam ni? Mesti dia dah tak nak berkawan dengan kau. Kesian.."ejek lelaki itu dengan tawa.
Naik turun nafas gadis itu menahan amarah. Perlahan-lahan pistol di tangan gais itu dijatuhkan. Lelaki itu tersenyum sumbing.
"Good girl. Esok jumpa aku. Nanti aku share location. Kalau kau tak datang, kau tahu apa nasib kau". Lelaki itu berlalu pergi melalui jendela.
"Ergh!! Tak guna!"amuk gadis itu.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
"Okay class ada apa-apa soalan? If tak ada saya nak assignment ni, kamu semua boleh assign pada saya selewat-lewatnya minggu depan. If tak ada dekat meja saya dikira kosong. Okay, class dismiss"madam Siti berjalan keluar dari kelas menandakan kelas sudah pun tamat.
"Vy, jom pergi library kejap. Aku nak cari rujukan untuk assignment ni"ajak Rossy.
"Okay jom"jawab ku.
Aku dan Rossy berjalan keluar dari kelas menuju ke perpustakaan. Memang sudah menjadi kebiasaan seorang pelajar ke perpustakaan untuk mencari bahan bagi tugasan mereka. Tetapi, kebanyakannya juga datang ke perpustakaan semata-mata untuk berdating. Tak ada tempat lain ke nak dating sehinggakan harus pergi ke perpustakaan.
Sesampainya kami di hadapan perpustakaan, kelihatan ramai pelajar yang masuk ke perpustakaan. Mungkin tengah dalam musim assignment. Itu yang ramai semacam je orang dekat perpustakaan ni.
Kaki ku hayun ke bahagian perniagaan. Aku menilik satu persatu buku yang terselit di atas rak itu.
"Ha! That one"bisik aku sendiri.
Tangan ku angkat tinggi di udara bagi mengcapai buku yang aku mahukan. Tetapi apakan daya, aku terlalu pendek untuk mengcapai buku itu.
Tiba-tiba satu tangan menarik buku yang ingin ku ambil itu. Drastik aku menoleh. Kelihatan seorang lelaki berkaca mata dan berkumis nipis berdiri di belakang aku.
"Sir Isaac? Sir buat apa dekat sini?"tegur aku menjarakkan diri dari Isaac.
"Cari bahan untuk mengajar. Nah!"Isaac menghulur buku yang dicapainya kepada aku.
"Kalau rasa diri tu pendek, ambil tangga"kata Isaac lagi. Terus wajah aku berubah cemberut.
"Kalau sir tak ikhlas nak tolong tak payah tolong". Buku ditangan Isaac aku ambil lantas aku berlalu dari situ.
Isaac menarik senyum. Kakinya di atur mengikuti langkah aku.
"Sir nak apa dari saya sir? Jangan ingat saya tak tahu sir ikut saya"tutur ku tanpa berpaling.
"I just curious. Apa hubungan awak dengan Yunus. Sebab korang nampak rapat sangat"soal Isaac. Aku memalingkan badan aku menghadap Isaac.
"He just my friend. Saya keliru dengan sikap Yunus tu. Makin hari makin pelik. Dia always ada where ever i go".kata ku. Tiba-tiba anak mata aku terpalit pada kening Isaac. Terdapat kesan parut disitu.
"Oo.. i tought he was your husband". Kata Isaac.
"No, takkan sir tak jumpa suami saya. Masa saya pengsan hari tu dia ada datang ambil sayakan?".
"Em.. oh! Ya.. ada.. lupa pula saya. Your husband quite good looking too"kata Isaac.
"Sir, i need to go now, saya minta diri dulu?"pinta aku.
"Okay, okay"jawab Isaac. Lantas aku berlalu dari situ.
'Bro! Apa ni.. nasib tak kantoi'
"Kau diamlah".
Aku berjalan keluar dari sebuah kedai. Aku memandang kiri dan kanan, tiada kenderaan lalu lalang. Terus aku mengorak langkah untuk melintas ke tempat letak kereta. Entah macam mana, muncul sebuah kereta melulu laju ke arah aku.
"Vy, watch out!" Teriak Rossy lantas menarik tangan aku agar menapak kebelakang.
Zupp! Berdesup kereta melepasi aku. Jantung aku mula mengepam laju. Aku menjadi kaku seketika.
"Kau okay Vy?"tanya Rossy. Aku mengangguk laju. Rossy menghela nafas berat.
"Thank god. Haih.. bawak kereta macam pelesit. Jom Vy"Rossy menarik tangan aku melintasi jalan. Sungguh aku terkejut dengan kereta yang tiba-tiba sahaja muncul.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
"Well, well. Look who is here."kata seorang lelaki berjaket coklat yang duduk di atas sebuah kerusi.
"Kau nak aku buat apa?".
"Easy baby, easy. Nak cepat-cepat nak pergi mana?".kata lelaki itu lagi.
Lelaki itu bangun dari duduknya lalu menapak menghampiri seorang gadis dihadapannya. Anak matanya memandang gadis itu dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Aku nak kau ikut aku dalam satu misi".kata lelaki berjaket coklat itu.
"Misi apa?"tanya gadis itu lagi.
"Misi kehancuran"lelaki itu menayangkan senyum menyeringai. Gadis itu menjungkit kening.
"Aku tahu kau pun nakkan Legasi Kayangan tu. Syarikat terbesar di Malaysia sehingga tersebar luas ke pelusuk negara".kata lelaki itu.
"Dari mana kau tahu semua tu?".
"Dari mana aku tahu itu tak penting. Sekarang, aku nak kau jalankan tugas kau malam ni. Anak buah aku akan backup kau dekat sana nanti. Make sure jangan kantoi dan jangan mati". Senyum senget terjungkit dan dia kembali ke kerusinya.
Bersambung...
Siapa gadis itu? Kenapa dia nak kan Legasi kayangan? Stay tune
Amore❤️🔥
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romance[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...